Seminggu sejak kejadian tersebut berlaku, mereka menjalani hidup seperti biasa. Aisya mula selesa dan mula berbual seperti biasa dengan Ammar. Ammar pula banyak menghabiskan masa dengan belajar memandang ujian UPSR bakal menjelang tak lama lagi.
Zulaikha termenung. Teringat dengan pergaduhan bersama suaminya sebentar tadi. Bibirnya digigit lembut, menahan tangisan yang hampir pecah.
"Dia perlukan lebih perhatian berbanding Aisya. Dia anak kecil yang hilang kedua ibu bapa, Zulaikha." Zafril merengus apa bila isterinya membangkitkan isu sensitif tersebut.
"Umi, kenapa umi duduk dalam bilik Aisya?" Zulaikha tersentak. Airmatanya yang mengalir diseka laju, kemudian sebuah senyuman dihadiahkan kepada Aisya.
"Umi saja nak tidur dengan anak umi ni" tubuh kecil Aisya ditarik kedalam dakapan sebelum dia membaringkan tubuhnya. Aisya tersenyum, membalas pelukan ibunya.
"Walid mana umi?"
"Walid busy sayang. Dah tidur. Esok Aisya sekolah kan?" Aisya mengangguk.
"Esok walid datangkan umi?" Zulaikha terdiam. Sejak kebelakangan ini, lelaki itu banyak menghabiskan waktu dengan Ammar. Aisya pula sudah kurang bercakap bapanya. Cuma selepas solat sahaja, kemudian mereka tidak bercakap.
"InsyaAllah sayang. Umi tak janji. Walid kan sibuk kebelakangan ni. Aisya tidur okay? Umi dodoikan" Punggung Aisya ditepuk lembut, mulutnya mula berzikir dan berselawat. Perlahan-lahan Aisya terlelap.
Aisya memandang sekeliling. Rakan-rakannya semua sudah beransur pulang. Hanya tinggal dia seorang diri, bertemankan beberapa orang guru.
"Aisya, ayah kami belum sampai?" Aisya menggeleng. Kepala diletakkan diatas meja. Bibirnya memuncung, sedih dan sedikit marah. Tidak pernah lagi bapanya selewat itu. Beberapa ketika kemudian, terdengar deruan enjin, dia mengendong begnya, kemudian berjalan keluar.
"Walid ke- oh umi" bibir nya mengukir senyuman nipis.
"Masf sayang, umi sibuk sikit tadi." Zulaikha masuk kedalam untuk mengambil rekod pelajaran Aisya, kemudian keluar. Tubuh Aisya didukung kemudian diletakkan kedalam kereta.
"Bagusnya anak umi ni. Pandai betul" dia bangga apabila guru tadika tersebut memuji akhlak anaknya.
"Umi, bukan walid dah janji nak datang?" Zulaikha mengeluh sedikit.
"Walid ada masalah sikit sayang. Nanti balik kita bagi tahu walid ye?"
"Walid kata nak bawa Aisya jalan-jalan kalau keputusan Aksya bagus! Yeay!" Muka ceria Aisya membuatkan Zulaikha ketawa kecil. Sampai dirumah, Aisya melihat walidnya sedang makan bersama Ammar dimeja.
"Assalamualaikum walid" tangan dihulurkan untuk bersalaman.
"Waalaikumussalam bidadari walid!" Tubuh Aisya diangkat kemudian diletakkan dipehanya.
"Walid suap Aisya makan tau" nasi impit berkuah kacang itu dicuit sedikit sebelum disuap kedalam mulut Aisya. Tersenyum Zafril memandang Aisya.
"Umi mana sayang?"
"Umi dekat atas. Umi kata umi belum solat. Aisya dah solat tadi dengan cikgu dekat tadika" Zafril mengeluh kecil. Mereka berdua belum bercakap sejak pergaduhan semalam.
"Aisya pegi mandi, tukar baju. Nanti kita pegi jalan okay?" Aisya mengangguk, pantas dia berjalan ke atas, mandi dan menukar pakaian. Dia turun semula, namun senyumannya mati apabila melihat bapanya sedang bersiap untuk ketempat kerja.
"Bagi tahu Aisya, abang minta maaf." Dahi Zulaikha dikucup lembut sebelum dia berangkat keluar. Perlahan-lahan dia melangkah semula ke atas.
"Walid tipu" Air mata Aisya mula bergenang. Tudungnya ditanggalkan, kemudian dia berbaring dikatil nya. Wajahnya disembamkan ke bantal. Dia kemudian tertidur dengan airmata yabg mula kering. Zulaikha yang berada didepan pintu mengeluh. Sebelum pintu bilik itu ditutup.
"Maafkan umi ye Aisya." Dia berjalan menuju ke bawah. Ammar yang sedang belajar itu dipandang, kemudian dia tersenyum.
>>>>
Sejak hari itu, Aisya mula kurang bercakap. Rajuknya yang masih bersisa semakin bertambah apabila bapanya seperti tidak ingat akan janjinya.
"Aisya? Kenapa diam je?" Seperti biasa, tubuh comel itu diangkat dan diletakkan diatas peha nya. Aisya memuncungkan bibirnya. Zafril tergelak kecil.
"Merajuk dengan walid? Walid minta masf sayang. Walid terlalu sibuk kebelakangan ni. Walid janji, esok kita jalan okay?"
Seperti yang dijanjikan, Aisya dibawa bersiar disekitar pusat membeli belah. Pulang sahaj kerumah, Aisya terus tertidur diruang tamu. Mungkin keran terlalu penat berjalan. Ammar pula leka memerhatikan wajah comel itu. Mahu sahaja pipi tembam itu digigit kuat.
"Haih, kenapa lah comel sangat dia ni" Ammar mengeluh.
"Ammar, bila start exam?" Ammar menoleh.
"Next week" Zulaikha mengangguk.
"Lepas exam kita pergi bercuti ye? Aisya dah lama nak pergi Bali, tapi walid tak ada masa." Ammar tersenyum. Wajah Aisya ditatap sebelum dia mengangguk, memberi jawapan kepada soalan tersebut.
Tbc
Sedikit preview untuk next chap memandangkan author dah lama tak update
"Aisya nak sambung pengajian dekat pondok"
"Ammar tunggu orang lain umi, maaf kan Ammar"
"Too much Farhan! Jangan sampai saya report polis!"
Okay thats it. Bye ❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/273936608-288-k7024.jpg)
YOU ARE READING
Aisya Humaira : Cinta Kerana Ilahi
Фанфик"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah." Surah Az-Zariyyah Ayat 49 Start: 19/6/2021 End: -