Prolog

30 5 6
                                    

"A-abang-" Zafril mengetap bibirnya apabila kuku isterinya terbenam kedalam kulitnya. Peluh didahi isterinya dilap.

"Arghhhh"

"Push lagi puan!"

Uwekkk Uwekkk

Zafril tersenyum. Hilang segala kesakitan nya. Zulaikha mula sebak. Airmata yang mengalir dipipi isterinya diseka.

"Thanks sayang" Dahinya dicium lembut sebelum perlahan-lahan matanya ditutup.

>>>>

"Cantiknya mata dia ni!" Zafril tersengih melihat anaknya mencebik apabila pipi nya dicubit kuat.

"Abang, jangan kacau lah. Dia baru je lelap tau" Zulaikha menjeling Zafril. Tangannya laju memukul bahu lelaki tersebut.

"Sakitlah sayang. Abang geram tengok pipi dia and mata dia. Tembam, dan lawa. Sebiji macam sayang" Zafril tersenyum. Dia memandang isterinya kemudian tangan isterinya diraih. Perlahan tangan itu dikucup lembut.

"Terima kasih, sayang. Abang tak tahu macam mana lagi nak berterima kasih kat sayang. Abang janji, akan jaga sayang dan juga Aisya Humaira sampai hujung nyawa abang." Mata Zulaikha mula memanas. Terharu.

"Abang, tanggungjawab Ikha untuk lahirkan zuriat abang." Sedang mereka bermesra, pintu wad tiba-tiba diketuk.

"Siapa tuh?" Soal Zulaikha apabila suami nya membuka pintu kemudian kembali duduk.

"Farhan dengan Farah." Zulaikha tersenyum memandang dua sahabatnya itu.

"Congrats Ikha." Farah memeluk tubuh Zulaikha.

"Comelnya baby" Anak mereka mengomel perlahan.

"Ammar suka? Kalau suka minta lah kat mama." Ammar tersengih.

"Ammar taknak adik tapi Ammar suka baby." Pipi bayi itu dicuit kemudian dicium lembut. Apabila bayi itu merengek halus, Ammar tersenyum lebar. Yes! Baby nak bangun!

"Nanti dah besar Ammar nak ada baby macam ni lah"

—————————

Hi guys! Its my first book. Stay tune for the next chapter okay? ❤️

Aisya Humaira : Cinta Kerana IlahiWhere stories live. Discover now