Hari ni merupakan hari yang paling malang bagi sa,sudah la terpaksa menumpang bas mau turun kerja. Terlewat bangun lagi,keluar seja dari rumah terus sa mengeluh berat. Hujan lebattt!
Begini la kalau Eunice balik kampung dan Stella pula terpaksa masuk shift awal pagi. Sa nda pandai bawa kereta,selama ni sa menumpang Eunice seja untuk turun kerja.
Semalam Stella terlupa pula mau kasi tau sa yang dia terpaksa tukar shift dengan kawan sekerja dia. Bangun2 seja tadi,berderet whatsapp dia masuk. Ternganga la sa sana atas katil,sambil garu2 kepala.
Terdiam sa meninguk ke langit,terfikir bagaimana rupa sa nanti sampai ofis.
"Dah lambat ni,sudah la kena tunggu bas lagi. Aduinahh!!!"
Baru sa mau buka payung,tiba2 kena hon pula. Sa tinguk si Kenny berlari menuju sa.
'Sudah berapa lama dia nda muncul,sekarang dia datang balik!'
"Hai.."
Sa diam,pura2 nda meninguk dia.
"Jom sa hantarkan.."
Sa gelengkan kepala tanda nda setuju.
"Jangan la begitu,jom!"
Belum sempat sa cakap apa2,sudah dia tarik sa dalam pelukan dia. Terpaksa la sa melangkah juga,berlari kami pergi ke kereta dia.
Masa tu otak sa nda boleh berfikir dengan waras,sa rindu dia. Bodohnya ko Arabella!
"Mana diorang?"
"Tiada"
"Hmm..apakhbar?"
"Ok"
"Sa rindu ko."Sa pura2 nda dengar,dia ambil tangan kanan sa dan genggam erat.
"Sa janji akan ceraikan dia.. "
Sa diam,malas mau cakap apa2. Dia nda tau bagaimana perasaan sa masa dia kawin. Tapi pelik pula rasanya bila nampak dia depan mata. Tiba2 sa rasa bangga ,walaupun dia sudah kawin. Dia masih cari sa dan rindukan sa lagi. Nda tau la kenapa sa masih menyimpan perasaan untuk dia,walaupun dia sudah menduakan sa. Susah untuk sa percaya dia sudah sebenarnya,tapi bila fikir pasal masa lalu. Sa jadi tamak,sa masih mau memiliki dia lagi.
"Bagi sa masa aa.."
Sa mengeluh perlahan.
"Kalau ko mau kasi cerai dia,kenapa ko mau kawin dengan dia?"
"Sa terpaksa.."
Sa sudah bosan dengan alasan Kenny. Sa tarik tangan sa dari dalam genggaman tangannya. Keciwa betul.
"Sa nda pernah tampar ko,ko nda pernah usik sa juga walau macamana ko marah juga dekat sa. Sa minta maf."
"Nda apa,sa tau sa banyak buat silap dengan ko."
"Sa tau ko sayang sa,cintakan sa. Tapi sebelum ko wujud,Stella yang kutip sa. Sa nda suka ko besar2 suara dekat dia. Tolong hormat orang2 yang sa sayang."
"Sorry.."
Sepanjang perjalanan menuju ke tempat kerja sa,kami hanya diam nda berbunyi. Sudah sampai ,dia sempat kasi tau sa. Yang dia masih mau dengan sa,dia janji macam2 dengan sa juga. Sa nda tau kenapa sa diam seja,seolah2 sa setuju dan mau kembali bersama dengan dia. Selepas Kenny berlalu pergi,sa tinguk jam ada masa setengah jam lagi sebelum masuk ofis. Belum sempat sa tarik nafas lega,ternampak la ni lelaki. Sakitnya hati!
"Hai anak ku!"
Lelaki ini betul2 menguji kesabaran sa.
"Anak kepala otak ko. Apa ko mau aa?"
"Sombong betul,ko ingat ko kerja ofis ko sudah diatas la. "
"Pelik aaa,ko datang kesini mau cakap itu seja?"
"Mau pakai duit sikit,ko kasi dulu."
"Ko tinguk sa betul2 aa,ada muka macam bank ka? Ko ingat sa kerja ,sa hidup ni mau kasi ko duit seja?"
"Mulut kurang ajar! ,kasi sa duit."
"Mana bini ko? Dia kerjakan? Kenapa ko datang cari sa sampai sini?"
"Mama ko tu,duit dia separuh bulan sudah habis. Mana cukup!"
"Apa guna tuhan kasi ko cukup sifat,normal. Tapi hidup tau menyusahkan orang seja. Umur sudah separuh abad,perangai macam anak kecil seja. "
"Banyak cakap pula ko ni ya,sama macam mama mu!"
"Pergi atau sa kol polis!"Tiba2 nda tau dari arah mana,Mama sa datang. Muka dia nampak sedih betul masa tu,sa jeling saja. Sakit betul hati sa masa tu,tuhan seja yang tau. Malas mau lama2 disitu,sa terus naik ke ofis.
'Hidup ni nda boleh ka kalau nda mnyusahkan orang!'
........
Leo memeluk tubuh sambil memerhati budak gemuk sedang bersedih didepannya. Baru seja sampai diofis,sudah ditelefon oleh budak ni. Bergegas dia turun balik mau mencari ni budak. Kasian!
"Laaa..kenapa sedih?"
Timothy diam.
"Jauh2 cari abang sampai kesini,lepas tu diam. Kenapa nda sekolah tadi?"
"Sa pegi cari Mama sa .."
"Kenapa?"
"Bapa pegi pukul Mama semalam,terus Mama keluar dari rumah. Diorang bergaduh pasal duit."
"Itu hal diorang,pandai la diorang selesaikan. Kadang2 kan hal orang dewasa ni susah sikit mau selesai. Lama2 okay la tu."
"Abang,bagus ka jadi orang besar?"
Leo tersenyum,muka Timothy bingung menanti jawapan.
"Kebanyakan orang besar ni semua mau meminta jadi budak balik. Sebab ada diantara diorang macam nda sangka,apa yang diorang bayangkan masa diorang kecil nda sama macam yang betul2 berlaku sudah diorang besar."
"Macam tu pula?"
"Bagus jadi budak2 ni,fikir tau siok seja."
"Nda bang. Kalau bagi sa,sa perlu jadi besar sekarang. Sa kena lindungi Mama sa dari bapa. Sa kena kerja cari duit banyak2 lepas tu cari rumah cantik. Lepas tu sa mau bela kucing burung ayam. "
"Satu hari nanti,Tim besar juga tu. Cuma buat masa sekarang kena la hidup macam budak2 dulu."
"Kalau mau menunggu sampai sa besar,mama sa mati kena pukul oleh bapa macamana?"
Gulp!
Semakin rumit ya,senang lagi sa lukis pelan untuk tapak masjid dari menjawab percakapan si Timothy ni. Sa betul2 nda sangka sebenarnya,dia datang dari keluarga yang begini. Punya kasian ni budak😩
"Jadi Kakak Tim nda datang rumah semalam?"
"Nda la. Jangan la sampai kakak tau. Kalau kakak tau,nanti dia tambah benci dengan Tim bang."
"Laaa..kenapa pula?"
"Nda mau la.."
"Kakak tinggal dimana sebenarnya?"
"Rahsia!"
"Kenapa?"
"Kakak selalu cakap jangan kasi tau siapa2 dimana dia tinggal. Mama pun nda pernah tau dimana Kakak tinggal."
"Kenapa?"
"Nanti bapa tau,habisla. Lagipun hari tu,kebetulan seja Tim tau dimana kakak tinggal."
"Begitu pula.."
"Kakak sa cantik bang!"
"Aaahh yaka?"
"Iya bang! Heheheh"
Sa tinguk Timothy senyum balik,sekejap seja dia okay.
"Tapi kenapa Tim nampak takut seja dengan Kakak ya?"
"Kakak garang bang,tapi sa tau dia sayang sama sa juga bah tu."
Timothy senyum lagi,cumil ni anak.
YOU ARE READING
KISAH YANG AKU INGINKAN
No FicciónArabella sudah biasa hidup sendiri setelah ibunya membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Hidupnya terasa sangat sunyi sehinggalah dipertemukan dengan kawan baiknya Eunice dan stella. Mereka mengambil keputusan untuk tinggal bersama dan hidup sebaga...