Bab 4

83 8 2
                                    

Selesai sahaja solat Isyak, Adra menghempas tubuhnya diatas katil. Penat seharian keluar. Tambah dengan melayan karenah kakak-kakaknya yang tak berhenti bertengkar. Seorang mahu masuk kedai sana, seorang lagi mahu masuk kedai sini. Naik pening kepalanya.

Siling kipas menjadi tumpuannya. Tiba-tiba kepalanya melayang memikirkan kejadian tengah hari tadi. Dia menghela nafas berat. Kejadian yang sungguh mengejutkannya. Tidak disangka dia akan berjumpa semula dengan lelaki itu. Tetapi dia hairan, mengapa lelaki itu seakan tidak mengenalinya?

Atau dia yang tersalah orang?

Tetapi tak mungkin lah.

Adra menggeleng perlahan. Malas mahu memikirkan perkara itu. Kepalanya menoleh ketepi, dan secara tak sengaja matanya tertancap pada plastik putih.

Adra menepuk dahinya seraya menggeleng. Lupa pula nak buka plastik yang diberikan oleh lelaki itu.

Tangannya terus mencapai plastik putih itu dan buku yang berada didalam diambil. Namun tangannya tersentuh satu objek selain buku. Tidak fikir panjang dia terus keluarkan.

Kad?

Dahi Adra berkerut. Matanya melihat isi yang terkandung di kad itu.

Nah untuk awak. Selamat membaca bidadari. Ada jodoh kita jumpa lagi. Muah!

Terlopong mulut Adra. Lelaki ini sakit ke apa?

Dasar lelaki gatal!
.
.
.

Kelam kabut Zayyan turun anak tangga rumahnya. Gara-gara tidur lambat semalam, habis dia terlajak hari ini. Sudah lah dia dapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.

"Laju turun. Lambat ke tu bang?" perli seseorang. Zayyan menoleh ke arah meja makan. Matanya menjeling tajam adik bongsunya, Sharifah Zahirah Qaireena.

"Apahal Reen tak kejut abang? Tengok abang dah lambat." kakinya laju berjalan ke arah meja makan dan mencapai roti yang sudah disediakan oleh adik bongsunya.

"Reen dah kejut. Abang tu yang pekak." selamba Qaireena menjawab. Hati Zayyan sudah mendongkol geram. Kecil besar sahaja dia melihat wajah adiknya.

"Dah lah kau. Abang pergi dulu. Layan kau, esok pun tak habis."

Qaireena membuat muka toya. Zayyan menghulur tangannya ke arah Qaireena. Qaireena hanya menyambut dan mencium tangan abangnya seperti biasa. Sudah rutinnya setiap pagi.

"Abang, Reen lupa. Em Reen nak keluar boleh? Bosan lah duduk terperap dalam rumah. Tak ada benda nak buat. Lagipun Reen kan tak ada kelas minggu ni. Boleh eh?" Qaireena mengedipkan matanya beberapa kali. Bodek abang lah katakan.

"Reen nak pergi mana? Bahaya tahu tak anak dara keluar tak ada orang teman. Reen nak sangat ke kena culik?" soal Zayyan tegas. Bab ini dia paling tak suka. Anak dara keluar seorang diri. Sudah lah adik dia perempuan, bongsu pula itu. Walaupun sudah besar, namun baginya Qaireena tetap masih kecil dimatanya.

Dan dia perlu jaga permata ini sebaik mungkin.

"Reen tak kata pun yang Reen pergi sendiri. Abang ingat Reen ni tak ada kawan ke? Ala boleh lah abang. Reen bukannya keluar pergi tempat tak elok." suara Qaireena mengendur. Seakan berjauh hati dengan abangnya.

Merajuk!

"Yelah, abang izinkan. Tapi janji dengan abang yang Reen kena balik awal." Zayyan mengalah. Tidak sampai hati mahu menghamparkan perasaan adik bongsunya.

Wajah Qaireena sudah bertukar teruja. Ini lah masanya untuk dia enjoy. Kalau tidak, sekarang ini dia pasti sudah berperang dengan assignment.

"Abang pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu." Qaireena mengangguk. Sebaik saja kereta abangnya meluncur keluar, dia menutup pintu rumahnya dan berlari naik ke atas untuk bersiap.
.
.
.

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now