Bab 5

61 6 1
                                    

Mata Adra mengerling jam yang tergantung di dinding yang berada di luar bilik kerja bossnya. Sudah pukul lima setengah petang. Nafas dihela perlahan. Dahi yang sedikit berpeluh di kesat lembut. Tangannya yang memegang penyapu di sandarkan di dinding. Dia melabuhkan punggung di lantai licin itu. Mujur bilik lelaki itu agak tersorok dari pandangan orang lain. Tak ada lah dia berasa segan mahu duduk di situ.

Dia mahu berehat sekejap. Dari tadi dia tidak berhenti buat kerja. Pinggangnya terasa sakit. Kakinya pula sudah mula berasa lenguh. Manakan tidak, selepas dia mencuci tandas, dia mengemas surau. Selepas saja dia mengemas surau, dia mengelap tingkap di setiap sudut yang berhabuk. Selepas itu baru lah dia menyapu.

Penat dia tidak usah di tanya. Penat memang penat, tetapi mahu buat macam mana. Dah itu kerja dia.

Nasib baik bukan dia seorang saja cleaner di sini. Kalau tidak, mahu patah riuk tulangnya nanti nak bersihkan satu tingkat ke satu tingkat. Bangunan syarikat ini bukannya kecil. Besar dia mengalahkan hotel lima bintang.

Cantik dan cukup mewah.

Pertama kali dia jejak kaki ke sini, dirinya waktu itu betul-betul terasa kerdil. Rasa dirinya dengan orang yang bekerja di sini bagai langit dengan bumi. Kalau bukan sebab pemilik bangunan ini mahukan seorang lagi pekerja, mungkin sekarang dia masih dalam proses mencari kerja.

Dia betul-betul bersyukur kerana dipertemukan dengan orang sebaik pemilik bangunan ini, Syed Zarif Qairil Bin Syed Zafran. Pada mulanya, dia menolak keras tawaran lelaki itu untuk bekerja di sini, dia segan. Tetapi lelaki itu tetap memaksanya. Pakej mengugut lagi.

Sedang Adra leka termenung, kakinya terasa seperti disentuh sesuatu benda keras. Matanya laju menangkap objek tersebut.

Penyapu!

Kepalanya terus mendongak memandang figura tersebut. Terkejut Adra melihat Zarif yang sedang memandangnya tajam. Tiada langsung senyuman terbit di bibir lelaki itu.

Habis lah dia kali ini.

Cepat-cepat Adra bangun dan menjarakkan sedikit badannya dari Zarif.

"Ya Allah Adra, apa kau dah buat ni?" desis hati Adra. Tika ini dia sudah sumpah seranah dirinya habis-habisan. Mesti lelaki itu sudah fikir yang dia makan gaji buta.

Adra menundukkan kepalanya. Tidak berani mahu melihat wajah lelaki itu. Jarinya mula memainkan peranan. Tabiat dia bila sedang ketakutan atau gemuruh.

Tiba-tiba Zarif menarik kuat pergelangan tangan Adra yang berlapik handsocks, masuk ke dalam bilik kerjanya. Adra yang tidak bersedia apa-apa hanya ikut walaupun kakinya hampir tersadung. Sudah lah dia memakai skirt.

Masuk saja di dalam bilik, Zarif menutup pintu biliknya rapat. Kemudian wajahnya ditoleh memandang gadis itu. Tajam. Wajahnya masih ketat. Adra menelan air liurnya yang terasa kesat. Dadanya berdebar takut. Takut yang dia bakal kena pecat.

Zarif mengeluarkan iPhone 12 miliknya lalu pergi ke aplikasi keep notes. Dia menaip sesuatu sebelum dihulur kepada Adra.

Kalau rasa teringin sangat nak kena buang kerja awal, cakap dengan aku. Susah sangat ke kerja yang aku bagi sampai sedap makan gaji buta. Dekat luar bilik aku pula tu. Tak malu ke? Kalau nak kerja tu, buat lah cara nak kerja. Bukan makan gaji buta!

Adra terkedu. Matanya berkaca. Bila-bila masa saja air matanya akan tumpah. Entah kenapa hatinya tiba-tiba diburu rasa sebak. Mungkin dia terasa dengan kata-kata lelaki itu.

Adra membalas.

Saya minta maaf Encik Zarif. Saya tak ada niat sikit pun nak curi tulang. Pinggang dengan kaki saya tadi rasa sakit, sebab itu saya duduk sekejap. Tapi demi Allah, saya bukan nak makan gaji buta. Kalau Encik Zarif nak pecat saya, Encik zarif pecat lah. Saya tak nak Encik Zarif terus-terusan dapat dosa hanya sebab bersangka buruk dan fitnah orang bukan-bukan. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Jangan lupa cari pekerja baru.

Zarif tersentak membaca ayat itu. Hatinya sedikit terusik. Dia mengerling wajah gadis berpurdah itu. Hatinya mula dipagut rasa bersalah apabila dapat menangkap mata gadis itu berair. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa bengang dengan gadis itu tadi. Padahal kesalahan yang gadis itu buat, tidak lah besar mana. Mungkin dia terlalu serabut dengan kerjanya, sampai tidak sedar dia melepaskan kemarahannya pada gadis itu.

Tidak mahu membuang masa, Zarif menaip lagi di keep notes iPhone miliknya. Kemudian dia menghulur telefonnya kepada gadis itu.

Okay aku mengaku aku salah, sebab buruk sangka dengan kau. Aku minta maaf okay? Jangan risau lah, aku tak pecat kau dan takkan pecat kau. Disebabkan hari ni aku kena balik awal, aku bagi kau balik awal juga. Next time buat kerja elok-elok dan jangan datang lambat lagi. Sekarang kau boleh kemas barang kau dan terus balik.

Mata Adra membulat. Kepalanya terus mendongak memandang wajah pemuda tampan itu. Memang tidak dapat dinafikan, lelaki itu mempunyai rupa paras yang sangat menawan. Tambah pula dengan ketinggian Zarif yang seperti tiang garaj rumahnya, menampakkan lagi kekacakan lelaki itu. Tidak hairan lah, kalau matanya selalu dapat menangkap pekerja perempuan di sini sentiasa berbisik sesama sendiri, setiap kali lelaki itu lalu lalang di hadapan mereka semua.

Teringat semua itu membuatkan kepalanya menggeleng tanpa sedar. Zarif sudah hairan apabila Adra yang dari tadi ralit memandangnya dengan menggeleng kepala berkali-kali. Apa lah yang gadis itu fikir, sampai mata tak berkalih langsung daripada merenungnya bagaikan mahu telan.

Ini kalau dijerkah, mahu meraung gadis ini dibuatnya. Mujur saja gadis itu tidak boleh mendengar.

Zarif dekatkan tangannya pada wajah Adra lalu dilambaikan perlahan. Ini kalau dibiar, makin tak selesa dirinya tatkala direnung sebegitu.

Adra bagaikan tersedar, matanya terkebil-kebil melihat wajah lelaki itu yang sedang memandangnya dengan riak sukar ditafsir.

"Aku pandang dia ke apa tadi? Tapi aku rasa aku termenung saja." desis hati Adra. Seketika kulitnya yang putih bersih tanpa ada sebarang jerawat mula memerah. Malu menguasai diri, apabila tersedar yang dia baru saja merenung anak teruna orang. Patut lah riak wajah lelaki itu jelas tidak selesa. Tanpa apa-apa, dia terus mengatur keluar dari bilik lelaki itu. Terasa mukanya membahang tika ini.

Zarif menggeleng melihat gadis itu berlalu pergi begitu saja. Tahu lah dapat balik awal. Pasti gadis itu sudah sedar akan kesilapannya. Bukan dia tidak perasan, wajah gadis itu berona merah. Malu mungkin.
.
.
.

Bunyi pintu rumah dikuak oleh seseorang membuatkan Qaireen yang sedang menghadap laptopnya berpaling melihat figura tersebut.
Zarif yang perasan akan kehadiran adik bongsunya, hanya memberikan senyuman kecil. Matanya melilau mencari seseorang.

"Abang Zayyan tak balik lagi along. Dia kata, dia balik lambat sikit," bagitau Qaireen tatkala perasan abangnya seperti mencari seseorang. Zarif mengangguk. Kakinya mula memanjat anak tangga satu persatu. Namun langkahnya terhenti di tengah-tengah tangga apabila dia teringat akan sesuatu. Zarif menoleh memandang Qaireena yang khusyuk menghadap laptop milik gadis itu.

"Reen, nanti kita keluar pergi beli barang dapur. Kakak kau dengan suami dia nak datang rumah bawak anak-anak dia sekali. Tapi nanti kau dengan Zayyan lah masak. Aku tak pandai," ujar Zarif sambil tersengih tidak bersalah.

Senyuman gembira yang baru saja terukir di bibir Qaireen serta-merta mati tatkala mendengar ayat alongnya dihujung sekali. Dia menjeling tajam wajah Zarif. Bibirnya mencebik geram.

'Dah tahu tak pandai memasak, bukannya nak belajar,' gumam hati Qaireen. Tiba-tiba idea nakal menerpa akal fikirannya. Tanpa Zarif sedar, senyuman sinis terkulum di bibir gadis itu.

Masa untuk dia kenakan lelaki itu merangkap abang sulungnya. Get ready along!

Tbc

__
5july2021

Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]Where stories live. Discover now