"Ibu, jom lah ikut kita orang sekali. Asyik duduk dekat rumah je. Tak bosan ke?" Soal Adelia dengan muka cemberut. Puan Marina mengeluh, penat dengan perangai anak ketiganya yang suka memaksa.
"Habistu ayah kamu macam mana kalau ibu pergi? Kamu bertiga pergi je lah ya? Lain kali kita pergi sama-sama." bertambah cemberut wajah Adelia mendengar kata-kata ibunya. Langsung tak boleh berpisah dengan ayahnya. Asyik nak berkepit saja.
"Biasalah ibu kamu ni. Mana boleh berpisah dengan ayah walaupun sesaat. Tak gitu Puan Marina?" celah Encik Adha yang sedang duduk di meja makan sambil memegang surat khabar.
"Abang diam lah. Abang pun sama je kan? Tak boleh nak berpisah dengan saya langsung walaupun satu saat." ujar Puan Marina tak mahu kalah dengan suaminya.
Tersenyum Adra melihat perangai Puan Marina dan Encik Adha. Walaupun dia bisu sekaligus tak boleh dengar tetapi dia tahu ibu dan ayahnya sedang bergurau. Lihat lah sekarang ibunya menjeling manja wajah ayahnya.
"Okay lah ibu. Kalau ibu tak nak ikut, kita orang pergi dulu eh?" Adora yang dari tadi hanya diam mula bersuara. Kaki nya mula lenguh yang dari tadi berdiri.
"Iya pergi lah. Jangan balik lambat sangat. Sebelum magrib ibu tahu, kamu bertiga dah ada dalam rumah. Kalau tak, tiga-tiga tidur luar." kata Puan Marina tegas.
Adelia dan Adora hanya mengangguk. Faham maksud ibunya. Adra walaupun tidak faham apa yang ibunya cakap, turut mengangguk apabila melihat kakak-kakaknya mengangguk.
Setelah bersalam dengan Encik Adha dan Puan Marina, mereka bertiga mula keluar dari rumah dan berjalan masuk ke dalam kereta milik Adora. Sebaik sahaja seatbelt dipakai, kereta itu laju meluncur keluar.
Masa untuk enjoy!
.
.
."Buat apa kau datang sini? Aku nak keluar ni." berkerut dahi Zayyan melihat wajah kawan baiknya yang sudah tercegat depan rumahnya. Tak call tak mesej, tahu-tahu dah ada depan rumah.
"Saja datang. Bosan." jawab Aryan lalu tersengih.
"Tapi aku nak...,"
"Tak apa, aku ikut. Kebetulan aku pun nak keluar." celah Aryan selamba.
"Kau ni kalau aku lempang, confirm lepas ni kau dah tak cakap macam keling." geram Zayyan dengan perangai lelaki dihadapannya ini. Memang menguji kesabaran betul. Nasib baik sayang, kalau tak dah lama melayang.
"Chill lah bro. Apahal marah-marah ni? Period eh?"
Pap!
"Sakit lah. Kau ingat tangan kau tu macam bayi ke ha. Tahu lah sado, tapi tak payah lah tunjuk. Sakit tahu tak?" bebel Aryan sambil mengusap lengannya yang masih pedih.
"Huh lembik betul." ejek Zayyan sinis. Membulat mata Aryan. Main kasar nampak. Pantang betul orang cakap dia lembik. Apa ingat dia tak sado ke ha?
"Lembik eh? Okay, lepas kau kahwin dan aku kahwin, kita tengok siapa yang akan dapat anak ramai dulu." terbeliak mata Zayyan mendengar ayat Aryan. Terus kepala kawan baiknya ditolak kuat. Dasar otak sengal.
"Kau ni memang dilahirkan jadi otak macam ni eh? Eee jijik lah aku dengar." terbahak-bahak Aryan ketawa. Zayyan menggeleng kepala. Entah apa yang lawak pun tak tahu lah.
"Dah lah. Aku nak keluar ni. Kalau nak ikut, cepat. Kalau tak nak, silakan tercegat dekat sini sampai aku balik." seraya itu dia terus pusing ke belakang dan menapak ke arah keretanya. Aryan yang mendengar itu terus memecut lari ke arah Zayyan.
"Woi aku nak ikut!"
.
.
.Adora hanya memerhati tingkah laku Adra yang leka memilih barang-barang basah sementara dia menolak dan menjaga troli. Adelia pula pergi ke tempat khas untuk barang kering. Kata Adra boleh lah sediakan awal-awal barang dapur ini semua. Tak perlu menyusahkan ibu atau ayahnya yang ulang alik pergi kedai runcit.
YOU ARE READING
Bidadari Adra Medina [ Slow Update ]
RomanceDan aku harap , kenal kita menghubung dekat , cinta Dia . [ cover by : @reenmedina ]