Prolog

368 44 1
                                    

Seusai majlis graduasi nya selesai, Syafiq yang telah menahan sebaknya dari awal tidak mampu menahan air matanya lagi saat melihat bapa nya yang sedang menanti di luar pintu dewan bersama sejambak bunga di tangan nya.

Air mata disapu perlahan, senyuman diukirkan di bibirnya lalu Syafiq pun berjalan menuju ke arah bapa nya yang sudah lama menunggu. Dipeluk erat bapa nya itu. sekali lagi air matanya itu jatuh tumpah ke bumi.

"Kenapa menangis anak abah sorang ni. Kan dah tak hensem dah muka tu. Malu je kalau awek tengok nanti." Usik ayah nya sambil mengelap air mata Syafiq perlahan.

"Tak ada apa lah Abah, Syafiq happy Abah datang hari ni." Jawab Syafiq sambil tersenyum melihat Ayah nya itu.

"Hari ni kan hari penting Syafiq, Abah kena lah datang. Abah cancel semua meeting sebab Syafiq tau. I'm so proud of you my son." Kata Ayah nya sambil menghulurkan sejambak bunga yang dari tadi dipegang erat.

"Terima kasih Abah." Jawab Syafiq ringkas lalu disambut bunga yang dihulurkan oleh Ayah nya itu.

Dalam keriuhan suasana di perkarangan dewan itu, mata Syafiq liar seakan mencari sesuatu. Ayah nya yang sedang bercakap di telefon, cuba untuk keluar dari keriuhan tersebut. Ditarik nya tangan Syafiq, sebagai tanda bahawa mereka perlu keluar dari kawasan sesak itu.

Mata nya masih liar ke sana dan ke mari, mencari sesuatu yang dia pun tak pasti di mana keberadaannya. Akhirnya Syafiq mengalah, mungkin orang yang dicari sudah tiada di situ. Dihela nafas nya panjang, lalu berjalan membontoti langkah Ayah nya itu.

Tidak jauh dari dewan itu, kelihatan ramai orang sudah beratur menunggu giliran untuk menaiki bas. Untuk mengelakkan kesesakan, pihak Universiti tidak membenarkan ibu bapa pelajar untuk meletakkan kenderaan bersebelahan dewan konvokesyen itu. Pihak Universiti telah menyediakan satu parkir khas di padang kawad, dan ibu bapa serta pelajar boleh lah menggunkan perkhidmatan bas tersebut untuk pergi dan pulang ke kawasan parkir tersebut.

"Ehh Abang Syafiq." Tiba-tiba kedengaran satu suara dari belakang memanggil namanya.

Syafiq yang saat itu sedang melihat ke arah telefon bimbitnya, terus memalingkan mukanya. Beberapa saat juga Syafiq terdiam. Air matanya mula bertakung di kelopak matanya itu. Cepat-cepat ditahan, supaya tidak merasa malu.

"Alif." Itu ayat pertama yang lahir dari mulut Syafiq.

"Aiman lah abang." Jawab lelaki itu sambil tersenyum.

"Ya Allah maafkan abang, Aiman. Maksud abang, adik kepada Alif." Kata Syafiq saat tahu dia sedar akan kesalahannya itu.

"Owhh. Btw tahniah abang Syafiq dah habis study." Kata Aiman, adik kepada arwah Alif.

"Terima kasih Aiman. Ni mana Mak Aiman?" Tanya Syafiq sambil menoleh ke kanan dan kiri Aiman.

"Owh Mak dengan adik-adik ada dekat dalam dewan lagi. Tadi tak tahu entah siapa nak berbual dengan Mak dulu. Aiman malas tunggu, so Aiman nak ke kereta dulu lah. Tak sangka pulak jumpa abang Syafiq dekat sini." Jawab Aiman.

Melihat Ayah nya yang sudah selesai bercakap di telefon, Syafiq pun memegang perlahan lengan Ayah nya itu lalu memperkenalkan Aiman kepada Ayah nya.

"Betul kata Syafiq, muka kamu memang iras sungguh dengan arwah abang kamu ye Aiman." Itu ayat pertama Ayah Syafiq saat melihat Aiman yang berada di hadapannya itu.

Roommate 3 - The FinalWhere stories live. Discover now