Bab 1: Permulaan Sebuah Pengakhiran

348 40 12
                                    

Selepas menamatkan pengajian, Syafiq telah ditawarkan untuk bekerja di salah sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Mengambil keputusan untuk menyewa sendirian dibuat kerana jarak diantara rumah Ayah nya dan tempat kerjanya agak jauh. Lalu sejak 3 bulan yang lalu, Syafiq menyewa sendirian di situ.

Segalanya kelihatan baik-baik sahaja, namun sejak beberapa hari yang lalu Syafiq mula diganggu oleh mimpi-mimpi yang menakutkan. Gangguan itu menyebabkan dia tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada kerjanya. Memang lah jika diceritakan, orang akan berkata itu sekadar mimpi. Namun kejadian yang pernah menimpa dirinya tidak sampai setahun yang lalu cukup untuk membuat kan dirinya ketakutan.

Syafiq ada mempertimbangkan pelawaan Ayah nya untuk tinggal bersama di rumah Ayah nya itu. Namun dia agak berat untuk berpindah kerana sebelum Syafiq menyewa di rumah sewanya itu, dia sudah mencuba untuk melihat berapa lama waktu yang diambil jika dia berulang alik dari tempat kerja ke rumah Ayah nya itu. Tidak berbaloi.

"Syafiq. Awak okay ke tu?" Lamunan Syafiq terhenti saat dirinya disapa.

"Eh saya okay je. Dah siap ke makanan yang kita pesan tadi?" Persoalan itu dibalas dengan soalan yang lain lalu Syafiq pun memandang ke arah gerai No 114.

"Belum lagi. Tadi masa saya lalu akak tu tengah masak lagi." Jawab Maisara, wanita manis yang berada di hadapannya itu.

Maisara merupakan teman sekerja Syafiq. Di awal perkenalan mereka, Syafiq hanya menganggap Maisara sebagai seorang kawan sahaja. Namun tidak bagi Maisara. Dia sudah jatuh hati saat pertama kali memandang Syafiq. Mereka berdua adalah antara 10 orang staff baharu di syarikat tersebut. Syafiq mulai rapat dengan Maisara kerana sejak dari sesi taklimat lagi, Maisara banyak bertanya kepada Syafiq tentang banyak perkara dan mereka juga ditempatkan di dalam bahagian yang sama di syarikat tersebut.

Syafiq sesungguhnya masih belum ada apa-apa perasaan terhadap Maisara. Namun Maisara tidak mudah putus asa. Dia tetap cuba untuk mendapatkan hati Syafiq, walaupun dia tahu itu bukan perkara yang mudah.

Walaupun mereka agak rapat di tempat kerja, Syafiq tidak pernah sekalipun bercerita tentang kisah peribadinya kepada Maisara. Sekadar perkenalan tentang Syafiq dari luar, namun segala apa yang permah terjadi pada dirinya tidak pernah sekalipun terpacul keluar dari mulutnya itu.

"Are you okay Syafiq? Are you sick?" Tanya Maisara bimbang kerana itu adalah kali pertama Maisara melihat wajah Syafiq yang pucat.

"I'm okay, no worries about that okay. Maybe I'm too tired. Malam tadi tak boleh nak tidur sangat." Jawab Syafiq cuba melegakan Maisara.

"Kalau awak sakit then pergi lah klinik. Amik MC ke. You should have a rest." Kata Maisara dengan nada yang masih risau.

"I'm okay Maisara. Don't you worry about me okay. Ni pun dah half day dah. Kejap lagi dah nak balik. Nanti saya okay lah ni." Jawab Syafiq lalu dia bingkas bangun menuju ke arah gerai yang tadi nya dia ada memesan makanan di situ.

Maisara masih merasa risau. Wajah Syafiq memang betul-betul pucat. Namun dia tiada hak untuk memaksa Syafiq untuk pergi ke klinik. Dan Syafiq pernah memesan kepada dia bahawa Syafiq sangat tidak menyukai orang yang suka memaksa. Kerana itu Maisara akur.

Tidak lama kemudian Syafiq muncul kembali membawa dulang yang berisi beberapa jenis makanan di situ. Maisara yang sudah kelaparan seakan lupa sebentar akan keadaan Syafiq. Seusai doa dibaca, mereka pun mula menyuapkan makanan itu ke mulut.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Roommate 3 - The FinalWhere stories live. Discover now