1-Hentian

459 11 0
                                    

Ah! Aku dah lambat, hujan pula tu. Just my luck, omelku sambil berlari menuju ke kereta. Aku meraikan terlalu awal. Aku begitu yakin aku tidak terlibat dengan mesyuarat petang ini tapi nah! Aku diheret sama gara-gara rakan sekerjaku menarik diri pada saat akhir. Urusan keluarga katanya.

Tanpa aku sedari, aku sampai ke kereta. Bergegas aku masuk ke dalam dan terus mengunci pintu. Tangan kiriku mula menggagau di ruang tengah antara tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu. Aha! Dapat! Tuala kecil itu terus aku gosokkan di muka dan leherku. Terasa lega apabila sisa hujan yang ada padaku mula kering. Sambil aku mengelap, secara tidak sengaja pandanganku tertumpu pada perhentian bas di seberang jalan.

Dalam renyai hujan, aku nampak seorang gadis sedang berteduh di perhentian yang sepi itu. Hanya dia. Terdetik di kepalaku, dah lewat ni. Bas ada lagi ke? Hmm. Tak mengapa, kejap lagi lalu situ. Boleh berhenti dan tanya.

Setelah berpuas hati dengan tahap kekeringan sendiri, aku pun mula memandu ke arah perhentian bas. Gadis itu sedang melihat jam tangannya dan apabila suluhan lampu keretaku mula masuk ke sudut pandangan matanya, kulihat dia terus menarik beg tangannya dan memeluk beg tersebut umpama perisai.

Melihat keadaan itu, aku mengeluh. As a fellow perempuan, aku faham apa yang dia cuba lakukan. Tanpa lengah, aku terus menurunkan sedikit tingkap penumpang dan menegurnya.

Cik? Cik okay ke? Tengah tunggu siapa?

Dengan keadaan sekeliling yang macam ni, aku tak pasti adakah soalan aku didengarinya. Aku lihat bahasa tubuhnya masih dalam keadaan berjaga. Mungkin dia ragu-ragu dengan kehadiran aku. Hmm, kalau aku seorang diri macam dia, aku pun akan buat benda yang sama.

No choice then. Aku putuskan untuk keluar kereta. Sebaik dia nampak pintu kereta dibuka, aku terlihat tangannya mengambil sesuatu dari dalam beg. Aku gagahkan juga berlari anak masuk ke perhentian itu sambil mengomel kepada diri sendiri, aih tadi baru saja lap sampai kering. Nasib nasib.

Hanya untuk disambut dengan satu pukulan di lenganku.

Woi sakit!

DiaWhere stories live. Discover now