8-Meet Delima

179 9 1
                                    

Sabtu. Hari yang sepatutnya aku berehat dan bermalasan di rumah. Hari ketenangan. Tapi. A woman can only dream. Hari ini aku diheret keluar oleh kawanku. Kami lima sekawan kenal dari zaman universiti lagi. Siapa sangka program sukarelawan universiti yang kami sertai jadi titik permulaan persahabatan kami. Kalau bukan sebab Anep, tak berjumpalah kami. Waktu tu ada program ceriakan kampung dan nak dijadikan cerita, Anep hampir bakar rumah imam masjid. Kebetulan kami berempat yang paling terdekat dengan tempat kejadian. Masa tu semua orang dah panik asap hitam berkepul, dia boleh nyanyi sambil tambah lagi segala dahan kayu, kayu kering, sampah semua masuk dalam api tu. Kami berempat lagi horror bila tengok dia bakar betul betul sebelah rumah. Muka clueless dia waktu kami terjerit-jerit suruh dia berhenti masih menjadi bahan perbualan kami sampailah ke hari ini. 

Dahlia pula up the game bila dia simbah air sebaldi kat Anep. Tercengang-cengang Anep cuba memahami situasi waktu tu. Bila kami semua bergegas dengan baldi penuh air di tangan, barulah dia faham yang api di depannya itu dah luar biasa besar.

Anep mengaku yang dia jarang (tak pernah sebenarnya) buat kerja rumah. Laman rumah dia ada tukang kebun yang uruskan. Bila dia cerita rumah dia kat mana, barulah kami semua macam 'Patutlah'. Entah entah tu kali pertama dia pegang pencakar sampah.

Bagusnya Anep ni, dia tak sombong. Malah persahabatan kami semakin menyedarkan dia betapa beruntungnya hidup dia selama ini. Dan dia sentiasa cuba menerima realiti kehidupan, bantu orang lain yang memerlukan.

Suprisingly, dalam taknak pergi aku pun, tetap bukan aku yang paling lewat. Bila nampak muka-muka familiar yang aku dah tengok sekian lama tersengih kat aku, automatik aku pun sengih sekali.

"Macam biasalah K, Her Royal Highness tak sampai lagi," Anep membekalkan maklumat tanpa diundang.

"K, mari duduk sebelah I. Lama i tak jumpa you," kata Syifa.

"Baru dua minggu, Syifa."

"Lamalah tu. Macam macam boleh jadi dalam dua minggu."

Aku nampak Anep gelakkan aku. "Turn kau pulak. Aku dah kena interview dengan dia tadi," Anep menyampuk.

"Hadi. Kau dah ke?" Aku bertanya.

"Eh, aku whatsapp dalam group selalu. Dia tau jadual harian aku." Pandai kau eh Hadi.

"Usah ditunggu Dahlia tu. Lagi tunggu lagi lambat. Dia mana pernah on time," Tambah Anep lagi.

"Aku dengar tu. Her Majesty is here! Jerit Dahlia. Sebelum dia duduk, aku nampak jarinya pantas menarik telinga Anep.

Seronok Dahlia bila Anep menjerit terkejut.  Muka ada senyum macam kerang busuk tak cover langsung. Beginilah hubungan mereka berdua sejak Dahlia simbah air kat Anep, macam anjing dengan kucing.

Kami bertiga pernah cuba menjodohkan mereka tapi keduanya hanya tertawa. Mereka mengaku pernah cuba menjalinkan hubungan romantik tapi tak serasi. Akhirnya, ambil keputusan untuk kekal sebagai kawan sahaja.

Aku tengok muka Anep. 'Mesti tengah fikir cara nak balas dendam pada Dahlia. Bilalah nak berubah?'

Dahlia memang dah total lost. Berceloteh tak berhenti pasal boyfriend terbaru dia, barang-barang latest yang dia beli dan gosip kat tempat kerja dia. Geng Jemah dia tak lain tak bukan Syifa dengan Hadi. Tekun betul muka masing-masing.

Tiba-tiba dia pegang tangan aku. "K, kau tengah kenal dengan orang ke? Kalau takda, kau nak tak aku kenalkan kau dengan someone?" Dahlia memandangku penuh harapan.

'Alah, dia tengah bersemangat nak play Cupid pulak'

Aku merasakan ada 3 pasang mata dan 3 pasang telinga sedang memandangku dan mendengar penuh minat.

Syifa: Kashaf, it's been too long. Come on K, it's time to get back into dating pool.

Anep: K, aku nak dengar cerita pasal girlfriend kau pulak. Telinga aku perlukan channel baru selain daripada suara sumbang Dahlia.

Dari ekor mataku, aku lihat Dahlia siku rusuk Anep.

Hadi: K, kau okay ke dengan cadangan Dahlia? Apa yang kau rasa?

Mengeluh, aku pun tak tahu apa yang aku rasa. Aku tahu dah terlalu lama dan aku tipu diri aku sendiri kalau aku cakap rasa sunyi tu tak pernah menjenguk. Ada masa bila aku balik rumah, aku cuma nak seseorang peluk aku. Aku nak teman untuk sembang hujung minggu. Tengok Netflix bersama. Layan K-Drama. Food hunting sekali. Bercuti. Go for late night drive.

Persoalannya, bersediakah aku untuk meletakkan kembali hati di luar sana?

===============================
T/P:

Terima kasih kerana sabar menunggu. Hope you guys enjoy this chapter!

DiaWhere stories live. Discover now