Hari berjalan seperti biasa. Sesi persekolahan dan pembelajaran semua berjalan dengan lancar. Hubungan aku dengan Khai pula cuma sekadar kawan yang bertegur biasa sahaja. Tidak seperti dulu yang selalu bersama dan selalu chatting. Hanya berkawan biasa. Kadang-kadang, nampak jugalah effort dia nak berborak, buat lawak dan bercerita dengan aku, tapi aku hanya mendengar dan tak beria macam dulu. Ego? Aku pun taktahu kenapa.
Sewaktu termenung di dalam kelas, tiba ii bahuku disentuh lembut oleh seseorang. Aku menoleh dan melihat Khai yang berada di sisi sambil tersenyum.
"Rehat sama ii nak? Lama tak spend time hehe" ajaknya. Muka penuh dengan harapan.
"Ok. Aku tunggu kat dewan badminton." Aku pun setuju. Yelah aku tak lah ego sangat. Tapi cuma malas nak beria mcm dulu.
Sewaktu aku bertugas, aku dah nampak kelibat Khai yang dari kantin menuju ke arah aku. Seusai tiba, dia menghulurkan air kotak teh bunga favourite aku. Ye, dia masih tak lupa air favourite aku. Aku.memyambut air yang dihulur lalu menyedut air kotak tu.
Suasana agak sepi pada awalnya. Kekok barangkali sebab dah lama tak bersama. Tiba ii, Khai memecah kesunyian.
"Em kau apa khabar?" Tanya khai. Di dalam hatiku seolah-olah mahu tergelak. "Soalan apakah ini" kataku didalam hati. Tapi aku cuma control macho.
"Fine" jawabku sepatah sambil melemparkan senyuman nipis.
"Ouh. Em fad, aku nak minta maaf pasal kejadian haritu. Aku-" belom habis dia cakap aku dah mula untuk memotong cakapnya.
"Aku taknak tahu. Lupa-" tak sempat nak abiskan ayat, ayatku pula yang dipotong olehnya.
"No, kau patut dengar! Please lah fad, aku dah penat life macam ni. Aku dah penat terseksa berjauhan dengan kau. Aku taknak jauh dengan kau. Aku sakit. Aku tahu aku salah. Aku tipu kau sebab nak keluar dengan Nurin. Aku minta maaf. Tapi aku menyesal. Sumpah aku menyesal! Fad, aku sayang kau lebih dari seorang kawan. Aku taknak hilang kau. Biarpun kau duduk sebelah aku, tapi aku rasa sangat jurang antara kita. Aku tak sanggup nak hidup macamni" luahnya dengan sekali nafas. Terlihat dia tertunduk dengan air matanya juga mengalir laju.
Aku tidak berkata apa ii malah terus memeluknya dan mengosok lembut belakangnya. Pelukan aku dipeluk. Setelah itu aku melepaskan pelukan dan memegang kedua lengannya.
"Dah, jangan nangis. Buruk kalau kau nangis. Aku pun minta maaf okay sebab ego dengan kau. Tak dengar penjelasan kau. Tak bagi peluang dekat kau. Aku minta maaf jugak. Aku sayang kau jugak. Terima kasih sebab gigih nak betulkan keadaan. Dahlah kesat air mata jantan kau ni" pujukku sambil tersenyum.
Khai mengesat air matanya. Sejak detik itu, perbualan kami semakin rancak. Banyak yang kami bualkan dan juga gelak yang kuat sehingga tak perasan ada yang memerhati kami dari jauh.
Agak ii siapa yang usya diorang dari jauh? Apa dia nak? Ommo ommo takut betul hahaha.
YOU ARE READING
Puaskan Lelaki Straight Itu [COMPLETE]
RandomHi gais! Okay kita straight to the point je hahaha Kisah ni menceritakan tentang diri aku menjadi seorang PLU or senang kata GAY. Dan ianya merupakan kisah perjalanan hidup aku cuma aku meletakkan karakter yang direka (tujuan untuk tidak mengaibkan...