part 26

10K 237 21
                                    

Pagi yang sejuk menyelubungi bilik aku dan Iwan. Tubuhku dirangkul erat ketika dia tidur. Aku sedar terlebih dahulu sebab memang jenis morning person gituu hehehe. Melihat Iwan yang lena, aku cuba mengalihkan tangannya untuk bangun, namun tiba ii tangan Iwan malah menguatkan lagi pelukan tu. Aku menoleh kepadanya.

"Tepilah aku nak kencing" bentakku lalu merentap tangannya. Iwan membiarkan aku ke tandas.

Aku kembali ke tempat tidur bukan untuk tidur, malah untuk kejut Iwan. Dia mengeliat di atas katil lalu duduk sambil mukanya yang mamai.

"Morning" katanya lalu menarik aku dan mencium pipiku.

"Emm morning, pi lah bangun gosok gigi cuci muka. Busuk" kataku yang cuba untuk melepaskan diri.

Cubaan itu tak berjaya dan Iwan mula menadah pipinya untuk dicium. Dengan muka yang masam, aku cium pipinya ala ala morning kiss.

Aku keluar dari bilik dan melihat Ajoy dan Faris leka di dapur buat sarapan.
.
.
.

"So guys, apa plan harini" tanya Faris terujaa. Yang lain tak banyak bunyi, terus memandang Iwan seolah-olah dia lah kepala aktiviti tu.

"Japgi aku nak gi beli ayam, daging semua untuk BBQ malam ni. Pukul 5 mcmtu kita gi pantai bawah hotel ni je lah. Aku dah book tempat boek." Kata Iwan. Dia dah rancang segalanya. Semua memasang wajah teruja.

Aku dan Iwan ke pasar raya berdekatan untuk beli barang basahan BBQ nanti dan terus ke pulang ke hotel. Sebaik tiba, Faris dah menyambut barang basahan dan terus ke dapur. Dia akan memula memerap ayam dan daging untuk dibakar. Dia bab ii dapur memang power.

Kami cuma lepak kat ruang tamu macam biasa, borak kosong takda hala tuju. Aku cuma mendengar dan turut ketawa bila lihat karenah gila masing ii.

Pukul 5 suku semua dah siap turun ke laut yang terletak betul ii depan hotel ni. Senang, dekat, mudah. Tempat bakar ii and santai ii pun ada. Macam ii aktiviti yang kami lakukan like banana boat, motor boat, tanam ii orang. Apabila pulul 6suku, Hazieq dan Faris pula leka hidupkan api dan mula BBQ. Aku cuma tolong sikit ii je. Yang lain cuma tolong harukkan tempat tu je. Dengan speaker dipasang lagu ii yang rancak memeriahkan lagi keadaan.

Sejujurnya, perangai mereka sangat berbeza disini. Tak sangka, mereka melayan aku baik sekali macam dah lama berkawan sedangkan ini baru pertama kali kami lepak bersama dan saling bertegur-sapa.

Setelah kekenyangan, aku ingin berjalan ii di tepi pantai sambil menikmati udara malam yang santai. Dalam leka aku berjalan perlahan, tiba-tiba pinggangku dirangkul seseorang menyebabkan aku melatah kecil. Iwan rupanya. Dia dah ketawa kecil bila tengok aku melatah.

"Asal tak tunggu aku?" Tanya Iwan.

"Ish, taknaklah ganggu masa kau dengan kawan ii kau" cakap aku sambil dahi berkerut.

"Aik cemburu ke?" Tanya dia sambil mencuit pinggangku.

"Dia ni kan. Bukan cemburu lah. Cuma kau kena juga spend time dengan diorang. Takdalah nanti diorang kata kau lupa kawan", jelasku.

Iwan terus memusingkan badanku menghadapnya dan merapatkan badanku dengan badannya,

"Hahaha diorang okaylah... Diorang kisah pun tak aku ada ke tak dengan diorang" katanya sambil melagakan hidung kami.

"Kata engkau. Kau bukan tahu pun hati diorang" kataku sambil mencebik.

"Kau tengok tu. Diorang gelak ii je time kita takda. Hahaha" kata Iwan sambil menunjukkan ke arah mereka semua.

Kami terus berjalan sambil berpegangan tangan erat. Suasana pantai memang sunyi, tiada orang lain selain kami.

"Wan... Aku nak tanya, boleh?" Pintaku.

Puaskan Lelaki Straight Itu [COMPLETE]Where stories live. Discover now