Chapter 17
RestaurantJungkook tersenyum memandang Eunri yang sibuk melahap makanan yang berada dihadapannya. Macam tak makan setahun saja !
"Makan pelan sikit nanti tersedak" tegur Jungkook
Uhuk-uhuk !
"Aku baru je cakap tadi !" Jungkook segera memberikan air kepada Eunri
"Hehe mian saya lapar sangat !"
"Dah sambung makan lepastu kau cerita dekat aku kau buat apa dekat sini boleh ?" Jungkook menyoal
Eunri hanya mengangguk sahaja dengan mulut penuh makanan
'cute' bisik hati Jungkook. Ada sahaja tingkah perempuan ini yang buat hatinya tercuit. Ah gila ! Dia sudah jatuh cinta pandang pertama !
Sejak dia lihat perempuan tersebut di airport tempo hari,hatinya sudah tidak menentu walaupun hanya melihat mata perempuan itu sahaja
"Hm awak taknak makan sekali ?" Jungkook tersedar dari lamunannya apabila mendengar soalan dari wanita itu
Gelengan kecil beserta senyuman nipis diberikan kepada Eunri
"Aku tak lapar lagi, lagipun baru pagi so aku tak biasa makan benda berat" jelas jungkook
"Diet eh ?" Eunri tersengih mengejek dengan mulutnya yang penuh dengan nasi. Ayam goreng yang berada di tangannya dihalakan sedikit kearah Jungkook
"Pala hotak kau" riak wajah Jungkook mula bertukar dingin
Eunri menjeling lalu menyambung makan
SUNGAI HAN
"awak tak kerja ?" Eunri menyoal tanpa memandang Jungkook
"Aku dah mintak cuti tadi" simple sahaja jawapan Jungkook
"Jadi boss awak okay je ?" Berkerut pelipis Eunri. Tengok dari penampilan lelaki itu,dia dapat agak lelaki itu berpakaian kerja
"Kalau dia tak okay,takde lah aku lepak dengan kau dekat sini. Lagipun kalau dia tak bagi,aku berhenti je terus"
Membulat mata Eunri mendengar kata-kata lelaki itu,tenang sahaja nadanya
"Kalau awak berhenti,awak nak kerja dekat mana ?"
"Mana-mana jelah,kalau tak dapat kerja aku merempat je tepi jalan. Senang"Eunri memukul bahu Jungkook geram
"Habis awak nak kecewakan keluarga awak ?"
Jungkook menoleh kearah Eunri, pandangan sengaja didinginkan
"Aku takde keluarga" sengaja dia berkata demikian untuk melihat reaksi wanita itu
"Ah mian" Eunri terus rasa bersalah,muka ditundukkan lalu bermain dengan jari telunjuknya
"Aku gurau lah ! Keluarga aku hidup lagi ! Sihat walafiat lagi !!"
"Ish awak ni ! Saya dah rasa bersalah tadi tahu tak ?!" Bibir diketap kuat. Geram !
"Lek lah kau ni pun !" Jungkook spontan memaut leher Eunri
"Now cerita kenapa kau boleh ada dekat sini"
Eunri mengeluh seketika
"Saya lari rumah" sekali nafas Eunri berkata
Jungkook mengangkat sebelah keningnya
"Kenapa lari rumah ?"
"Betul awak nak tahu ?"
Jungkook membalas dengan mengangguk
YOU ARE READING
Mr.Mafia (min yoongi) ✅
Action"lepaskan aku lah pakcik,kau nak apa dari aku hah?!" jerit Jihyun sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri "diam lah budak! semak je!!" "lepaslah!" jerit Jihyun lagi PANG bunyi tamparan yang dihasilkan daripada Yoongi membuatkan Jihyun terdiam. ha...