ABAIKAN TYPO !
Chapter 38
1WEEK LATER
Mr.D berjalan santai menuju kearah ruang tamu sambil mata meliar mencari kelibat Jihyun
Tersenyum nipis lelaki itu apabila melihat susuk tubuh Jihyun sedang duduk bersantai sambil menonton televisyen
Sudah seminggu sejak kejadian Jihyun diculik dan Mr.D yang mengambil alih badan itu dan sampai sekarang syaitan itu masih lagi menguasai tubuh tersebut
Dalam seminggu itu juga Jihyun banyak mempelajari tentang Mr.D
Dia sudah tahu jika lelaki itu marah jangan sesekali muncul dihadapannya
Pernah sekali Jihyun cuba untuk meredakan kemarahan lelaki itu sampai dirinya hampir terbunuh. Nasib sahaja bangtan datang tepat pada masanya,kalau tidak arwah dah dia
Mr.D mengambil tempat bersebelahan dengan Jihyun. Matanya tunak memandang skrin televisyen
"A-awak terkejut saya"
Mr.D hanya mengabaikan kata-kata wanita itu
"A-awak nak makan apa-apa tak ? Saya boleh masakkan"
Mr.D terus memandang Jihyun dengan senyuman sinis. Badan didekatkan pada gadis itu
Jihyun pula sudah kecut perut menanti tindakan seterusnya dari lelaki itu
"Aku nak makan kau boleh" bisik Mr.D pada telinga Jihyun
Memerah muka Jihyun mendengar kata-kata dari lelaki itu
"A-awak makan nasi goreng kimchi lah ye ? Saya pergi sediakan" cepat sahaja Jihyun menjauhi jarak mereka berdua
Dia bingkas bangun dari duduknya untuk melangkah pergi ke dapur
Belum sempat wanita itu mengorak langkah,Mr.D dengan pantas menarik tangan wanita itu menyebabkan Jihyun terduduk pada pehanya
"Cantik juga kau ni kan budak" bisik Mr.D pada telinga Jihyun lagi
Makin membahang wanita itu
'aduh dia ni suka sangat bisik dekat telinga aku pasaipa ?! Menggoda tahu ?!' getus hati Jihyun
Sememangnya dia akui diri kedua Yoongi ada aura tersendiri menyebabkan Jihyun lebih tertarik pada diri kedua lelaki itu
Bukan tidak suka diri sebenar Yoongi tetapi jika dibezakan dengan Mr.D Yoongi lebih kepada pendiam dan tidak suka tunjuk kasih sayangnya terhadap Jihyun. Beza pula dengan Mr.D yang sentiasa menggoda dan lebih kerap menunjukkan bahawa dia sayangkan wanita itu hanya dengan kelakuan nya sahaja
Walaupun Jihyun sendiri tidak pasti diri kedua Yoongi ini suka dia ataupun tidak kerana lelaki itu sering kali mengelak jika Jihyun tanya lelaki itu mencintai nya atau tidak. Pernah sekali itu Jihyun menanyakan soalan itu dan Mr.D dengan selamba berkata 'aku tidak akan suka dekat budak mentah macam kau'
Selepas itu Jihyun terus berhenti menanyakan soalan sebegitu. Tetapi sejak akhir-akhir ini Mr.D lebih kerap menggodanya dan menunjukkan kasih sayangnya terhadap gadis itu
"Hey budak kau termenung apa ?"
"Huh ?" Tersedar Jihyun dari lamunan nya
"Kau termenung apa ? Fikir masa depan kau yang tak berapa nak cerah ?"
Jihyun mencebik mendengar kata-kata lelaki itu
Satu perangai yang Jihyun tidak suka tentang diri kedua Yoongi ialah lelaki itu suka cakap ikut suka hati sahaja. Walaupun Yoongi memang begitu tetapi Mr.D lebih teruk dari Yoongi
YOU ARE READING
Mr.Mafia (min yoongi) ✅
Action"lepaskan aku lah pakcik,kau nak apa dari aku hah?!" jerit Jihyun sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri "diam lah budak! semak je!!" "lepaslah!" jerit Jihyun lagi PANG bunyi tamparan yang dihasilkan daripada Yoongi membuatkan Jihyun terdiam. ha...