Chapter 32
pagi mula menjelang,dengan perlahan Jihyun membuka matanya, dengan tiba-tiba keningnya berkerut. Tangan diletakkan pada perut lalu meringis sedikit
Jihyun bingkas bangun lalu duduk sambil menekan perutnya. Bawah bibir digigit kuat, dengan perlahan dia mengeluarkan esakan sambil menekan perutnya yang terasa sakit
Yoongi yang lena diulit mimpi itu terus membuka matanya apabila mendengar esakan pelan seseorang
Dengan mamai dia memandang Jihyun. Dia yang melihat keadaan wanita itu terus segar matanya,dengan segera dia bangun dari pembaringannya dan duduk berdekatan Jihyun. Tangannya memegang bahu wanita itu
"Jihyun kenapa ?" Soal Yoongi memandang anak mata wanita itu
"Pe-period c-cramp" kata Jihyun menahan sakit
"Bwo ?!"
"Sa-sakit hiks" kedengaran semakin jelas esakan Jihyun
"Jihyun kau tembus..." Tergantung ayat Yoongi melihat tompokan darah pada katil mereka
"Sakit hiks awak sakit" semakin menjadi-jadi esakan Jihyun. Terasa sakit pada perutnya tika itu hanya tuhan sahaja yang tahu
"Kau tunggu sini kejap" Setelah berkata demikian, Yoongi terus berlalu kedalaman bilik air
Dia meletakkan air suam pada bathup lalu keluar semula dari bilik air
Dia mendekati Jihyun yang masih terduduk pada katil
Dengan perlahan dia memegang hujung baju wanita itu bersiap sedia untuk membukanya. Tetapi niatnya terbantut apabila Jihyun menahan tangannya
"A-awak buat ap-apa ?" Soal Jihyun gugup
"Buka baju kau" selamba Yoongi berkata lalu membuka baju wanita itu. Dia hanya meninggalkan pakaian dalam Jihyun sahaja
Setelah itu dia terus mengangkat Jihyun gaya bridal style menuju kearah bilik air semula
"Kau mandi dulu. Kalau dah selesai panggil aku. Tak payah kunci pintu" arah Yoongi sebaik sahaja meletak wanita itu pada kerusi bilik air
Jihyun hanya mengangguk
Yoongi terus melangkah keluar lalu menuju kearah wardrobe
Almari cadar dibuka,dia mengambil cadar berwarna hitam pekat lalu menuju kearah katil semula
Cadar yang terkena tompokan darah Jihyun ditanggalkan lalu digantikan dengan cadar baharu
Selepas itu dia menuju semula kearah wardrobe dan membuka almari pakaian milik Jihyun
Sebuah kemeja putih dan seluar berwarna hitam diambil. Kini dia menuju kearah laci dimana terletaknya pakaian dalam milik Jihyun. Pakaian dalam Jihyun diambil,tak lupa juga pad untuk wanita itu
Dengan cekap dia memasang pad pada seluar dalam Jihyun
Setelah selesai dia mengambil baju,seluar dan pakaian Jihyun lalu diletakkan pada katil milik mereka
"Jihyun dah habis ?" Soal Yoongi
"Dah" sahut Jihyun
Mendengarkan itu Yoongi terus mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air
Setelah memakaikan wanita itu tuala,dia terus mencempung tubuh Jihyun ke katil
"Pakai baju"
Jihyun hanya akur dengan arahan lelaki itu
"Masih sakit ?" Soal Yoongi
Jihyun mengangguk perlahan
"Tunggu sini,aku turun bawah bil ubat pain killer" selepas berkata demikian Yoongi terus keluar daripada bilik tidur mereka dan menuju ke arah dapur
YOU ARE READING
Mr.Mafia (min yoongi) ✅
Action"lepaskan aku lah pakcik,kau nak apa dari aku hah?!" jerit Jihyun sambil meronta-ronta untuk melepaskan diri "diam lah budak! semak je!!" "lepaslah!" jerit Jihyun lagi PANG bunyi tamparan yang dihasilkan daripada Yoongi membuatkan Jihyun terdiam. ha...