ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐃𝐑𝐔𝐍𝐊𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐗𝐓𝐒.
• • •
Cahaya yang menerangi bilik tersebut membuatkan Ah-in tersedar dari tidurnya. Dahi gadis itu di kerutkan.
" Aduh, aku dekat mana ni ? " soalnya pada diri sendiri.
Tangannya yang menjadi pelapik kepala itu beralih ke ubun-ubun yang terasa menyengat, lantas di picit kuat.
Dia bangkit dari pembaringannya. Mata milik gadis itu mula melilau melihat sekitar ruangan bilik itu. Bilik tidur ini, amat biasa di lihatnya sebelum ini.
Ah-in dengan segera turun dari katil tersebut. Beg tangannya yang terletak cantik di atas meja bulat di sebelah tingkap itu di ambil lalu di bawa bersama keluar dari bilik tersebut. Ruang tamu pangsapuri itu di tujunya.
" In, dah bangun ? "
Hampir sahaja jantung Ah-in terkeluar saat dia mendengar suara yang memanggilnya itu. Suara yang sudah lama dia rindukan, suara yang sentiasa menjadi pujaan hatinya sebelum ini. Dan, tidak lain tidak bukan lagi orang itu ialah Lee Hee-seung bekas kekasihnya.
Kepalanya di tundukkan, malu untuk bersemuka dengan pemilik suara itu.
Dia mencemuh dirinya saat dia masih berdiri kaku di hadapan bilik tidur lelaki itu. Sepatutnya, dia mendengar pesan Seo-hee semalam. Kalau lah dia tidak minum minuman keras itu dengan berlebihan semalam, tentu sahaja perkara ini tidak berlaku.
" In ? Awak okey tak ni ? " soal Hee-seung. Lelaki itu sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua.
Ah-in tersentak dari lamunannya. " Eo, s-saya okey. "
" Mari duduk sini, kita breakfast sekali. " suara bekas teman lelaki itu kedengaran agak ceria. Ah-in sekadar mengangguk, ikutkan hati dia ingin menolak pelawaan Hee-seung namun dia tidak mahu kecewakan lelaki itiu.
Meja makan di dekatinya, punggungnya di labuhkan di kerusi. " He-hee-seung, saya minta maaf sebab datang ke sini malam semalam dan maafkan saya jugak sekiranya saya ada menyusahkan awak malam semalam. Nasib baik teman wanita awak tak ada di sini, kalau tak habis lah saya. " ucap Ah-in sambil belakang lelaki itu di amatinya sepuas hati.
Rindu, dia terlampau rindukan lelaki yang bernama Hee-seung yang berada di hadapannya itu pada ketika ini.
" Gwenchana, saya okey saja. "
" Jom, makan... By the way, siapa cakap saya ada teman wanita baru, hm ? " soal Hee-seung seraya kakinya laju mendekati meja yang di duduki Ah-in bekas teman wanitanya. Dia juga turut merindukan gadis itu, tidak dapat dia nafikan yang dia masih berharap mereka berdua dapat berbaik semula dan kembali seperti dulu.
" Ah-in, saya masih single ya. Kalau awak nak mengorat saya sekali lagi pun boleh saja, dan saya tak akan tolak tau. " Hee-seung menayangkan senyum sinisnya pada Ah-in, membuatkan pipi gadis itu membahang.
" A-ani, macam mana saya boleh ada dekat sini ? "
" Ask yourself, girl. " usik Hee-seung. Sup berada di dalam mangkuk di hirup selamba.
" Saya tak ingat lah, saya mabuk kan semalam... " adu gadis itu, bibirnya pula dicebikkan sedikit. Heeseung sekadar menghinjutkan bahunya.
Sudah lama dia tidak bergurau dengan Ah-in, dia rindukan gadis yang manja itu.
" Awak text saya. " ringkas sahaja jawapan yang di beri oleh Hee-seung.
" Text ? " gumam Ah-in. Mesej apa yang dia hantarkan pada lelaki itu ? Soalan itu mula berlegar-legar di kepalanya.
" Hm. Eh, makan lah cepat. Dari tadi lagi saya dengar perut awak tak berhenti-henti berbunyi. " Ah-in mengangguk, menuruti kata-kata Hee-seung.
" In, one more thing. "
" Hm ? "
" Boleh awak betulkan dan butangkan baju awak, ianya agak terdedah. Saya... Hehe "
━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
❛❛𝘿𝙧𝙪𝙣𝙠𝙚𝙣 𝙏𝙚𝙭𝙩𝙨.❜❜ ᶜ
Romance+ I love you, and will always love you. #First short fiction. [ 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚𝙙. ✓ ] ©𝗷𝗮𝗲𝘆𝘁𝘁𝗮𝗿𝗶𝘂𝘀-™ | 2021 |