ᵗⁱᵗˡᵉ ↳ 𝐃𝐑𝐔𝐍𝐊𝐄𝐍 𝐓𝐄𝐗𝐓𝐒.
• • •
Ah-in mula mengemaskan barangnya sebaik sahaja kerjanya selesai. Niat di hati ingin terus pulang kerana terlampau penat dengan kerja sehariannya di pejabat, namun niatnya terpaksa di batalkan.
" Korang jangan balik dulu tau, bos nak belanja minum malam ni. " kata rakan sekerja gadis itu.
" Nae ! " sahut pekerja yang lain.
Keluhan di lepaskan.
Sudah lah badannya berasa lesu sekarang, kalau di tolak pelawaan itu nanti kena marah pula.
" Ah-in, aku tengok kau ni penat semacam jer. Kau betul-betul nak join minum sekali ke ? Kalau kau tak nak pergi pun takpe lah. " tegur rakan di meja sebelahnya.
" Ani, Aku okey saja lah. Jom ! "
Lengan rakannya di rangkul dengan erat, senyuman paksa di tarik.
━━━━━━━ ━━━━━━━
" Ah-in, aku nak tanya sikit boleh ke ? "
Ah-in berdehem, membetulkan suaranya. Kepala di dongakkan, mata beralih memandang wajah rakan di depannya.
" Kau nak tanya apa ni Seo-hee ? Lain macam bunyi. " soal Ah-in. Sehelai daging lembu yang sudah di grill di masukkan ke dalam mulutnya dengan penyepit.
" Em... Kau tak rindukan Hee-seung ke ? "
Dengan serta merta kunyahan Ah-in terhenti. Hatinya tersentak seakan di busur dengan anak panah.
Tipu lah kalau dia cakap dia tidak rindukan jejaka itu, masuk hari ini sudah satu tahun hubungan mereka di putuskan akibat keegoan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mahu mengalah.
PAP !
Bunyi tepukan tangan Seo-hee di meja membuatkan lamunannya sebentar tadi terhenti. " H-ha, kau tanya apa tadi ? Aku tak dengar. " soalnya, buat-buat tidak dengar soalan yang di aju oleh rakannya itu.
" Kau tak rindukan Hee-seung ke ? Tak nak cuba berbaik dengan dia ? Mana tahu dia masih single lagi. " senyuman nakal di pamerkan pada Ah-in.
Ah-in sekadar menghinjutkan bahunya. Gelas kecil yang berisi soju itu di telannya satu teguk.
Seohee mengangkat botol berisi air soju itu, lalu di tuangkan ke dalam gelas Ah-in. " Minum sekadar yang kau mampu sahaja, Ah-in. Jangan minum banyak, nanti kau buat perkara yang bodoh lagikan tolol. " pesan gadis di depannya itu.
" Ish, aku tahu lah ! " Ah-in mendengus geram.
━━━━━━━━━━
YOU ARE READING
❛❛𝘿𝙧𝙪𝙣𝙠𝙚𝙣 𝙏𝙚𝙭𝙩𝙨.❜❜ ᶜ
Romance+ I love you, and will always love you. #First short fiction. [ 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙡𝙚𝙩𝙚𝙙. ✓ ] ©𝗷𝗮𝗲𝘆𝘁𝘁𝗮𝗿𝗶𝘂𝘀-™ | 2021 |