16 : First day vacation

87 27 3
                                    

Hampir beberapa minit selepas kejadian itu, Himari dan lain-lain  bergerak untuk masuk ke dalam bilik hotel masing-masing yang sudah di tempah oleh Sheila. Betapa beruntungnya mereka dapat percutian serba percuma.

Setiap daripada mereka berkongsi sebuah bilik dengan makhluk 9 dimensi masing-masing.

Masuk sahaja ke dalam bilik, Himari terus merebahkan dirinya di atas katil yang bersaiz King itu. Setelah sekian lamanya dia tidak merasa berbaring di atas katil dengan tilam yang empuk padanya.

Himari : "Haah.... Bestnya dapat baring di atas tilam. Selama ini aku baring di atas tilam lipat atas lantai sahaja."

Lie hanya memerhatikan tindakan Himari yang bergolek-golek dari hujung katil sehingga ke penghujung katil lagi satu.

Lie : "Bukan main teruja lagi kau ya?"

Himari : "Ihihih.... Terujalah. Bukan selalu aku dapat baring di atas katil begini."

Lie : "Hmm.... Diikutkan sepatutnya, aku yang rasa seronok sebab penat berlawan tadi.... Penatnya...."

Tanpa sebarang amaran, Lie juga turut merebahkan dirinya di sebelah Himari. Himari yang begitu teruja berguling daripada tadi terpaksa menghentikan tindak-tanduknya demi memberi ruang untuk Lie berehat.

Himari : "Lie...."

Lie : "Mmm...."

Lie menjawab seruan Himari dengan nada yang malas sambil wajahnya ditekupkan pada bantal.

Himari : "Deria kau mesti sangat kuat kan?"

Lie : "Agaklah. Telinga, mata dan hidung aku sangat kuat derianya."

Himari : "Hmm.... Mesti kau penatkan terpaksa mengalami semua itu?"

Lie : "Penat ke tidak penat, ini sudah semestinya diri aku. Aku tidak boleh nak berdalih. Takdir aku adalah menjadi seekor makhluk buas yang digeruni ramai."

Himari : "Tapi aku tak takut dengan kau pun."

Lie terus membisu. Wajahnya yang ditekupkan pada bantal terus dialihkan ke arah Himari.

Himari : "Aku boleh dikatakan hampir tak percaya makhluk macam kau ini begitu ganas."

Lie : "Why?"

Himari : "Entahlah. Mungkin sebab kau selalu mengutamakan diri aku lebih daripada diri kau sendiri. Orang jahat tak akan berbuat begitu. Betul tak?"

Lie kembali membisu. Wajahnya kembali ditekupkan pada bantal empuk hotel.

Himari : "Kau berehatlah. Nanti petang-petang sedikit, nak tak kita keluar berjalan-jalan? Aku tidak puas berjalan ambil angin dekat pantai tadi."

Lie : "Hmm.... Aku hanya menurut arahan kau sahaja. Itu janji aku lagipun."

Senyuman nipis terukir pada bibir Himari. Dia kemudian dengan perlahan hendak berjalan ke bilik air. Akan tetapi kakinya secara tidak sengaja terkehel sebaik sahaja dia hendak turun daripada katil.

Himari : "Auch!"

Mendengarkan desahan daripada Himari, Lie yang berbaring bingkas sahaja bangkit dan melihatkan keadaan Himari.

Lie : "Kau tak apa-apa ke, Himari? Sakit dekat mana?"

Himari : "Eh, tak. Tak ada apa-apa punlah."

Lie tidak mengendahkan kata-kata Himari dan sekali lagi bertanyakan kepada Himari soalan yang sama.

Lie : "Dekat mana sakitnya itu?"

Unknown Cat : The 1st Wave©Where stories live. Discover now