Areum sekarang sedang mengemas bajunya lalu diletakkan di dalam beg. Dia tak kira, dia mahu keluar juga dari rumah ini. Dia fikirkan Jaehyun setia dgn dirinya, tetapi lelaki itu tidur dengan bekas isterinya. Huh, baginya lelaki semua sama.
"Areum nak pergi mana?" ucap seseorang. Areum tersenyum sinis lalu menoleh. "Kau rasa? Lepas apa yg aku nampak tadi?" ucap Areum dengan nada tenang. Jaehyun terkejut apabila Areum menggunakan panggilan 'kau aku'. Lalu dia memeluk isterinya dari belakang. "Areum, oppa minta maaf. Oppa tak tahu. Si Rosé tu dia min-"
Areum tiba-tiba melepaskan pelukan itu. Lalu menoleh ke arah Jaehyun. Jaehyun terlihat air mata sudah mengalir di pipi Areum. "Maaf? Pergi mampus lah dengan maaf kau tu! Aku ni cuba lupakan Taeyong dan cintakan kau! Aku percaya kau when kau kata kau dah cintakan aku! Tapi, aku bodoh sbb percaya kau! Kalau aku tahu benda mcm ni berlaku, lebih baik aku malu sbb kena tinggal daripada khawin dgn kau!" Bentak Areum lalu keluar dari bilik itu.
Jaehyun terkaku mendengar luahan Areum. Adakah dia akan menerima benda yg sama? Ditinggalkan oleh orang yg dicintai? Oh, dia takkan biarkan benda itu berlaku. Dia mengejar Areum tetapi kereta Areum sudah meluncur jauh dari rumahnya. Dia mengejar kereta Areum. Dia tidak kisah, dia tidak mahu isterinya tinggalkan dia.
"Areum, oppa minta maaf. Oppa tak tahu kalau benda ni berlaku. Siap kau Rosé" desist hatinya. Tiba-tiba, kereta Jaehyun hilang kawalan. Akhirnya, kereta Jaehyun terlangar sebuah pokok di tepi jalan. Kemudian, Jaehyun tidak sedarkan diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Hmm, padan muka kau Jaehyun. Itu lah padahnya kalau kau rampas hak aku" ucap seseorang lelaki sambil tersenyum sinis melihat kereta Jaehyun melanggar kereta. Lalu, dia menghubungi seseorang. "Rosé, plan B dah berjaya. Plan C pula. Aku pasti dia akan lupa ingatan" ucap lelaki itu sambil tertawa jahat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Areum tergesa-gesa memasuki hospital itu. Baru sampai di hadapan hotel, dia mendapat panggilan bahawa Jaehyun kemalangan. Dia berasa dirinya teruk kerana meninggalkan Jaehyun.Dia menunggu di hadapan bilik pembedahan itu lalu duduk di bangku yang disediakan. Dia berharap Jaehyun tidak apa-apa. Selepas beberapa jam kemudian, doktor keluar dari bilik perbedahan. Lalu mendekati Areum.
"Puan ni isteri Tuan Jaehyun?" ucap doktor itu. Areum mendongak lalu berdiri. "Iya saya. Suami saya baik-baik jer kan?" ucap Areum dengan nada sendu.
"Tuan Jaehyun dia okay. Saya jangka esok atau lusa dia akan bangun. Kami dah pindahkan dia ke wad VIP di tingkat 9. Puan boleh ke sana. Saya pergi dulu". Doktor itu tersenyum lalu berlalu dari situ.
Areum segera pergi ke wad Jaehyun. Apabila dia membuka pintu wad tersebut, dia melihat Jaehyun terbaring lemah dengan muka yang pucat dan koma. Dia tidak boleh menahan air matanya lagi. Air matanya terus menetes keluar. Dia kumudiannya memeluk tubuh kaku suaminya itu.
"I'm sorry oppa. Kalau Areum tahu benda ni berlaku, Areum tak tinggalkan oppa tadi". Areum benar-benar menyesal. Setelah menangis selama beberapa minit, dia tertidur di sisi Jaehyun.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*Keesokkan harinya*Areum terbangun. Dia merasakan ada tangan mengusap ubun kepalanya. Dia mendongak. Dia tersenyum melihat suaminya sudah bangun dan memandangnya.
"Oppa dah makan? Oppa nak apa-apa tak? Areum ambilkan" ucap Areum. Jaehyun menggeleng. "Maaf, cik siapa? Kenapa cik kat sini? Kat mana saya?".
Areum terkaku. Adakah... oh tidak. Dia keluar lalu memanggil doktor. Beberapa saat kemudian, doktor dan dua orang jururawat masuk ke dalam wad Jaehyun. Areum berharap sangat Jaehyun tidak melupakan dirinya.
Selepas beberapa minit, doktor dan jururawat itu sudah keluar dari wad Jaehyun. Doktor mengeluh. "Puan, saya ada berita buruk dan baik" ucap doktor itu. Areum merasakan sesuatu yang tidak baik berlaku.
YOU ARE READING
CHEAT } Jaehyun (NCT)
Fanfiction"Kenapa dia tinggalkan aku? Aku cintakan dia" "Wey lusa wedding hikss....kitaorang.Taeyong hikss... sanggup tinggalkan aku. Aku kecewa hikss hikss" "Aku akan gantikan Taeyong, Areum. Aku, Jung Jaehyun akan khawin dengan kau" "Awak betul- betul nak g...