T W O | Mimpi

64 14 146
                                    

Aku terjaga dari lena. Nafasku tercungap-cungap dan dahiku turut berpeluh. Entah mengapa, mimpi itu datang lagi. Namun kali ini... Berbeza. Sangat berbeza dari mimpi yang sebelumnya.

Aku toleh ke arah jam yang tergantung di dinding. 2:53 a.m. Nice, Luna. Hampir pukul 3 pagi kau terjaga sebab mimpi yang entah apa-apa tu. Nasibla esok cuti, dapat kau sambung tidur lepas Subuh.

Kriuk...

"Like seriously, Luna? Time time macam ni lah kau nak kebulur. Kat dapur tu ada apa je? Nak makan Maggie? Mahu Mummy sebat kau dengan kuali bontot hitam dia tu kalau dia tahu,"

Jeda seketika.

"Argh! Aku tak kira! Lantak lah kena sebat pun, yang penting my precious tummy ni diisi." Aku selak gebar yang menutupi tubuhku tadi. Kaki yang baru saja nak pijak lantai tadi terhenti apabila–

"Hey,"

Mataku berkelip-kelip perlahan. Suara... Siapa tu? Aku pegun. Tak berani oi nak pandang belakang. Entah-entah yang tegur aku tu Encik Poc. Heee seram!

"Nak pergi mana tu?"

Lain macam erk suara Encik Poc zaman sekarang. Suara dia macam suara lelaki baru bangun tidur. Husky and sexy. Aum!

Eh Luna. Kau sedar tak kau tengah puji hantu? Kau ni dah tak betul agaknya. Hantu pun dikatakan sek–

"I'm asking you, sweetheart. Where are you going?"

Tiba-tiba sebelah bahuku terasa berat, bagaikan ada beban di situ. Dan... Leherku juga bagai ditampar-tampar angin. Naik bulu roma aku bila 'deruan angin' itu tak henti-henti menampar leherku.

"Awak siapa?" Akhirnya terpacul juga soalan itu selepas memastikan makhluk di belakangku ni bukan Encik Poc mahu pun Cik Pon tetapi seorang lelaki. Masalahnya aku tak kenal siapa dia! Suara dia tu aku tak pernah dengar di mana-mana pun. Nak kata aku ada abang, adik-beradik aku semua perempuan.

"Sweetheart... Awak tak ingat saya ke? Hmm?" Kalau tadi bahu berat sebelah, sekarang aku dapat rasakan ada sepasang tangan yang melingkar di pinggang aku. Pagi-pagi buta macam ni, otak aku masih lembab untuk mencerna situasi yang sedang berlaku. Aku ditarik supaya duduk atas ribanya pun aku tak perasan. Hinggalah dia berbisik...

"I'm your husband, sweetheart. How can you forget? Kita kahwin tak sampai 24 jam pun lagi tapi awak dah lupa suami awak." Dia ketawa kecil.

Dan aku macam baru lepas dapat ingatan, baru teringat yang aku dah sah jadi bini orang lepas Isyak tadi. Astaghfirullahal'azim Delisha Arluna. Kau ni teruk betul lah. Ni malam pertama kau kahwin tapi kau dah tunjuk sisi bengap kau kat suami kau.

Eh? Malam pertama kahwin?

Dang! Sebab ni ke mimpi aku kalini lain dari kebiasaan?!

▪︎▪︎▪︎▪︎▪︎

Aku perhatikan belakang badan suami aku yang tengah memasak tu. Orang nak tolong tak kasi. Disuruhnya kita duduk dan tenung dia masak.

Tapi kan... Tengah memasak pun nampak hot. Dengan tubuh tegapnya yang tersarung apron buatkan dia nampak comel pulak. Rambut pulak messy, ye lah baru bangun tidur kan. Aku nak tengok muka dia tapi belum ada kesempatan lagi. Takpe Lun, lepasni hari-hari kau boleh usya muka kacak dia tu. Mana aku tahu dia kacak? Weh, laki aku mix arab kot, takkan tak handsome

Syed Ammar Wazeer, nama suami aku. Nak dijadikan cerita kami kahwin sebab parents. Cliche kan? Tapi sebenarnya aku sendiri yang rela terima pinangan keluarga dia. Mummy dengan Daddy tak pernah paksa aku. Aku terima dia dengan syarat aku tak mahu jumpa dia sampailah kami sah jadi suami isteri. Malah, nama dia pun aku tak kasi Mummy dengan Daddy bagitahu. Entahlah, aku sendiri tak tahu kenapa aku letak syarat macam tu haha.

Special For You | Cerpen (Hiatus) Where stories live. Discover now