T H R E E | Reminisensi

27 6 10
                                    

First thing first, ni maybe berbelit sikit sebab banyak part flashback (although dah tanda). Second, cerpen ni dah lama dalam draft so kalau ada part tak masuk akal tu sila lah tegur ya 😭☝

Lasttt, thankyou sebab sudi baca and enjoy your reading <3

🥀🥀🥀

"Adreen, awak balik lewat lagi ke malam ni?"

Adreen yang sedang memakai kasut mendengus apabila isterinya tidak henti-henti menyoal soalan yang sama.

"Ye. Berapa kali awak nak tanya? Saya rimaslah." Masya menunduk. Terasa hati dengan Adreen tapi senyuman tetap dihulur buat suami tercinta.

"Awak janganlah balik lewat sangat. Nanti baby rindu kat baba dia ni." Masya tersenyum manis sambil mengusap perutnya. Kandungan yang sudah berusia 8 bulan itu dijaga penuh kasih oleh Masya.

Ya, hanya Masya. Adreen langsung tidak mengambil tahu tentang anak yang dikandung oleh Masya walhal itu adalah anaknya sendiri. Dia tidak tahu jantina anak yang bakal lahir itu malah dia tidak pernah menemani Masya membuat medical check up dengan doktor.

"Whatever. Dah la, saya dah lambat ni. Saya pergi dulu lah." Adreen berlalu pergi tanpa memberi sebarang kucupan di dahi Masya seperti selalu. Seperti kebiasaannya lapan bulan lalu..

Masya hanya memandang pemergian Adreen. Mata sudah berair meski senyuman tertampal di wajah.

"Awak dah berubah Adreen. Berubah sangat-sangat..."

🥀🥀🥀

"Hey Ad! Lewat kau sampai. Eryn tak bagi masuk kerja ke?" Tegur Huzayr, kawan baik Adreen. Sangkanya Adreen akan tersenyum dengan usikannya namun lain pula reaksi yang dia terima. Wajah Adreen muram, tak macam orang bahagia nak dapat anak je.

"Kau kenapa Ad? Ada masalah ke?" Huzayr menyoal dengan berhati-hati. Dia tidak mahu dicop sebagai penyibuk dalam masalah rumah tangga kawannya.

Adreen mengeluh sebelum membuang pandang ke arah jalan raya bandar Kuala Lumpur yang masih sesak itu.

"Aku tak tahulah Zayr. Kalau boleh aku memang nak bagitau kau tapi... Ni melibatkan aib, maruah orang lain. Aku pun tak pasti pasal hal ni jadi biarlah aku sorang je yang tahu." Adreen senyum nipis. Wajah kacak Huzayr direnung dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Seram sejuk pulak Huzayr rasa.

"Oookey... Tapi kalau kau dah ready nak story mory, kau roger je aku. Aku kan best friend kau!" Pesan Huzayr seraya mengangkat kaki, melangkah keluar dari pejabat Adreen.

Senyuman Adreen pudar. Pelbagai perkara bermain di mindanya.

"You'll know... Tapi selepas aku dapat bukti."

🥀🥀🥀

Flashback,

5 years before,

"Eryn, tunggu kejap!"

Masya berpaling ke belakang. Haish si Huzayr ni, menjerit macam dia duduk kat kutub utara je.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 21, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Special For You | Cerpen (Hiatus) Where stories live. Discover now