Masa. Orang kata masa itu emas. Masa amat berharga, baik bagi seorang murid sekolah rendah mahupun seorang Perdana Menteri.
Masa adalah hal yang mengerikan kerana kegembiraan dan kesedihan akan pergi dan hilang bersamanya.
Bagi seorang isteri dan juga seorang doktor sepertiku, masa untuk aku meluangkan masa bersama suami di rumah amat terhad. Terpaksa bersedia bila-bila masa dan segera ke hospital apabila dipanggil.
Suami sendiri pun aku jarang jumpa kerana kesibukan di hospital. Namun aku bersyukur kerana dia seorang yang memahami. Disebabkan suamiku itu merupakan teman karibku semasa kecil lagi, dia sudah tahu betapa dalamnya minat aku dalam bidang perubatan ini.
Daryan Shakirin bin Muhammad Dasuki. Orang yang telah melamar sekaligus mengikatku sebagai isteri empat tahun yang lalu. Bekerja sebagai seorang guru Biologi di SMK Cahaya Purnama. Berumur 29 tahun.
Aku, Ayna Safrina binti Ahmad. Juga berumur 29 tahun dan merupakan seorang doktor di Hospital Angkasa.
Dari kecil, aku dan suamiku melakukan semua perkara bersama-sama. Kami memang rapat. Sangat rapat sampaikan timbul perasaan cinta dalam hati masing-masing. Aku langsung tidak menduga bahawa Daryan juga menyukaiku kerana kami sentiasa bergaduh. Apa yang aku tak suka, benda itulah yang Daryan sering lakukan.
Daryan selalu mengusikku. Tambahan pula kami memang sekelas dari tingkatan satu. Dia juga seorang rakan yang baik, sentiasa menolongku di saat aku memerlukan seseorang.
Ketika kami meluahkan hasrat untuk berkahwin kepada kedua-dua ibu bapa kami, mereka tergelak. Mereka gelakkan kami kerana dulu kami beria-ria menolak untuk rancangan mereka untuk satukan kami. Tapi aku tahu, mereka sebenarnya gembira kerana memang dari dulu hasrat mereka nak berbesan.
Dengan restu kedua-dua belah pihak, kami mendirikan rumah tangga pada 7 Disember, jatuh pada hari jadi Daryan. Dan dia pula, langsung tidak teringat akan tarikh itu.
Aku masih ingat reaksi dia semasa sesi pembatalan air sembahyang.
"Selamat hari tua, Yan. Jadi suami yang baik tau. Kau curang, aku cari suami baru."
Ucapku sambil menyalami tangannya. Kalau tadi dia senyum, sekarang dia berkerut. Sah dia lupa birthday dia.
"Ehh, harini birthday aku ke?" Soalnya. Dia menggaru belakang kepalanya. Dengan muka blurnya, pakaian pengantin berwarna putih yang menyerlahkan lagi kulit putihnya dan rambut yang asli keperangan digayakan quiff membuatkan dia nampak... Kacak dan comel.
Masyaallah, suami siapa ni?
"Shukran lak ya zawjati," Tiba-tiba Daryan mencium dahiku. Aku terkaku. Satu, sebab kami tak pernah bersentuhan. Dua, sebab nama panggilan tu. Ketiga... Kenapa nada dia kedengaran sedih?
Dia melepaskan ciuman. Aku nampak. Aku nampak sinar matanya itu penuh dengan kesedihan. Tapi dia bijak menutupnya dengan senyuman manis.
"Terima kasih, sayang. Aku janji, aku akan jaga kau. Sampai akhir nafas aku. Aku takkan sia-siakan kau. Thank you so much sayang."
Pada saat itu, aku terkelu. Namun, aku tetap percaya pada janjinya. Sebab Daryan tidak pernah menipuku. Dia sentiasa jujur. Tak kira sepahit manapun kebenaran itu, dia tetap jujur.
YOU ARE READING
Special For You | Cerpen (Hiatus)
De Todo[Ini adalah cerpen] Hidup, punya pasang surutnya. "Kenapa awak tinggalkan saya?" Hidup, penuh liku dan duri. "Papa tak sayang kakak ke? Sebab tu papa taknak balik?" Hidup, penuh dengan mainan kata. "Aku janji, takkan ada sorang pun yang akan saki...