Story 3

3 1 0
                                    

Mangsa ke-3
Nama:Faten Nurfahana

Seorang wanita melalui laman Facebooknya bernama Faten Nurfahana telah berkongsikan satu kisah seram yang berlaku di rumah rakannya yang terletak di Ulu Klang di mana katanya dia telah berjaya merakam suara makhluk misteri dan gambar makhluk berkenaan.

Jom kita baca...

Bermulanya gangguan pelik melalui alarm telefon , seseorang tinggalkan note di Alarm Text.

Wednesday 7.06pm 13/1/2016
---------------
Member office aku. Nama dia Zuriyati. So aku panggil die Kak Yati. Sebab die lagi berusia dari aku siket. Kalau sesiapa tahu dan boleh tolong tafsirkan pebenda yang terjadi ni. Tolonglah bantu kawan aku ni.

Dieorang sekarang stay dekat kawasan Ulu Klang. Tak jauh pun dari office kitorang. Last week. Kak yati ni datang cerita kat kitorang. Die cakap die tido malam tu. Pastu terjaga. Die ingat alarm jam die dh bunyi untuk Solat Subuh. Bila check. Die tgk, baru pukul. 2.15am. Die tido balik. Pastu die terjaga lagi sebab bunyi lagi. Tgk2 baru pukul 2.30am. Die pun sambung balik tido sampai alarm die sebenarnya jaga.

Masa kat office die rasa cam pelik. Pastu die check hp die.kenapa alarm die bunyi. Yang terkejutnya. Baru perasan ade Note kat Alarm tu. Pastu die tanya husbnd die. Husband die pun kena kacau benda yang sama. Tapi waktu yang berlainan. Hari yang sama. Rabu,Khamis dan Jumaat.

And This Week. Benda yang sama terjadi lagi. Tapi kali ni. Die set kat hp husband die dengan die. 'Majusi' . Lain masa. Tapi hari yang sama lagi. Rabu, khamis dengan Jumaat. Kenapa mesti hari tu ?
Can anyone explain. Btw, dieorg dah buat macam2 dh. Benda dalam rumah tu .still lagi melawan.

Hari tu die kacau macam tu je kan . Ade orang suggest suruh pasang Surah Ruqyah masa tido. Pasang tak henti2. Tukar Wifi la. Tukar handphone la. For Your Information. Handphone baru beli. Nombor pun baru.

And malam tu Hari Khamis.7/1/2016. Kawan aku tak boleh tido. Kejap2 jaga. Selang 2 jam. Badan panas berpeluh2. Tak boleh bak tido sangat. Husbnd die pun tak leh nak tido. Bila pejam mata je . Terasa ade benda datang nak menghimpit.

Jumaat 8/1/2016

Takde ape yang berlaku. Alhamdullilah . Pasang ayat Ruqyah sampai pagi. Tido nyenyak.

Sabtu 9/1/2016

Tadi petang kawan aku whatapps aku kat whatapps group. Nak tahu pebenda 'benda' tu buat ? Die pergi tangkap gambar dieorang anak beranak masa tido. Guna hp husband dia. Sebab hp die tgh pasang Ayat Ruqyah. Gila tak gila. Tu la hakikat die tangkap gambar pukul 2.45am. Emmm.

Nak caya tak caya. Esok aku update lagi.

---------------

Sambungan Kejadian kat rumah Kak Yati.

Dulu masa mula-mula aku kerja kat TAA. Aku selalu perasan kak Yati ni mesti pergi Bank setiap hari. Sebab nak cucuk duit. Cam pelik lak kan. Tak ke membazir g atm setiap hari. Dia cakap rumah dia ade toyol. Aku cam korang lah. Tak tau nak caya ke tidak. Pergi waktu siang lalu rumah dia kat tepi MRR2 rasa cam biasa je. Takde pape. Bila malam. Rasa semacam. Huhuhu . Tak caya korang try lah g.

Tapi disebabkan aku dah banyak share kisah ni. Aku ucapkan terima kasih sesangat. Sebab ramai pm aku kasi solution. Tapi.... Yelaa. Kita cuba. Ade yang tunjuk hebat. Kata tu bukan benda-benda tu. Tu hp tu sendiri. Kepala banaaaa dia. Kena kat diri kau. Baru kau tau.

Kak yati selalu jugak ngomel2 kat office barang elektrik beli baru. Pastu rosak. Pakai tak lama pun. And yang sakit hatinya. Tuan Rumah tak nak pulangkan sewa deposit. Kalau dia pindah keluar. Dia cakap tolak duit maintenance. Boleh ke macam tu?

Dah la rumah dia kena masuk ular. Die pernah cerita kat kitorang masa kat office. Since that day laa. Macam2 benda jadi. Yang lain korang baca kat screenshot whatapps tu.

Aku sekarang nak tunggu Rabu pagi. Kak Yati update. Sbb waktu yang sama. Alarm tu set. Harap dia tak buat gila lagilahh.

Doakan lah kesejahteraan Keluarga kak Yati. Kesian kat anak2 dia

______________________________________

Rabu 13/1/2016
Seperti yang aku janji kan. Ada sambungan. Sebab 2 minggu lepas . Hari yang sama. Dia main alarm phone. Tapi kali ni dia tak main Alarm phone lagi dah. No! No ! No! Dia kejut pakai Meja. Pukul 4.30 pagi. Die p buat bising pula. Dom hingaqq tarik kerusi dgn meja. So husband kak yati pun terjaga. Kak yati malas nak layan dah. Husband Kak yati geram dia rajin la pulak pergi record. Dalam video. Nampak bayangan hitam macam manusia. Dia jalan. Sampai kat pintu stor rumah dia. Benda tu hilang menebusi bilik stor tu.

Lepas tu banyak macam cahaya bebola putih dok terbang melilau. Dalam rumah. Kalau korang tgk cerita entiti or paranormal. Mesti nampak bebola putih tu kan. Tu di panggil entiti/ orb. Haa. Yang tulaa. Dia terbang2 dalam rumah.
Cahaya pantulan cermin takkan dpat macam tu. Lagi satu. Hp husband kak yati bukan pakai Hi resolution byk mega pixel macam Dslr. Utk buat bokeh. Bokeh kena guna lampu terang. (Ingat aku tak tau ke ? )

Tapi yang video first ada banyangan hitam tu. Husband die dah delete. Tak sanggup simpan. Kalau tak. Aku tunjuk je kat korang. Bayangan hitam tu sebijik macam cerita Bangunan. Haa! Macam tulaa. Okaylah. Kalau ada new update. Aku update kat sini je.

Sekian Warkah untuk Hari ni.

---------------------------------------------

Jumaat 8/4/2016 , Ramai kan duk tanya aku. Apa jadi dengan Kak yati . Senyap je . Takde khabar lagi ke. Alright. Benda yang aku nak bagi tau nanti hari ni. Mana yang lemah semangat. Please, jangan tengok. And tak payah dengar. Sebab aku sendiri pun meremang.

Okay yang ni last week punya. Aku malas nak update, sbb pikir biarlah dulu. Tapi aku suruh jugak kak yati screen shot bagi kat aku. Kalau ade org nak bukti. Usha jelaa sendiri dlm album ni.

Last week, 29/3/2016 , Tuesday. Die memang suka main alarm. Tak tau kenapa. Okay. Sekarang ni kan musim panas. So malam pun nyamuk banyak sgt. Tiba2 . Pukul 2.15 Alarm kak yati bunyi lagi.

Kak yati memang terjaga ahh. Kak yati kejut husbnd die. Dieorg husbnd and wife dah syak dah. Mesti benda tu. Anddd what !

Bangun Tengok aku !! Berani dah reveal diri dia sekarang. Actually, before this lepas kejadian yg bulan 1 tu. Dh takde apa sangat berlaku, just org main tarik kaki, kena tindih macam tu je.

---------------------------------------------

Okay, sambungan untuk gambar and suara video. Last week, husband kak yati tgh duduk dekat ruang tamu, sambil main phone/game. Tetiba masa tu, husband kak yati cakap. " Mommy, jangan keluar bilik. " so kak yati pun follow jelaa . Cakap husband dia. Ingat lipas ke apa.

Then . Lepas kejadian semalam .

6/4/2016 Selepas Isya. Anak2 kak yati . Nak main phone . Nak main game dekat hp husband dia. Kak yati tak bagi. Letak almari shelf kat ats.

So malam tu masa tido. 7/4/2016 2.15Am . Ade dengar suara. Macam suara budak kecik. Macam ajak main. Tapi dia sebut "mari-mari" so kak yati macam dah agak. Husband kak yati keluar. Tgk hp yg die simpan kat dlam almari dah kat meja luar bilik dieorang.

Semalm dekat office around pukul 4pm . Husbnd die call, n msg bagitau. Macamna sound bunyi malam td ade kat audio file manager hp dieorg.

Then, semalam tu jugak. Husbnd kak yati bagitau pasal yg minggu lepas , kenapa dia tak bagi kak yati keluar bilik. Die nampak cam budak merangkak laju2 sambil nyorok belakang tong sampah. Gambar ? Korang tgk lahh.

Pastu, the same week. Masa tgh nak check camera punya punya pixel. Tercapture la something kat dapur. Benda tu belakang dia.

Kitorang kat office pun. Bincang and cuba nak jelaskan gambar tu thru comp.

And kawan aku bagi tau. Benda tu dari Hindu, and aku cuba translate kan dari bahasa Hindu ke Malay. And apa aku dapt? MATI .

Untold : The Horror Stories 0.1Where stories live. Discover now