Cerita ke-5:-
KAMPUS TOK PENJEJAK BADAI.
HANTU TETEK @ HANTU KOPEK.
ILMU HAWA AYATUL QURSI.Assalam....sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya, tidak kira di mana jua berada. Baik dari dunia nyata mahu pun sahabat dari dunia ghaib. Segala puji syukur kehadirat Allah swt. Selawat senantiasa dihatur keatas Junjungan Baginda Nabi Muhammad saw. Dengan mengharap redha Allah swt. Dan dengan kerendahan hati yang paling dalam, izinkan aku yang miskin ilmu lagi daif ini, berbagi sedikit ilmu dan pengalaman untuk dikongsi bersama para sahabat-sahabat semua. Insha Allah.......
Sahabat-sahabat yang aku hormati semuanya. Hari ini aku akan menceritakan pengalaman aku mengenai Hantu Tetek atau Hantu Kopek. Aku pasti sahabat semua tahu akan tentang hantu yang sekor ni. Dulu orang-orang tua nasihat, jangan main sembunyi- sembunyi...tengah hari, malam apalagi Maghrib. Pernah dengar KELINDAHAU...? Orang Bugis memanggil hantu ini dengan nama Kelindahau. Tapi masyarakat Melayu di sini selalu dengar hantu/ Jin/ Syaitan yang menyerupai orang yang kita kenal dan sembunyikan orang yang terserempak dengan hantu tu di bawah tetek nya. Selalunya kanak-kanak dan orang panggil hantu tu dengan nama Hantu Tetek atau Hantu Kopek.
Konon nya, hantu Tetek/Kopek merupakan seorang wanita tua yang gemar menyorokkan kanak-kanak kecil yang bermain di luar rumah semasa waktu Maghrib dengan cara menyembunyikan di sebalik teteknya.
Jika di S'pore dan di Malaysia hantu ini di panggil sebagai Hantu Tetek atau Hantu Kopek. Tetapi di Indonesia di panggil dengan nama Hantu Wewe Gombel, ini untuk hantu jenis betina@ perempuan. Tetapi kalau jantan kita di sini panggil sebagai Hantu Raya (bukan Hari Raya atau Jalan Raya) heheh..jgn marah..haaaa..
Dan di Indonesia mereka memanggilnya sebagai Hantu Gendoruwo. Hantu sekor ni kerjanya suka menyorok kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu senja dan waktu Maghrib dan malam dengan cara menyembunyikan mangsa di bawah kopek atau teteknya. Mereka akan menyerupakan diri dengan wujud sebagai ahli keluarga mangsa.
Aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku ketika di kampung, lebih tepat lagi di Kampung Berih yang tidak jauh dari perkuburan Umum Pusara Aman. Kalau aku tak salah, waktu itu umur aku sekitar 12 atau 13 tahun. Tetapi masa ni aku sudah bersahabat dengan Ajang Aki dan Ali, keluarga Bunian aku. Macam mana ceritanya, mari ikut aku ' flash back ' ke tahun 1982. Ok...mari....
Semasa di kampung, Razak dan Jali adiknya salah seorang kawan bermain aku. Hari itu Razak dan Jali bermain sembunyi-sembunyi(sorok-sorok) sehingga lewat senja menjelang waktu Maghrib. Setelah beberapa kali di panggil oleh Rokiah adik Razak (bunga kampung cantik pula tu). Maafkan aku Ajak, kalau terbaca artikel aku ini.
Setelah di panggil-panggil ke sana ke mari, mereka berdua tetap tak balik rumah. Setelah di cari-cari tetap juga masih belum berjumpa. Lalu di sebarkan berita kehilangan mereka berdua kepada penduduk kampung. Seluruh penduduk kampung bersetuju untuk mencari mereka beramai-ramai hingga ke hujung kampung. Dah macam pasar malam di kampung aku ketika itu. Ada yang memanggil-manggil nama mereka berdua, ada yang mengetuk-ngetuk tin. Ada yang membawa lampu picit, aku pun sekaki join mereka mencari mereka berdua. Cakap di mana saja tempat-tempat di dalam kampung, semua pelosok sudah di redah.
Sudah pukul 1 lebih pagi, masih belum ada tanda-tanda keberadaan mereka berdua. Tok Imam kampung mencadangkan untuk membaca kafiat Yasin 41 kali. Tapi aku tak ikut ke surau membaca Yasin, tetapi aku mengikut orang-orang kampung mencari mereka. Kayu sepanjang satu meter menjadi senjata aku, bukan apa-apa hanya sebagai keselamatan saja. Sebabnya dalam seminggu dua ini, orang-orang kampung sibuk bercerita tentang orang Benggali mencari budak-budak untuk dipotong kepalanya, itu yang membuat aku takut...!!
Semua pelosok sudah dicari, semua cerok sudah di bongkar, tetapi masih belum ada tanda apa-apa lagi. Pak Selamat, sudah pun menjemput Embah Bosri bomoh kampung yang tinggal di sebelah rumah aku. Orang tua ini tak kemana-mana pun, hanya duduk di halaman rumah Pak Selamat sambil membakar kemenyan mulut berkumat kamit membaca jampi. Jam sudah pun pukul 3 pagi, aku lihat Embah Bosri berpeluh-peluh terkena asap kemenyan. Dialah juga yang mencari aku ketika aku hilang di kampung bunian, dialah juga yang menyuruh Anjang Aki untuk menghantar aku pulang ke rumah, kerana keluarga aku risau, sudah satu minggu aku tak balik rumah. Padahal aku hilang hanya satu hari saja di Kampung Bunian.
" Kamu pulangkan balik budak-budak itu, jika tidak aku akan berkasar dengan kamu syaitan...!!" tiba-tiba Embah Bosri bertempek.
" Aku suka dengan budak-budak ni, aku akan jaga mereka seperti anak aku. hi..hi..hii..." kata Hantu Tetek, sambil tertawa mengejek-ejek.
" Mereka ada ibu bapa, biar mereka yang menjaganya." kata Embah Bosri.
" Kalau mereka sayang budak-budak ini, kenapa tinggalkan mereka bermain diluar. hi..hi..hii." dia mengejek Embah Bosri.
" Kau jangan nak berdalih dengan aku, aku tahu asal usul kau, syaitan."
Embah Bosri pun bangun dan menghentakkan tumit kaki kanannya, sambil membacakan :
" KAF YA AIN SHOD. HA MIM AIN SIN QOF. TEGAK AKU SEPERTI ALIF...HU. 3x.
Kemudian perlahan-lahan dia membisikkan :
" WAMAN 'ARAFA FAQAD 'ARAFA RABBIHI."
Setelah merasakan dirinya cukup yakin dengan apa yang dilihatnya, Embah Bosri merapatkan dua tangannya ke dada sambil menyebut perlahan :
" TEGAK AKU SEPERTI ALIF, BERLINDUNG AKU SEPERTI ZAT...HU..."
Sekaligus dia menghela nafas panjang seperti menyedutnya jauh-jauh ke dalam diri.
" Kau rupanya si Hantu Tetek, lepaskan budak-budak itu dari tetek kau." kata Embah Bosri.
Razak dan Jali masih berada di bawah tetek hantu ini. Mereka berdua masih terbinggung-binggung, apa yang terjadi kepada mereka.
Sampailah pukul 3:40 pagi, barulah mereka berdua di temukan. Keadaan mereka sungguh menyedihkan, pakaian mereka kotor penuh dengan najis haiwan dan juga berminyak di seluruh tubuh mereka.
Oooohh.....aku lupa pulak, orang-orang kampung terjumpa mereka berdua di dalam reban ayam. Padahal reban ayam itu berada di sebelah rumah mereka sahaja, ini yang aku hairan. Sebenarnya tempat itu sudah berkali-kali mereka cari, masakan di jerit-jerit nama mereka tidak di jawab.
Menurut kata Razak, dia nampak orang kampung pusing-pusing cari dia dan Jali adiknya, tetapi dia tidak boleh menjerit atau memanggil sebab mulut mereka berdua di sumbat Ubi kayu. Dan kalau sebelum ini orang-orang kampung dah lalu tempat mereka di ikat dan tidak nampak apa-apa, malam tu orang kampung berjaya jumpa mereka..
Jika ikut cakap orang-orang tua di kampung terutama orang Bugis, benda yang suka menyerupai orang-orang yang kita kenal ini disebut KELINDAHAU. Dan jika tidak ditemui atau jumpai selama 3 hari berturut turut, mangsa yang disembunyikan itu mati di makan hantu Kelindahau. Tapi kalau 3 hari berturut-turut tidak jumpa dan kalau mati mangsa yang di ikat itu mungkin akan dehydrated, tidak makan dan minum..
Embah Bosri (arwah) yang menyuruh orang kampung mencari mereka di reban ayam itu. Mereka masih berkeadaan binggung, seperti ' lost in space '. Mereka berdua hanya terkebil-kebil sahaja, tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka.
Pak Selamat dan isterinya yang memandikan mereka, dan di tukarkan baju yang bersih. Sekali lagi jasa Embah Bosri di perlukan, katanya Razak dan Jali sudah di beri makan najis haiwan. Embah Bosri pun menjampi air yang di pegang, lalu di beri minum kepada Razak dan Jali. Tidak sampai 3 menit, terhambur keluar segala najis-najis dan cacing-cacing yang di makan oleh mereka. Embah Bosri kata, dalam pandangan mereka ketika itu, najis-najis haiwan dan cacing-cacing itu adalah makanan yang lazat, cacing-cacing itu ibarat mee yang sedap dan menyelerakan. Tetapi barang-barang ini, memanglah makanan Hantu Tetek, tapi untuk manusia benda-benda ini adalah najis kotoran dan cacing.
Sudah seminggu Embah Bosri merawat mereka berdua, hanya Razak saja yang benar-benar sembuh, sedangkan Jali walaupun sembuh tetapi dia tidak dapat bercakap-cakap, dia menjadi bisu sehingga hari ini.(agaknyalah sebab dah lama tak jumpa)

YOU ARE READING
Untold : The Horror Stories 0.1
TerrorBaiklah...Dalam imaginasi mahupun yang realiti...makhluk yang ada di muka bumi ini tak kira manusia, binatang dan tumbuhan...malah dengan makhluk yang tak mudah nampak dengan pancaindera kita sendiri mereka adalah makhluk yang wujud juga....cuma kit...