Story 6

4 1 0
                                    


title ; lembaga perempuan

Aku dan kawan kerja bermula jam 7 malam dan habis sekitar 1 pagi . Agak awal mula hari itu selalunya jam 12 malam atau 1 pagi baru mula tugas . Malam itu kawasan aku bertugas sekitar tapak pembinaan di Mantin . Aku dan team yang terakhir masuk ke dalam kawasan-kawasan itu dan seperti biasa kami akan meronda sekitar tapak pembinaan tersebut dan berpecah dalam 4 kumpulan kecil .

Kami masuk setiap rumah yang masih masih dalam pembinaan dan juga kawasan semak dan belukar di kawasan tersebut . Di situ aku dan rakan aku yang bernama Azlan telah memasuk rumah yang paling hujung , rumah ini tidak bersambung dengan yang lain kerana ada 4 buah rumah di sini jenis rumah sebuah sebuah . Dia ke tingkat atas manakala aku di bawah dan seterusnya masuk ke kawasan belukar di belakang rumah tersebut . Hampir dalam 50 meter aku meredah seorang diri dan kemudian aku patah balik selepas menerima panggilan walkie talkie oleh Azlan yang meminta aku balik segera .

Sampai sahaja aku ke rumah itu , aku masuk melalui pintu belakang dan aku memenggil nama Azlan . Kemudian dia menyahut " Kau keluarrrr!!! ". Aku pun ok saja sebab ingat arahan dia untuk aku keluar dulu . Aku pun meninggalkan rumah tersebut dan kemudian aku nampak Azlan tengah tunggu aku di tengah-tengah jalan masuk ke kawasan itu . Pelik juga bila masa yang dia keluar . Aku terus mendapatkan Azlan dan bertanya " Bila kau keluar ? Tadi aku panggil kau masa kat rumah tu kau jerit suruh aku keluar "

Azlan tak banyak cakap , dia ajak aku balik ketempat pasukan berkumpul . Aku tidak syak apa-apa lagi waktu itu sebab malam pun baru jam 9.00 lebih . Sampai di tempat pasukan berkumpul Azlan terus cerita yang pada waktu di periksa tingkat atas rumah tu dia tersuluh satu lembaga perempuan yang berbaju putih dan bermuka bengis . Sekelip mata lembaga itu hilang dan Azlan terus turun dan keluar segera . " Aduh , habis siapa yang jerit suruh aku keluar?. Suara sebijik macam kau Lan "

Benda ini tak selesai kat situ saja. Habis pemerikasan , kami terus stand down dan tiada kes melibatkan bidang kuasa kami jadi kami minta izin untuk gerak balik ke Jelebu waktu itu . Nasib baik aku dan Azlan kerja di Jelebu dan kami tinggal dirumah bujang yang sama . Dan kebetulan dia tidak balik Melaka hari tersebut . Selepas selesai menyimpan semua peralatan di pejabat Seremban kami terus minta izin dengan Penyelia untuk bergerak pulang , waktu itu sudah jam 2 pagi .

Dalam perjalanan kami singgah di sebuah restoran mamak untuk makan dulu dan berehat seketika . Sambil itu Azlan bercerita tentang perempuan yang di nampak tadi . Katanya masa mula-mula masuk rumah tu di menghidu bau bangkai yang kuat , selain itu rumah tu macam dah lama ditinggalkan dan seperti tidak disambung kerja-kerja pembinaan nya . Bila dia masuk tingkat atas dia terus tersuluh lembaga tu . Sekelip mata dia tengok lembaga tu hilang tapi bau busuk makin kuat . Dia terus turun ke bawah dan lari keluar . Dan masa dia lari tu di menyuluh lampu ke arah rumah tu dia nampak lembaga perempuan tu di atas bumbung rumah tersebut . Setelah agak jauh dan kawasan yang terang baru dia hubungi aku melalui walkie talkie . Jadi kiranya suara yang suruh aku keluar tu adalah suara lembaga tu . Patut la garau je .

Azlan juga bertanya kepada perkerja-pekerja di situ , dan mereka kata situ kawasan tak elok . Masa mula-mula buat rumah tersebut mereka ada terjumpa ular hitam dan beberapa ekor babi hutan yang besar selalu menceroboh rumah tersebut . Selain itu , ada juga beberapa orang yang nampak ada lembaga berkain putih yang diaorang panggil Langsiur di dalam rumah tu . Jadi apabila senja mereka akan elak untuk pergi ke kawasan tersebut . Mereka juga mendakwa pernah terjadi kes pekerja perempuan yang hesteria apabila dikatakan terserempak dengan lembaga tersebut .

Habis makan , kami bergerak dengan kereta Kancil aku balik ke Jelebu , dalam perjalanan kami malam itu sunyi tak ada kereta yang berselisih mungkin sebab bukan malam minggu . Selalunya kalau malam minggu jam 2 atau 3 pagi macam ini ada juga kereta yang selisih atau sama-sama ke arah Jelebu . Seingat aku kami Cuma berselisih sebuah kereta saja semasa di kawasan Pantai , iaitu sebelum mendaki Bukit Tangga .

Sambil bawa kereta kami bersembang lagi pasal perempuan itu , tapi tanpa kami duga di air terjun kecil tepi jalan ( sesiapa yang lalu bukit tangga akan tahu ), kami ternampak lembaga perempuan yang sama . Dia berdiri betul-betul di tepi jalan dan memandang tepat kearah kami . Masa itu kami punya lah mengigil , aku macam sampai tak boleh nak bawak kereta . Dan satu lagi masa mendaki bukit tersebut aku rasa kereta aku jadi berat . Nak lepas 60km/sejam pun aku rasa susah .

Namun bila lepas sahaja dari kawasan Jeram Toi , kereta aku jadi normal balik . Aku pandu sampai lah ke rumah sewa kami di Kampung Larong Tengah. Azlan buka pintu pagar tuan rumah dan aku pandu masuk , rumah kami kat belakang rumah tuan rumah tu . Azlan masuk dan dia kata " weh aku bau busuk tu lagi ". Allahuakbar aku macam sepontan menjerit . Tak buang masa aku terus memandu ke kawasan rumah, nasib baik aku buka lampu luar rumah tadi sebelum ke Seremban tak la rasa takut sangat . Selesai masuk rumah aku terus mandi manakala Azlan terbaring atas tilam . Aku suruh dia mandi pun dia kata kejap lagi lah . Aku tanya ada bau lagi tak ? Dia kata tak ada dah . Alhamdulilah ujur aku dalam hati .

Lastnya lepas aku solat Isyak aku tengok dia dah tidur . Oklah aku pun tutup lampu semua masuk la bilik, lagipun aku dengan dia memang satu bilik . Lagi satu bilik budak-budak Hospital Jelebu dua-dua kerja shif malam . Elok aku baru nak terlelap luar tingkap terdengar macam perempuan menyanyi dan gelak tapi slow sangat . Aku pun tak pasti apa aku dengar , tetiba Azlan menjerit masa tengah tidur " Kenapa kacau akuuuuu ".... Terkejut aku dengar , aku kejut dia bangun . Nasib baik dia yang bangun , aku ingat dia kena rasuk ke apa tadi . Azlan cakap benda tu ada di luar bilik kat ruang tamu . Allahuakbar aku tak dapat nak cakap apa , rasa takut sangat-sangat . Waktu tu dengar dah pintu bilik kami kena cakar , perempuan tu gelak dan sesekali merengus .

Lepas tu lampu dengar macam pinggan dan cawan dalam rumah kami kena baling . Aku ambik surah Yassin yang ada dalam bilik dan peluk saja , Azlan pulak dia berani tanya " kau nak apa ikut kami "..tapi gelak perempuan tu makin kuat dan dan dia ketuk pintu bilik kami . Aku entah macam mana terpikir nak call tuan rumah , dia ni orang lama dan aku rasa dia orang kuat agama juga juga. 2 kali aku call dia tak jawab ye la dah 4 pagi kot . Kali ke 3 dia angkat dan aku minta tolong kat dia supaya datang rumah kami segera . Dia kata ok, walaupun tak tahu apa-apa, masa dia datang dengan anak dia sekali dan yang aku tahu anak dia Ustaz di sekolah Agama di Seremban .

Nasib baik tuan rumah ada kunci spare, dia ketuk pintu kami tak buka katanya dia terus patah balik ambik kunci rumah . Padahal tak dengar pun dia ketuk . Masuk ke rumah anak tuan rumah tu terus azan dan baca beberapa pegang ayat Al Quran . Kami pun buka pintu bilik , tapi kat luar memang tak nampak lembaga apa-apa semua normal je . Tapi ada bau mcm bangkai . Kuat dan aku hampir nak muntah .

Selesai semua , anak tuan rumah tanya kami dari mana , dan Azlan pun cerita lah semua kat diorang. Anak dia kata benda ni tak bertuan dan dia ikut korang balik . Sekarang dia dah keluar tapi tak ada jaminan dia tidak akan kembali .

Anak dia kata esok dia akan minta tolong kawan dia yang pandai untuk pagar rumah ini dan kawasan sekitar . Tapi lepas kejadian tu kami masih kena kacau juga kadang kawan aku yang kerja Hospital balik dia nampak ada perempuan berdiri betul-betul depan pintu rumah . Aku pulak pernah ditegur masa aku kat belakang rumah tengah sidai baju , dengar orang tanya " kau buat apa, aku teman boleh ?" Tapi bila aku pusing tak ada sesiapa. Dan paling kerap kami kena ialah bau benda busuk tiap hari dari senja sampai habis maghrib . Lepas setahun , aku dan Azlan dapat pindah ke Selangor . Selesailah mimpi buruk ini .

Credit by : anonymous

Untold : The Horror Stories 0.1Where stories live. Discover now