"Laila..."
Tangan Adam mendarat di perut Laila. Nafas hangat lelaki itu mengena leher Laila yang terdedah.
Tingkah Laila yang membasuh tangan terhenti. Tubuh Adam yang melekat rapat di belakangnya mengundang debar yang menggila. Laila kaku.
Untuk beberapa saat, baru Laila menjawab "Y-ya?"
Sepi. Hanya deruan kipas yang kedengaran.
Perlahan lahan jemari Adam bermain di rambut Laila. Telinga Laila di tiup, di cium lembut. Adam membenamkan mukanya di leher belakang Laila. Tangannya sudah meliar. Merasakan tubuh kecil Laila itu mengigil, di bawa tangan kecil itu bersulam dengan jarinya.
"Be a good girl, please baby."
Laila menunduk. Dia mengigit bibir bawah, cuba bertenang daripada terus mengigil. Matanya di pejam, dadanya seperti mahu pecah.
Beberapa minit kemudian, Adam memperlahankan ciuman. Mukanya di letak pada sisi leher Laila untuk beberapa ketika.
"Pandang aku."
Laila masih membatu.
"Aku tak suka ulang dua kali, Laila." Adam sudah angkat muka.
Dengan gigil yang masih bersisa, wajah yang memerah, Laila berpusing menghadap Adam perlahan lahan.
Tangan Adam laju meraih pinggang perempuan itu apabila terlihat Laila seakan mahu rebah. Bibir Laila di cium sekilas. Dalam ciuman, Adam cuba mengawal senyum.
Laila tambah terkejut. Matanya terkelip kelip.
"Aku tak suka kau bersembang dengan jiran macam tadi."
Suara Adam menerjah ruang pendengaran Laila. Seketika dia cuba memahamkan arahan yang Adam berikan.
Laila yang kelihatan ingin menyusun kata kembali kelu apabila mata helang Adam tajam menikam wajahnya.
"Sa-ya minta maaf." Laila bersuara perlahan. Kepalanya menunduk.
Dia sentiasa kalah pada renungan Adam.
Terjerit kecil Laila apabila tubuhnya di angkat duduk atas kabinet sebelah sinki. Berderau darah naik ke muka apabila pahanya di kangkang Adam lalu lelaki itu merapatkan Laila ke tubuhnya yang tak berbaju.
"Kau perempuan aku. Faham?"
Laju Laila angguk, takut.
"Good girl."
Laila melurut turun dari kabinet dan terduduk lemah di lantai seperginya Adam daripada ruangan dapur. Tangan kanannya di bawa ke dada, mengurut meredakan debar yang menggila. Seketika wajahnya yang memerah di raup. Nafasnya di atur rentak. Sesaat matanya di pejam.
Laila, put yourself together!
Deringan telefon bimbit membawa Laila untuk kembali mendapatkan rialiti. Dia bangkit dari lantai. Sekilas nama yang tertera pada skrin dibaca sebelum panggilan itu di angkat.
"Ya?"
"Kak Laila di rumah ke petang ni? Areen mahu datang boleh? Dengan Hellena. Mahu kak Laila tengokkan thesis kami."
Laila mengigit bibir. "Kak Laila tanya abang Adam dulu boleh?"
Kedengaran Areen merengek di hujung talian.
"Maaf sayang, sekejap ya kak Laila tanyakan abang Adam. Kak Laila end call dulu ya, nanti kak Laila call Areen balik."
Talian di matikan.
Laila duduk di tangga, masih teragak agak untuk naik. Bibir bawahnya di gigit sehingga merah. Debar tadi masih bersisa. Tak kuat sungguh dia mahu berdepan dengan Adam.
YOU ARE READING
Adam & Laila
Bí ẩn / Giật gânAdam keluar dari kereta. Pintu di hempas kasar. Laila yang masih berada di tempat duduk sebelah pemandu tersentak, kaku sesaat. Takut. Seketika dia mengigit bibir bawah sebelum tubuhnya ikut di bawa keluar mendapatkan Adam. "A-wak..." Serentak mata...