22/

5.4K 180 5
                                    

Dengan langkah yang penuh berhati hati, Irma mendekat ke pintu utama. Tangan kanan di bawa ke poket jeans dan cip USB di masuk ke port penyambung panel binari TX7002-1.

Nafas di hela seketika.

"Done." Kata Irma.

Ratna membuat isyarat 'okey' kepada Nancy yang sedari tadi menunggu.

Wanita itu sedari tadi bersedia untuk isyarat pintu utama di buka bagi mendapatkan skala diagram ruangan. Kiraan tepat harus di buat bagi memastikan kemenjadian simulasi apinya berjaya.

"Seminit." Ratna kembali memberi fokus kepada skrin peranti yang ada padanya.

Pelayan memaparkan tetingkap yang tertera nombor berkod. Laju beberapa angka kebarangkalian yang Adam bina tempoh hari di masukkan. Apabila angka yang di masukkan membuahkan hasil dan satu per satu tembok binari runtuh, lalu laju saja Ratna menghubungkan perisian Rscan untuk menterjemah data mentah yang ada.

Beberapa ketika, nombor pemecah keluar.

"75392."

"Okey." Irma kembali menghadap panel kekunci binari tadi.

Nombor yang di sebut Ratna di masukkan. Ketika skrin memaparkan 'access granted', dia mengukir senyuman kepuasan.

"Hati hati dengan perangkap laser." Suara Ratna kedengaran lagi di earloop lapel.

"Come on, scene ni makanan aku lah."

Irma tegak di depan pintu yang terbuka. Dengan senyum yang tersungging sinis, jaket di tarik kemas ke tubuh. Kedua kaki dan tangan ikut di regangkan. Kemudian eyeT 12-A di sua ke pangkal hidung. Fingerprint pada sisi bingkai spek mata itu di tekan. Serentak itu eyeT 12-A memberi gambaran imbasan laser yang memenuhi ruang 01A1.

"Bersepah aih." Irma menghidupkan fitur bluetooth pada eyeT 12-A.

Paparan imbasan di kongsi secara langsung lewat pelayan tetingkap peranti Ratna.

"Abah dia lah macam gini punya laser." Luah Ratna spontan.

Nafas di hela panjang. Tubuh dan fikiran di letak dalam mood relaks. Tanpa mengambil masa panjang, Irma memulakan langkah. Masa sudah tak banyak ada. Kerja harus di langsai segera.

Lebar senyum Ratna melihat langkah Irma yang lincah penuh cermat. Nancy ikut angkat kening wink wink senang hati. Mereka pilih orang yang tepat untuk duduk di lapangan.

"Sekejap." Laju Ratna menghalang apabila Irma sudah mencapai tong kimia yang ada.

Pergerakan perempuan itu terhenti. "Apa?"

"Dah dislodge kabel di panel utama?"

Irma hanya membuat isyarat 'okey'. Dia tahu Ratna sedang memerhatinya lewat CCTV yang ada.

"Okey, proceed."

Tong sebatian VOC sekali lagi di capai dan penutup di buka. Serentak itu, mask di muka di kemaskan letak. Bau kimia tajam, menyucuk rongga. Dia melepaskan batuk meredakan tekak sebelum cairan itu di tuang ke lantai. Mukanya di jauhkan. Wap kimia memedihkan mata walaupun eyeT 12-A masih di pangkal hidung.

Mujur saja laser hanya ada di zon pertama yang terletak dalam laluan menuju ke cabin penyimpanan. Kalau tidak, habislah perempuan itu terpaksa mengelak laser sampai ke ruangan ini. Dan semestinya kerja untuk tumpahkan VOC menjadi sukar.

Tidak cukup satu tong, tong kedua ikut di capai. Tong pertama tadi di letakkan ke lantai dengan penutup terbuka. Kedudukan di buat seolah tong itu jatuh daripada rak penyimpanan. Selesai tong kedua, aturan sama ikut di buat.

Senarionya mudah; tong VOC yang terjatuh daripada rak lalu menumpahkan sisa kimia ke lantai menjadi punca maraknya api yang tercetus hasil daripada litar pintas di panel binari utama.

"Okey, girl. Sedia untuk lari keluar?" Tanya Ratna sambil mengakses unit CCTV yang lain.

Sambil membetulkan rentak dada, pemetik api dan cebisan kertas di poket jeans di capai.

Dia harus berlari secepatnya setelah percikan api di hidupkan. Lari daripada marak api dan lari daripada di tangkap oleh sekuriti K's Holding. Dah langgar laser, mestilah penggera keselamatan berbunyi.

"Lets get the ball rolling."

Api di hidupkan ke cebisan kertas, lalu cebisan tadi di jatuhkan ke lantai yang sudah tercemar kimia. Serentak itu, langkah di hayun laju berlari menuju ke pintu utama.

Irma ketawa besar apabila sprinkler memancutkan air tanda penggera kebakaran di aktifkan melalui alat pengesan asap yang berfungsi. Dengan deringan penggera yang membingitkan telinga tatkala tubuhnya melanggar laser yang berselerak, laju tubuh kecil itu bolos keluar daripada ruangan.

Ketika itu juga pintu 01A1 mulai tertutup secara automatik. Mujur saja dia dapat melepaskan diri.

"Ambil kiri ke area of refuge." Arah Ratna dengan nada sedikit cemas.

"Okey!" Sahut Irma dengan sisa ketawa.

*****

Deretan kereta yang membawa pengawal keselamatan Kelvin meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah. Di porch pula, kelihatan masih ada pengawal keselamatan yang bersesak untuk menaiki kereta dan van yang sudah menunggu untuk turut berlalu pergi.

Melihatkan kekecohan tersebut, kedua lelaki itu yakin bahawa squad di sebelah sana sudah berjaya melaksanakan misi. Hadi melepaskan ketawa sinis melihat kekabutan yang berlaku.

"In field, on." Suara Adam terlebih dahulu sampai ke telinga Hadi.

"Okey." Laju lelaki itu melompat turun daripada atas pokok.

Adam mengambil posisi. Mata di letak pada FLIR, digital magnetic compass di baca untuk menentukan arah angin serta kedudukan musuh.

"Aku rasa macam kita boleh masuk bodo je ni. Lengang." Dengan binokular, dia memberi fokus pada pintu utama.

"Tingkat 2 ada 1 orang. Tingkat 3 ada 3 orang. Lobi ada 5." Tutur Adam satu per satu.

Hadi mengeluh geram. Dia terduduk seketika di sebalik deretan pokok pokok kecil yang tersusun di taman.

"Bagi tahu aku, macam mana kau boleh nampak clear macam tu? Eye shooter kau boleh tembus dinding ke? Ke mata kau mata x-ray?" Hadi mogok tipu tipu dek kerana lelah dengan tajamnya mata Adam.

"Aku bagi kau laluan. Ikut aku." Kata Adam, malas mahu melayan drama Hadi.

"Hei hei hei. Apa ikut kau. Taknak. Kau ikut aku."

Adam melepaskan keluhan.

Setelah bersetuju bahawa Adam harus kekal di belakang, Hadi dengan senang hati melangkah masuk ke lobi rumah. Berbekalkan pandu arah daripada Adam, mudah saja dia menembak tango tango yang ada.

Glock43 di genggam kemas sambil langkah di teruskan ke tingkat atas. Puas betul hatinya apabila picu di tarik tanpa henti dan caliber 19mm yang meluncur laju tanpa tersasar tajam menembus target yang di fokus.

Dengan ketepatan tembakan yang berjaya di capai hasil daripada 24N yang di pasang stabil, Hadi dengan mudah saja menjaga laras glock43. Kalau 24N tiada, tentu tembakanya tersasar dek kerana ringannya glock43.

"Cover aku." Ujar Hadi apabila sudah tiba di hadapan pintu bilik yang menempatkan Laila.

"On me." Adam standby kalau kalau ada hantu yang keluar.

Earpiece menangkap suara Laila yang teresak esak. Adam telan liur. Laras M82A1 di genggam kemas. Lelaki itu membetulkan nafas. Dadanya yang perlahan lahan mulai di ombak badai cuba di tenangkan dengan kembali menumpu fokus.

Apabila mendengar Laila yang semakin meninggi tangisannya, Adam segera bangkit dari posisi. Tali M82A1 di bawa melepasi kepala dan laras di bawa ke belakang tubuh. Glock17 yang di sisip pada sisi poket seluar di capai. Topeng di jatuhkan menutupi muka.

"Aku datang. Tunggu situ."

Dia sudah hilang kawalan. Dari tempat tinggi itu, dia melompat turun. Langkah di hayun laju menuju ke rumah Kelvin, tempat Laila berada.

"Bodoh Adam. Jangan datang. Marksman tak boleh muncul dalam in field. Step back Adam!" Bentak Hadi cemas.

Suara Hadi sudah jauh tenggelam tak di dengar. Dia hanya mahukan Laila. Matanya berkaca. Di sebalik topeng, bibir di ketap.

Aku datang, Laila!

Adam & LailaWhere stories live. Discover now