PROLOG

24 3 0
                                    

BUSAN,2003

Hwang Minhyun,pengarah Shilla Arts High School iaitu sekolah paling berprestij di Korea yang terletak di Seoul yang berusia 28 tahun itu bergegas ke Busan,kampung halamannya apabila mendapat khabar berita isterinya, Kwon Eunbi, yang kini sedang hamil anak ketiga mereka terlibat dalam sebuah kemalangan bersama anak lelaki mereka, Hwang Hyunjin. Isterinya terlibat dalam kemalangan ketika menuju pulang ke Seoul setelah beberapa hari pulang ke kampung halaman suaminya itu bersama anak lelakinya.

''Hyung, isteri saya macam mana? Hyunjin? Anak dalam kandungan??'' soal Minhyun sebaik sahaja tiba Shilla Medical Centre, sebuah hospital elit milik keluarga Hwang di Busan.

''Minhyun, hyung harap Minhyun dapat tabahkan diri....Eunbi dan anak di dalam kandungan tidak dapat diselamatkan, Eunbi mengalami pendarahan yang serius di kepala dan hentakan yang kuat menyebabkan anak dalam kandungan terjejas.'' ujar Inyeop yang merupakan pengarah SMC dan juga abang Minhyun.

Minhyun tidak mampu berkata apa-apa apabila mendapati bahawa isteri dan anaknya sudah tiada. Dia begitu hancur dengan kehilangan wanita yang amat dicintainya serta anak yang belum sempat lahir ke dunia yang harus pergi meninggalkannya.

''h..hh..hyunjin? Mana Hyunjin?'' 

''Pihak polis dan bomba masih mencari Hyunjin...Hyunjin masih belum dijumpai...''

''APA MAKSUD HYUNG YANG HYUNJIN HILANG?!! MANA HYUNJIN?! MANA ANAK MINHYUN?!!'' teriak Minhyun sambil menarik kolar baju abangnya itu. Dia tidak mampu mengawal perasaannya.

''MINHYUN! Kau tak boleh macam ni, Yeji,yeji masih perlukan Appa dia...sabar Minhyun, pihak berkuasa akan cari Hyunjin...kita kena doakan yang terbaik untuk anak kau''

Minhyun rasa bersalah, dia tidak sepatutnya membiarkan isterinya pulan ke Busan sendiri tanpanya. Yeji juga sepatutnya pulang bersama Eunbi namun kebetulan pada waktu itu Yeji masih dirawat di hospital akibat demam campak. Minhyun perlu kuat walaupun pada saat ini hatinya amat rapuh kerana pemergian orang yang tersayang. Dia perlu kuat demi membesarkan anak perempuannya, Yeji yang baru berusia 3 tahun itu.Dia berharap Hyunjin, anak sulungnya yang merupakan kembar Yeji itu dapat ditemui dengan segera.

                        ~

Beberapa hari setelah kemalangan...

Di sebuah perkampungan di Busan-

'' Hyunjin dah bangun? ''

Anak kecil yang hanya berusia 3 tahun itu hanya menangis sebaik sahaja menyedarkan diri. Dia begitu takut melihat orang yang tidak dikenalinya serta tempat asing itu.

''Jangan menangis,sayang nama Imo, Im Nayeon, Nayeon Imo....nama kamu Hyunjin kan?''

''ttaya tak tahu..Nayeon Imo, ttaya ttakit'' Hyunjin meringis kesakitan apabila kepalanya berdenyut-denyut kesakitan. Budak kecil ini bahkan tidak mengingat namanya dan keluarganya.

Kata-kata doktor kembali menerjah fikiran Nayeon, tempoh hari doktor ada mengatakan yang Hyunjin berkemungkinan besar mengalami amnesia menyebabkan budak kecil itu tidak mampu mengingati apa-apa berkaitan dirinya. Kecederaan yang dialaminya akibat tercampak dari kereta itu menyebabkan Hyunjin mengalami kecederaan serius. Bahkan Nayeon memanggil nama budak itu dengan nama Hyunjin kerana gelang yang berukirkan tulisan 'hyunjin' pada lengan mugilnya itu.

''sayang, jangan takut imo kan ada...nanti Hyunjin makan ubat lepas tu sakit kepala hyunjin pun hilang.''

''gomawo imo...nama saya Hyunjin?''

''ya,sayang sebab gelang ni ada tulis hyunjin..jadi mulai hari ni imo panggil kamu hyunjin dan hyunjin panggil imo omma boleh?''

''omma? jadi imo omma hyunjin?''

''ya,sayang...''

''yeay!! Hyunjin ada omma!! Hyunjin nak ubat!! Hyunjin taknak ttakit..''

''ya,sayang...tapi makan dulu bubur yang omma buat ni..baru boleh makan ubat.''

Nayeon simpati dengan nasib yang dialami Hyunjin, dia bersyukur dia dapat menyelamatkan Hyunjin sebelum dijumpai oleh seseorang yang bertanggungjawab atas kemalangan tersebut. Malangnya, Nayeon tidak dapat menyelamatkan ibu kandung Hyunjin yang diseksa dengan teruk oleh sang durjana itu. Dia berjanji untuk menjaga Hyunjin seperti anaknya sendiri. 

Im Nayeon,wanita yang berusia 28 tahun itu juga sebenarnya telah berkahwin dengan suaminya, Lee Minhyuk yang berusia 33 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Lee Soobin yang berusia 3 tahun dan menurutnya Hyunjin juga sebaya dengan anaknya Soobin jikalau berdasarkan dari fizikal mereka kerana memandangkan dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai Hyunjin. Suaminya turut bersetuju untuk menjaga Hyunjin.

.

tbc

NEW CAST 

          EUNBI(FORMER) IZ*ONE as Kwon Eunbi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          EUNBI(FORMER) IZ*ONE as Kwon Eunbi

          EUNBI(FORMER) IZ*ONE as Kwon Eunbi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TWICE NAYEON as IM NAYEON


Missing YouWhere stories live. Discover now