HWANG YEJI

17 3 0
                                    

''Hyunjin,kau jangan ambil hati dengan apa yang Yeji cakap tadi ok? Biasalah,dia memang macam tu dari dulu lagi...anak director sekolah lah katakan...'' ujar Felix yang menenangkan Hyunjin.

''Jadi, dia tu anak director Shilla Arts?''

''yeah.... and dia juga satu-satunya waris tunggal Hwang Family means dia akan ambil alih tempat ayah dia suatu hari nanti..sebab tu satu sekolah hormat dia..dia pun besar kepala lah''

''kau ni tak baik sangka buruk kat dia...tak apa..aku tak ambil hati pun pasal tadi...dah memang betul apa yang semua orang cakap aku takkan mampu belajar dekat sini kalau bukan disebabkan biasiswa yang aku dapat'' balas Hyunjin.

''Jangan cakap macam tu..ni rezeki kau...bagi aku kau adalah pelajar terhebat sebab kau masuk dengan usaha kau sendiri, jangan mudah menyerah'' 

''Gomawo(informal thank you) Felix , kau baik sangat dengan aku, aku ni budak miskin je..jauh beza dengan kau tapi kau tetap nak berkawan dengan aku.'' ujar Hyunjin.

''Bro, jangan cakap macam tu..tak semua pelajar kat sini materialistik macam diorang...oh yeah, esok aku kenalkan kau dengan geng aku yang lain, don't worry we are welcoming you to our group'' sambung lelaki yang berkacukan Korea-Australia itu.

''Lee Hyunjin, director sekolah nak jumpa'' ujar Haechan, ketua kelas mereka dengan nada dinginnya.

~

tok tok tok

''masuk..''

''Anyeonghaseumnika, Tuan'' sapa Hyunjin. Sejujurnya dia begitu gugup untuk bertemu dengan pengarah sekolah barunya yang kelihatan dingin itu.

''Lee Hyunjin haksaeng(student)....right?''

''ne(yes) Tuan''

''Syabas,kerana awak terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar di sekolah ini. Tapi, ini bukan waktunya untuk awak berasa selesa..awak harus sedar yang awak telah bernasib baik untuk diterima oleh Shilla High, dan awak seharusnya perlu berusaha lebih keras berbanding pelajar-pelajar lain untuk buktikan yang saya tak salah dalam membuat pilihan.'' ujar Minhyun dengan tegas.

''Ne..?''

''Ya, Lee Hyunjin sshi, kali ini saya sendiri yang memilih pelajar yang layak ditawarkan biasiswa dan saya sendiri melihat potensi yang ada dalam diri awak. Jadi buktikan yang saya tak silap sebab saya tak pernah silap dalam apa jua yang saya lakukan selama ni'' ujar Minhyun lagi.

''Baik, tuan saya akan berusaha keras!''

''Ingat, ini bukan tempat untuk awak bersuka-ria...saya berkuasa untuk buang awak bila-bila masa sahaja sekiranya awak tidak mampu memuaskan kehendak pihak sekolah''

~

''Keun Appa? ( father or mother's older brother) Yeji datang ni..'' 

''Hwang Yeji...lama kita tak jumpa'' 

''Jeno..mana Keun Appa?''

''Dear, what's wrong...macam tak suka je tengok I ?''

''Aku tanya mana Keun Appa!'' bentak Yeji. Dia sememangnya tak suka melihat kelibat sepupunya atau lebih tepat sepupu angkatnya itu.

Hwang Jeno ataupun nama asalnya ialah Lee Jeno ialah anak angkat kepada Hwang Inyeop yang kini berusia 18 tahun seumur dengan Yeji. Jeno menjadi sebahagian daripada keluarga Hwang ketika dia berusia 7 tahun memandangkan Inyeop tidak mempunyai anak dan juga tidak pernah mendirikan rumah tangga sama sekali. Jeno kini belajar di sekolah perubatan di Washington, Amerika Syarikat dan hanya pulang ke Korea apabila berkesempatan. 

Missing YouWhere stories live. Discover now