Bab 11

1.3K 43 9
                                    

Datin Adibah merenung sendiri. Datin Adibah sedar yang dia sudah gagal mendidik anak anaknya. Hubungan keluarga ini tak akan kembali ke sedia asal. Sekarang, dia harus terima balasan atas apa yang dia lakukan. Dia harus menerima semua kebenciaan yang dipalitkan ke atasnya disebabkan dosa dosanya yang lampau.

Atas sebab itu, dia kehilangan Farahin dan hilang Afeef. Tanpa dia sendiri sedar yang dia berbuat kesilapan. Sikap dan layanannya terhadap Alisa jauh berbeza dengan sikapnya terhadap Ummi Nur Ain. Alisa memang berhak untuk marah dan benci kepada dirinya sendiri. Patutkah dia ampunkan anak sulungnya itu? 

" Mama menung apa? " Soal Nazrul. Tubuhnya dilabuhkan ke kerusi di hadapan Datin Adibah. Ditenung wajah mamanya yang berkerut memikirkan sesuatu.

" Mama ni jahat sangat ke? Mama dah buat anak dan menantu mama sampai bercerai berai disebabkan mama. Kalaulah mama terus terang dari dulu lagi. Mesti semua benda ni takkan jadi. " Keluhan demi keluhan Datin Adibah lepaskan. Hidupnya lima tahun kebelakangan ini hanya tahu mengeluh dan berpasrah dengan takdir yang telah ditulis untuknya.

" Semua orang buat silap. Kita bagi Adam masa ya? Mama janganlah risau sangat. Adam mesti akan balik semula ke rumah ni. " Pujuk Nazrul. Kepalanya juga berat.  Beberapa hari lepas dia ada menemui Ain. Ain sama sekali tidak mahu da kena mengena dengan hal keluarganya.

Bila difikirkan semula,  keluarganya tak layak untuk memohon ampun sama sekali dengan Ain selepas apa yang sudah berlaku. Marah dihatinya juga sudah membeku. Hendak marah pun, dia tiada hak untuk itu. Yang pasti, mama dan papanya yang perlu menggalas semua dosa dosa tersebut. Berjuta kali maaf sekali pun, tidak mampu akan menghakis rasa sakit itu.

" Tolonglah pujuk Adam. Tolong pujuk dia untuk balik ke rumah semula. Mama rindu Adam sangat sangat Ain. Angah tahu Ain boleh pujuk Adam. Angah tahu Ain ada jumpa dia. " Puas Nazrul memujuk. Ain tetap tidak mahu ada kena mengena dengan masalah keluarganya lagi.

Tak guna dia memaksa kalau orang tak sudi. Seboleh bolehnya dia menebalkan muka untuk berjumpa dengan Ain hari ini. Walaupun dia sendiri tahu jawapan yang akan diberikan oleh Ain tepat pada sangkaannya. Ain pasti akan menolak permintaanya!

" Ain tak boleh nak tolong. Sebab Adam sendiri pun tak bagi Ain masuk campur dah dalam urusan keluarga dia. Lagi pun Ain bukan sesiapa. Ain pun dah takde kena mengena dah dengan masalah keluarga angah. Ain ni dah jadi orang asing. So Ain takde hak nak tentukan apa yang Adam nak buat. Angah pun kena faham. Ain dah bina hidup baru. Ain dah tak nak ungkit kisah lama. "

Kata kata Ain menyesakkan fikiran Nazrul.  Sampai bila Adam nak bawa diri? Mungkin memang itulah harga dan perasaan yang patut dibayar oleh Datin Adibah dan Dato Mukhlis. Terlalu banyak. Terlalu banyak perjalanan Ain dihiasi dengan air mata dan hinaan yang dilemparkan. Ain tak akan mungkin memaafkan keluarga Datin Adibah.

" Tolonglah, Ain. Mungkin Ain boleh pertimbangkan hal ni semula. Papa ada cakap yang dia akan pulangkan semula rumah arwah ibu Ain kalau berjaya pujuk Adam balik. Angah tahu benda ni macam memaksa. Tapi, tolong pujuk Adam untuk jumpa mama. Ni first and last angah minta tolong. Lepas ni angah janji, keluarga angah tak akan ada mengena dah dengan Ain. "

Puas Nazrul memujuk. Ain tetap sama dengan keputusannya. Hatinya sudah keras kerana kisah lama. Tak mungkin akan ada lagi kelembutan di hati wanita ini setelah apa yang terjadi.

" Ain minta maaf. Ya memang. Rumah arwah ibu tu bermakna untuk Ain. Tapi, tu semua dah tak penting. Yang penting sekarang ni, Ain nak bina hidup baru dan Ain tak nak ada kena mengena lagi dah dengan keluarga angah atau sesiapa pun termasuk Adam. "

Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)Where stories live. Discover now