KAU TAK LAYAK NAK HIDUP BAHAGIA LEPAS APA YANG KAU BUAT.
Sekali lagi surat berbaur ugutan ditinggalkan di pintu rumahnya. Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan berat. Apa lagi dugaan-Mu Ya Allah?
" Kenapa Ain tak bagitahu abang pun pasal benda ni? Tahu tak benda ni bahaya? Dah report polis ke belum? " Soal Ukasyah.
Aku tersentak. Maknanya abangnya itu sudah tahu mengenai perkara ini. Nak sorok lama mana lagi Ain? Apa pun yang berlaku, dia tak akan berdiam diri.
'' Abang tanya ni jawablah. Dah lama ke Ain simpan benda ni? "
Ukasyah mendesak adiknya itu. Selama ini hidupnya tenang dan baik sahaja. Tapi kemunculan Adam Fiqri menyebabkan dia banyak berfikir. Kenapa mereka berdua berpisah? Kenapa Ain menjauhkan diri? Banyak soalan yang bermain dalam kepalanya. Akan dia cuba korek satu persatu .
" Ain tak ada niat pun nak sorok . Tapi Ain tak nak besar besarkan masalah yang sedia ada. "
Aku menghela nafas panjang. Berat. Kepalanya runsing. Apa lagi yang harus dia tempuh? Tak Bolehkah aku bahagia sekejap?
" Maknanya Ain sengaja lah sorok benda ni? Adam dah tahu ke belum? "
" Tak. Dia tak tahu dan dia tak patut pun tahu. Ain tak nak libatkan dia dalam masalah ni. "
" Adam kena tahu! Apa pun yang jadi, Afia tu anak dia. Tolonglah jangan fikir ikut kepala sendiri je! Dah memang tanggungjawab dia sebagai ayah kandung. Dia berhak tahu. Benda ni bukan benda main main. Benda ni melibatkan nyawa faham tak! "
****
" So kau dah fikir masak masak ke untuk terima lamaran Hanif tu? " Soal Fitrah.
" Habis tu kau nak aku ulang sejarah dengan Adam? Eh aku dah muak. Apa keluarga dia buat dekat aku.. Apa yang aku dah buat dekat keluarga dia.. Semua tu terlalu menyakitkan hati. "
Fitrah diam seketika. Perkara berkaitan hati dan perasaan memang tak boleh dipaksakan. Yang terseksa kawannya ini. Dia hanya mampu mendengar dan memberi nasihat. Yang lalui semua ini adalah Ain.
" Aku sendiri tak boleh nak fikir sekarang ni. Kau faham tak aku tengah dilema. Aku kena jaga hati Hanif tapi aku tahu keputusan aku tolak dia akan sakitkan hati dia. Habis tu aku nak buat apa? Hati aku macam mana? " Luahku dengan sedikit kesal.
Patutkah dia terima Hanif dan belajar melupakan kisah silamnya? Hatinya masih tertutup. Dia belum bersedia. Rasa hendak melarikan diri sekali lagi. Ternyata keputusannya balik ke sini hanya menimbulkan masalah dan salah faham.. Dia tak patut pulang.
" Habis tu sekarang ni macam mana? Kalau kau terima lamaran Hanif tu kau tak rasa ke kau akan sakitkan hati dia? Eh dia tu dah berharap sangat dekat kau tahu tak? Dia sanggup tunggu kau macam tunggul almost tujuh tahun. Tujuh tahun tu kalau dia bina hidup baru dengan orang lain, dah bahagia dah. Tapi kau? Balik balik jawapan kau tetap sama. Nak masa banyak mana? Kalau kau tak ada hati dengan dia, kau jangan paksa. Aku takut kau dengan dia yang sama sama sakit nanti. " Lepas Fitrah geram.
Fitrah dengan nasihat panjang ada betulnya. Aku tak patut biarkan Hanif menunggu. Tapi apa pilihan yang dia ada? Hatinya belum lagi terbuka untuk lelaki itu. Perlahan keluhannya dilepaskan. Berat. Sangat berat.
****
" Kau yang hantar benda ni dekat aku kan? " Soalku sinis dan geram. Surat berbaur ugutan itu dicampak di depan muka Syaqira." You jangan merepek boleh tak? You ingat I ni takde kerja lain ke? Eh I tak buatlah kerja kerja bodoh ni semua. Lagi satu, bukan ke anak you dengan Adam dah mati? Jangan bagitahu I yang korang berdua..... "
" Itu kenyataan, dan kau kena terima yang hubungan aku dengan Adam menang tak akan putus sampai bila bila. "
" So you balik sini sebab nak suruh Adam bertanggungjawab atas youlah? Eh, you ni memang tak tahu malu kan? Moveon jelah apa yang susah sangat. Tolong bawa diri and anak you jauh daripada sini. Sibuk jugak nak datang balik dalam hidup Adam. Why ya? "
" Kau mengaku jelah. Bukti dah ada. Memang kau je yang tak puas hati dengan aku selama ni. Kalau bukan kau siapa lagi? " Aku mendesaknya.
" I ni memanglah tak suka you. Tapi I ni takdelah jahat sangat sampai buat benda merepek macam ni.. Eh tolonglah. And lagi satu, dalam hidup I, I nak Adam je. I tak heran pun dekat you. Walaupun I tahu yang Adam masih sayangkan you, but that's okay. I tak akan putus asa untuk dapatkan dia. So you boleh angkat kaki keluar daripada hidup Adam dengan I. Perempuan tak tahu malu. "
Syaqira meninggalkan aku yang masih terpaku di situ. Bahunya di langgar sebelum Syaqira hilang dari matanya. Siapa lagi kalau bukan dia seorang sahaj yang terhegeh-hegehkan Adam? Atau perkara ni hanya melibatkan dirinya sahaja. Bukan Adam hal utama. Aku buntu.
Hallooo im back : D
YOU ARE READING
Biar Aku Jadi Kaktus 2 (On Going)
RomanceSelepas merawat hati yang terluka, Ain kembali ke tanah air untuk membesarkan Afia dan menghantarnya ke sekolah. Bahagianya sekejap. Hari demi hari, dirinya dan Afia diganggu dengan pelbagai ugutan nyawa akibat dendam yang tiada kesudahan. Ditambah...