Yassin ditutup dan dipegang kemas di tangan nya . Lelaki yang mengenakan baju mahu berwarna hitam itu termenung seketika waktu sebelum menggosok-gosok perlahan batu nisan yang terpacak di hadapan nya .
Dada nya terasa sebak sebelum dia menangis teresak-esak . Dia menangis semahu-mahunya tanpa malu .“ Mesti dia suka bila tahu kau datang ” Sapa seorang lagi lelaki yang berdiri di hadapan nya . Lelaki itu baru tiba sebentar tadi .
Perlahan-lahan lelaki yang duduk di atas tikar mengkuang itu berpaling sebelum mengukir senyum kelat .Senyuman kelat Firash dibalas manis oleh Dicky . Dia duduk bercangkung di sebelah Firash sambil membuang pandang ke batu nisan yang tertera nama sahabat baiknya .
Nazim Zahrain •
Dilahirkan pada 27 Mac 1999 ,
Meninggal dunia pada 4 September 2021 .Senyuman nipis Dicky ukir .
“ Aku berdosa , Dicky . Aku jijik dengan diri aku sendiri . Aku menyesal ”
“ Dah lah tu , Firash . Dah dua bulan arwah pergi . Aku tahu , dia mesti maafkan kau . Macam tu jugak ... Miera . ”
Terbit keluhan kecil daripada mulut Firash mendengar nama gadis tidak bersalah itu . Kerana marah , dia telah melakukan sesuatu yang di luar jangkaan .
Menjadi seorang perogol bukan lah keinginan sesiapa tetapi ramai di luar sana yang bergelar perogol . Begitu juga dengan Firash . Dia tidak dapat mengawal nafsu nya , mengawal amarahnya . Semua yang terjadi , dia salahkan pada diri sendiri .“ Betul apa yang arwah tanya . Apa salah dia ? Aku bukan cuma perogol . Tapi aku pembunuh . Aku bunuh kawan-kawan aku . Aku bunuh Aidil , Muaz . Dan Nazim .
Sepatutnya aku yang mati . Tapi dia gantikan aku . Aku tak layak hidup lagi . Aku hina ”Dicky menyentuh lembut bahu Firash . Wajahnya tenang walaupun hatinya penuh gelora .
“ Kau tahu tak ? Kau manusia yang beruntung kat muka bumi ni . ”
“ Apa yang beruntung ? Aku khianat kawan aku sendiri ”
“ Dulu kau manusia yang tak kisah dengan dosa dan pahala . Tapi Allah bagi kau peluang kedua . Peluang untuk kau berubah dan bertaubat . Jadi jangan sia-sia kan peluang tu ”
Firash dan Dicky saling berpandangan sebelum Firash menarik Dicky ke dalam dakapan nya . Dia menangis semahu-mahunya kerana terasa hina .
Benar kata Dicky . Dia tidak akan sia-sia kan peluang itu .
Nazim bergelar seorang pembunuh kerana terlalu menyayangi adiknya . Firash bergelar seorang perogol kerana amarahnya . Dua lelaki yang berbeza .
--- TAMAT ---
[ Hanya cerita semata-mata . Terima kasih kerana baca sehingga ke pengakhiran nya ❤️🙏🏻 ]
YOU ARE READING
SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]
Tiểu Thuyết ChungTerasa hina nya seorang gadis apabila maruah diri diragut tanpa rela . Benci nya rasa , derita nya rasa . Itu lah yang dirasakan Amiera apabila dia diperkosa oleh rakan baik abang nya sendiri dan diugut supaya berdiamkan diri atau video tentang Ami...