SA4 : Berita Duka •

6.5K 43 0
                                    

“ Assalamualaikum . Adik ? ” Pintu rumah ditolak perlahan . Tidak berkunci ?
      Keadaan rumah yang gelap gelita menyukarkan pergerakan Nazim . Entah mengapa Amiera tidak membuka lampu dan duduk di dalam gelap .

    Setelah menekan suis , kelibat Amiera masih belum kelihatan . “ Adik ? ” panggil Nazim namun tidak disahut oleh sesiapa .

     Pintu bilik nya ditolak , keadaan bilik yang bersepah benar-benar membingungkan Nazim lagi . Barang-barang berterabur di atas lantai , Katil tidak bercadang , selimut dibiar di atas lantai .
    
“ Mana pulak Amiera ni ? ” Soalnya sendiri . Barang-barang yang berterabur tadi dikutip satu persatu dan disusun ke atas meja solekan .
     Selimut dilipat kemas dan diletakkan ke atas katil . Cadar yang diletakkan di tepi almari diambil untuk di pasang , namun tompokan darah yang ada pada cadar membuatkan niat Nazim terhenti .

Darah ? Bagaimana darah itu boleh ada pada cadar katil nya ?
 
     Dengan tertanya-tanya dia berjalan ke arah bilik Amiera dan memulas tombol pintu .
Pap ! Suis lampu ditekan oleh Nazim .

Seperti mahu gugur jantung nya apabila melihat Amiera yang sedang menangis teresak-esak dalam keadaan tidak terurus . Rambutnya kusut masai ,  wajahnya lebam-lebam , baju yang dipakainya terkoyak sehingga menampakkan bahu nya yang putih melepak .
    Melihat keadaan adiknya itu , cepat-cepat dia berlari ke arah Amiera .

“ kenapa ni adik ? ” Soal Nazim namun hanya dibalas dengan tangisan oleh Amiera . Gadis itu menangis semahu-mahunya sambil memeluk Nazim .
   Soalan yang Nazim ajukan tidak satu pun dia jawab . Tubuhnya menggeletar kuat kerana ketakutan .

“ Adikkk ... Cakap kat abang , sape buat adik ?! cakap kat abang ! ”

“ Abang .... ”

“ Ya Allah ” laung Nazim sambil menarik Amiera ke dalam dakapan nya . Dari situ dia sudah tahu bahawa adiknya telah diperkosa .

     Semangkuk bubur berisi ayam , Nazim bawa ke dalam bilik Amiera sebelum meletakkan nya ke atas meja . Sesudu bubur itu diambil dan disua ke mulut adiknya namun tidak sedikit pun Amiera membuka mulutnya .
    Nazim yang memahami keadaan adiknya tidak mahu memaksa . Bubur tadi diletakkan semula ke atas meja .

Tangan adiknya diusap lembut . Matanya tidak lekang dari wajah Amiera yang masih dibasahi air mata .
    Setiap kali memandang Amiera dalam keadaan begitu , hatinya terasa sebak . Dia tahu Amiera di dalam kesakitan . Di dalam kesedihan . Dan dia berasa kecewa kerana tidak dapat melindungi adiknya sendiri .

“ Adik . Kita buat report ya ? ” Pujuk Nazim membuatkan Amiera berpaling sebelum menggeleng .

“ Kalau adik berdegil macam ni , sampai bila-bila orang yang buat adik akan bebas macam sekarang . Kita buat report ya ? ”

“ Adikk taknak ! ” Suaranya lantang menjawab walaupun masih menangis  . Nafas panjang Nazim tarik . Dia sudah mati akal bagaimana mahu memujuk Amiera . Dia juga sedih , dia juga tertekan dengan apa yang menimpa adik perempuan nya .
   
“ Assalamualaikum ”

    Nazim dan Amiera tersentak . Dia berdiri sebelum melangkah keluar daripada bilik Amiera . Tombol pintu dipulas perlahan-lahan sebelum membuka sedikit . Siti yang berada di hadapan pintu mengukir senyum kelat .

“ Naz tak pergi kerja ke ? ” Soal Siti . Tangan nya memegang tombol pintu sebelum menolak pintu rumah itu ke dalam .
   
Mata Nazim yang kelihatan sembab dan bengkak membuatkan dia panik . Tupperware berisi nasi minyak yang dia bawa , diletakkan ke bawah sebelum mendekati Nazim .
     Wajah anak saudara nya itu direnung untuk seketika waktu .

“ Kenapa dengan Naz ni ? ” soalnya namun tidak dijawab oleh Nazim . Nazim terkaku seketika waktu sebelum menitiskan air mata jantan nya .
     Perasaan malu semua dia buang . Hati nya yang dirundung kesedihan hanya mampu diubati dengan tangisan .

    Semakin kuat Nazim menangis , semakin sebak hati Amiera membuatkan dia turut menangis merintih . Dia duduk meringkuk memeluk tubuh di atas katil .

“ Nazim , kenapa ni ? ” Soal Siti lagi . Dia sudah menggoncang bahu Nazim beberapa kali meminta penjelasan .

“ Adik ... adik , Maksu ... ”

“ Kenapa dengan adik ? ”

    Lantas Siti berlari ke bilik Amiera . Rambut Amiera diselitkan ke tepi telinga .

“ Ya Allah , kenapa dengan muka adik ni ? ”

“ maksu ... ”

SAYANG ABANG ! [COMPLETE✅]Where stories live. Discover now