12

25 8 1
                                    

Mark merenung dirinya dalam cermin. Rasa sakit diperutnya masih terisa. Tangannya juga susah untuk angkat benda berat. Bibirnya pun sudah sembuh tapi masih ad kesan

" Mark kau dah siap ke? "

Ketukan pintu dari haechan terus mark bergegas bersiap. Topi hitam dan mask hitam diambilnya untuk menutupi lukanya.

" eh pahal ni bermask bagai? "

" Covid "

Haechan hanya meng ouh dan mereka terus ke kolej. Mark menyuruh haechan memandu dengan alasan dia mengantuk. Haechan yang masih tidak sedar dengan keadaan mark yang menuruti apa yang lelaki itu kata

" mark kau okey tak? Dari tadi kau pegang perut tu...okey tak ni? "

Tanya haechan memandang mark sekilas lalu menumpu pada jalan semula. Mark tidak membalas malah diam. Haechan terus menyentuh perut mark dan lelaki itu mengadu kesakitan

Haechan membelok kereta lalu berhenti di simpan jalan

Haechan dengan pantas terus menyelak baju mark. Jelas kelihatan lebam-lebam diperut mark. Haechan beralih pada wajah mark. Mask ditariknya

" mark....s-siapa yang buat semua ni "

Tanya haechan terkejut melihat mark. Bodohnya dia baru tahu dengan keadaan mark


" aku kena belasah semalam masa pulang dari beli makanan kau  dengan...hm aku pun tak tahu aku tak kenal dorang "

Jawap mark. Haechan hanya mengangguk...keadaan mark amat mematahkan hatinya. Tak sanggup nak tengok mark tahan sakit seorang diri.

Selepas mark menceritkan semuanya haechan terus membawa mark ke hospital menjalani rawatan. Luka dalam mark amat teruk. Doktor memberitahu lengan mark hampir patah akibat hentakan kuat.

Namun syukurlah mark dapat menyelamatkan diri sendiri.

" haechan janji dengan aku jangan beritahu Yein...aku taknak dia risau "

Kata mark sesudah mereka berdua masuk kedalam kereta. Dengan keadaan mark begini mark termasuk haechan tak datang kolej

" kalau nanti dia tahu juga? Tak ke lagi risau "

Mark diam. Haechan hanya mengeluh berat. Keadaan mark itu mengingatkan dia pada student ii yang kena buli tapi mark lagi teruk sampai hampir mati dibuatnya. Mujurla mark kuat


-


" ni bayaran "

Duit diberi pada tiga lelaki yang belasah mark semalam. Senyuman jahat lelaki tua itu terukir

" kau kenapa suruh kitorang belasah dia? "

Tanya lelaki C Memandang encik kim heran. Mereka masih belum tahu lagi sebab kenapa encik kim menyuruh mereka belasah anak tirinya

" itu bukan urusan kau so diantara kita dah tiada apa-apa jadi bla "

Mereka bertiga akur lalu keluar dari gudang.

" huh tenang sikit "

Guman encik kim ketawa hambar. Dengan melihat mark sakit hatinya tenang. Disebabkan kejahatan yang ada pada diri lelaki itu sudah menghancurkan kepercayaan mark padanya. Jika mark tahu ini angkara siapa pasti lelaki itu tidak akan jejak kaki lagi di rumah LEE dan mark akan pastikan Puan Melisa bercerai dengan encik kim atau lebih elok dipanggil lelaki kejam gila



----

[ √ ]Because i loved you || MARK NCTWhere stories live. Discover now