Pintu utama dibuka Puan Yiran apabila loceng dibunyikan. Tetamu yang datang membuatkan Puan Yiran terus menutup pintu namun dia sempat menghalang.
Marah benci menyampah masih setia dalam diri Puan Yiran hingga kini. Kebenciannya pada bekas suaminya tetap setia berada dalam dirinya.
" apa yang awak mahu lagi? "
Tanya Puan Yiran dengan membawa secawan teh pada encik kim. Benci-benci jugak tapi lelaki itu masih ayah kepada Yein dan dia tak berhak nak halang lelaki itu dari datang berjumpa Yein
" seperti yang awak tahu...anak kita menjalin hubungan dengan saudara tirinya. Jadi saya datang nak suruh Yein putus dengan mark "
Ujar encik kim sedikit tegas dengan perkataan putus. Puan Yiran angguk setuju dengan apa yang dikata bekas suaminya itu.
Dia pun tidak mahu yein ada kaitan dengan keluarga tirinya. Langsung tidak mahu mahupun berkawan sekali pun
" kalau Yein tidak mahu itu keputusan dia saya tidak dapat halang. Yein tu dah besar " kata Puan Yiran
" tapi! Itu saudara dia takkan nak tengok anak awak bercinta dan berkahwin dengan saudara sendiri "
" itu kehendak Yein! Yang awak nak kisah sangat kenapa? Bukan awak dah buang kami ke? Dan sekarang baru datang? Sudah la encik Kim..sebenci mana pun saya pada melisa tapi kebahagiaan Yein saya takkan halang "
Pertengkaran kecil itu didengari Yein. Yein terkejut mendengar semua yang dikata orang tuanya. Namun kerana kecuaian nya Yein terlanggar pasu bunga dan pasu itu jatuh. Puan Yiran dan encik kim terus menoleh dan jelas Yein berada disitu
" Yein..."
Air mata Yein menitis keluar mendengar namanya disebut encik kim. Dia tidak pernah mendengar encik kim memanggilnya.
Puan Yiran mendekati Yein dan terus menarik Yein masuk kedalam bilik. Lalu dia keluar semula
" awak balik la Buat masa sekarang Yein perlukan masa. Jangan muncul depan dia lagi "
Pesan Puan Yiran sebelum encik kim pergi. Hati seorang bapa melihat anak perempuannya yang sudah besar sangat menyentuh perasaannya. Perasaan menyesal tiba datang
-
Hiks
Tangis Yein memeluk puan Yiran. Air matanya tak henti turun. Puan Yiran telah memberitahu Yein kesemunya termasuk pasal dia menghalau mark yang datang kerumah tempoh hari
" eomma...jadi Yein perlu putus ke? Tapi yein cintakan dia..."
" anniya Yein..kalau kamu taknak eomma tak paksa tapi eomma risau kalau appa kamu apa-apa kan kamu sayang "
" mark...dia baik eomma. Yein sayang dia dan Yein takkan lepaskan dia "
Luah Yein dengan air mata yang masih tersisa. Puan Yiran hanya angguk sambil memeluk Yein. Air mata seorang ibu turun.
Demi kebahagian Yein dia tidak akan halang mereka bercinta dan akan menyokong yein. Tapi mungkin itu hanya sementara saja kerna jangka hayat Yein sangat suntuk.
Hanya mark sahaja dapat bahagiakan putrinya dan dia akan terima mark menjadi menantu sekiranya hubungan mereka sampai ke jenjang pelamin.
----
YOU ARE READING
[ √ ]Because i loved you || MARK NCT
FanficBECAUSE I LOVE YOU {You left our love and let me bear it myself} Mark