Bab 17: Baby Ali? (○゚ε゚○)

1.5K 112 28
                                    

Previously

Mereka membawa Agebot ke Akademi. Kenapa akademi? Diorang malas nak tunjuk muka kat HQ.

K. Kokoci: Tahniah semua kerana dapat membawa pulang power sphera Agebot. Dalam beberapa hari akan ada anggota TAPOPS datang untuk mengambilnya

B, G, F, Y, Y: Baiklah komander!  *tabik TAPOPS*

Hologram komander pun lenyap. Dan kesemua yang berada di dalam breifing room itu keluar.

Gopal: Akhirnya! Tamat pun misi ni. Aku nak balik rumah main game puas-puas

Fang: Kau ni, kan kita kena latih ejen muda.

Gopal: Eh, haah laa. Aduh..

Yaya: Boboiboy, kau dah siapkan pengecas power sphera untuk Agebot cas semula tenaga dia?

Boboiboy: Aku dah siapkan semalam. Agebot pun tengah dicas sekar-

Tiba-tiba muncul satu cahaya aneh memotong percakapan Boboiboy

???: -Arggh!

Mereka berlima bergegas menuju ke arah jeritan itu

~•~

iPhone 12 Pro yang baru di beli semalam bagi menggantikan phone yang telah jahanam dikerjakan oleh ejen-ejen muda semasa sesi latihan di buka.

Ditunjukkan sekarang sudah pukul 4.30 petang. Seperti biasa, Ali menuju ke p.p untuk berlatih.

Di dalam perjalanan, dia terserempak dengan sebuah besi berbentuk sphera. Ali pelik melihatnya

Ali: Ni mesti ciptaan baru E. Gheeta.

Ali mengangkatnya dengan niat untuk meletakkan 'ciptaan' tu di bilik E. Gheeta semula.

'Ciptaan' itu terkejut apabila berasa dirinya diangkat.

Agebot: Wargh! K-kau siapa?!? Kenapa kau culik aku?!

Ali juga terkejut apabila di tuduh sebegitu tetapi cepat-cepat menyedarkan dirinya

Ali: Aku bukannya pencu-

Agebot: Kuasa tukaran umur!

Jeritan Ali memenuhi ruang itu

Comot yang berada di situ terkejut lalu melarikan diri

Seketika kemudian, Geng Super Ejen pun tiba. Yang ada di tempat itu hanyalah Agebot yang sudah terpadam dan suit ejen di atas lantai

Gopal: Macam mana Agebot boleh ada kat sini? Bukan dia tengah dicas ke?

Boboiboy: Haah, dia sepatutnya sedang dicas.

Yaya: Siapa yang menje-

???: Hisk hisk... Huwaaa!!!

Semua kaku mendengar tangisan itu. Ying perlahan-lahan menyelak longgokan baju tersebut dan muncullah seorang bayi yang tembam lagikan cute

Who Is He? [ea x bbb] Where stories live. Discover now