Previously
Senak perut diorang fikir pasal purdah tu. Kalau la Ali betul-betul pakai purdah, mahu terburai isi perut diorang bertiga
Ali menuju ke port rahsia mereka. Dia menukar suit ejennya dan memakai galaxy-theme mask
Suit ejennya itu mempunyai hoodie. Ali tidak pernah menanggalkan hoodienya itu kecuali bersama Geng Super Ejen dan ketua teras.Ali berjalan menuju ke arena semula. Dia berhenti di depan pintu untuk seketika untuk menenangkan diri.
Kemudian, dia menurunkan hoodienya lagi sehingga menutupi dahi dan dia berjalan masuk ke arena dengan kepala yang menunduk dan tangan di dalam poket
Dah la pakai hoodie and mask, tunduk pulak tu. Ejen-ejen muda memang tak nampak langsung muka dia. Sekali pandang, orang akan cop dia 'psycho'
Semua ejen muda yang tengah buat kerja sendiri, memandang ke arah Ali dengan pandangan yang pelik dan gerun.
Sekarang Ali yang pelik. Semua mata ejen muda tak lepas dari pandang dia. Dia check pakaian dia, kot-kot la hari ni dia terlanggar dinding lepastu terpakai seluar gambar 'My Little Pony' ke?
Kau ni Ali, diorang pandang kau sebab diorang tak kenal kau. Masuk pun tak bagi salam, biar semua syaitan yang ikut kau dari tadi masuk arena, rasuk si Gerudy tu.
Jet: Kau ni siapa? *silangkan tangan ke dada*
Ali: Akulah Ejen Red Armour. Boboiboy dan yang lain perlu menjalankan misi mustahak, jadi mereka akan jarang hadir ke sesi latihan. Oleh itu, aku akan melatih kamu semua sepanjang ketiadaan mereka
Korang jangan risau, Ali dah cipta alat untuk tukar suara dia sejak dia tahu dia ni ejen. Tak nak la kantoi.
Mika: Betul ke kau ni Ejen Red Armour? Badan pun pendek semacam.
Roza: Entah-entah, kau ni pengintip musuh. Kau perlu buktikan dulu pada kitorang yang kau ni Ejen Red Armour
Rudy hanya memandang Ali dengan pandangan mengejek. Dah kena dengan Halilintar pun masih tak taubat? Memang parah dia ni.
Khai: Eh, korang. Bertenang.
Iman: Tak baik kita buruk sang-
Tak habis lagi Iman bercakap, Ali muncul di belakang Roza dan memotong percakapan Iman
Ali: Macam mana aku nak buktikan yang aku adalah Ejen Red Armour?
And, sempat lagi dia jengulkan kepala di antara mereka berdua. Terkejutlah diorang berdua
Semua mata memandang ke arah mereka berdua
Mika: Macam mana ka-
Roza: K-kau tak perlu buktikan kepada kami
Ali tersenyum kecil melihat tingkah laku mereka berdua. Dia berjalan ke depan dengan selamba sambil kedua-dua tangannya masih berada di dalam poket
Ali: Baiklah kalau macam tu
Kata professional, tapi tak formal langsung. Nampak sangat tak ikhlas.
Ali: As you guys know, sepatutnya Boboiboy, Gopal dan Fang yang handle sesi latihan untuk hari ni. So, aku memang tak prepare apa-apa. Maka, aku akan berikan korang semua peluang yang korang jarang dapat
Alicia: Peluang apa?
Ali: Korang tentukan korang nak buat apa hari ni. Nak buat homework ke, nak menari K-pop ke, nak terjun bangunan 50 tingkat ke. Nak pergi serang Dato' Othman ke. Cakap je, aku akan ketuai misi tu
Semua ejen muda melemparkan pandangan 'seriuslah-kau-nak-pergi-serang-Dato'-Othman-?! ''
Roza: Apa kata kita buat sesi berkenalan?
Ali: Aku dah kenal korang
Mika: Tapi kitorang belum kenal kau
Ali: Kita ada masa lebih kurang 6 bulan untuk berkenalan. Kamu semua pasti akan kenal aku sooner or later *smirk* *sandar kat dinding arena*
Dia ingat, dia senyum tu, ada orang nampak? Ali still tak nak buka hoodie dia, walaupun sedikit.
Kalau tengok posisi dia sekarang, kucing pun takut nak tegur. Macam gangster baru keluar dari penjara
Ali: Cepatlah, bagi satu aktiviti. Sekarang General tengah bagi taklimat dekat Boboiboy dan yang lain. Dia takkan tau apa yang kita buat.
Semua ejen muda masih kaku di tempat masing-masing dan berdiam diri
Ali: Seriously? Tak da? Ok fine.
Kemudian, muncul holo keyboard dan Ali menaip sesuatu. Tiba-tiba, muncul satu gelanggang bulat yang boleh tahan luas di tengah arena
Bulat: Sejak bila gelanggang ni wujud?
Ali: Sejak Akademi dibina.
Gelanggang itu boleh digambarkan sebagai gelanggang gusti dan lebih kurang separas pinggang Alicia, so bagi Ali gelanggang tu separas dada.
Tapi, jangan risau, gelanggang tu ada tangga, senang la Ali nak panjat.
Ali: Baiklah, disebabkan tiada sesiapa yang mencadangkan satu aktiviti, korang terpaksa menjalan latihan. Padan muka.
Iman: Kita nak buat latihan apa?
Ali: Latihan ini ialah satu game. Tajuknya ialah, 'Anak Itik' versi di naik taraf.
Roza: Anak Itik?
Mika: Kenapa Anak Itik?
Ali: You'll know~.
--------------------------
Assalamualaikum! Long time no see. Nah, baru semalam Sapph dh update Q n A. So, the long wait is over, how's the chapter?
I'm glad if you like it. So, Sapph dh x de pape nk ckp,
#stayhomestaysafe
#staysafestayondiduniaorenni
Lupa nk ckp, spam la komen bebanyak. Baru Sapph ada mood nk siapkan kerja sekolah yg belambak kat atas meja tu 😢🤣
Ps: Lagu kt atas tu ialah lagu tema citer Miraculous.... bla bla bla. Mls nk tulis. Korang dengarlah, best, walaupun korang x follow citer tu
#typoadalahwajibtetapimakruhdidlmbukuni
YOU ARE READING
Who Is He? [ea x bbb]
Fanfiction♪~Karya kedua~♪ ~Collab story~ "Le-lepaskan aku!!" "Sape yang nak selamatkan Ali, mari sini" "Diorang kena pilih antara latihan atau kawan" "Tak ingin aku. Baik biar budak tu mampos je dari terus buat masalah dekat sini" "Aku nak diorang minta maaf...