Previously
Kali ini, semua ejen muda masih tidak bergerak terkaku dengan kehebatan mereka. Ingatkan, seluruh badan diorang cramp, baru nak call ambulance
Taufan: Tak payah nak terkejut sangat. Kalau guna kuasa, lagi hebat *kembang hidung*
Fang: *bisik dekat Gopal* bukan ke dia ni Taufan? Pahal tetiba keluar personaliti Solar pulak ni. Menyampah pulak aku
Gopal: *bisik dekat Fang* termakan biskut Yaya kot. Sebab tu jadi sewel kejap
Taufan: Ehem ehem! Baiklah, perlawanan yang dinanti-nantikan telah pun tiba. Perlawanan di antara Halilintar dan.... *bisik dekat Gopal dan Fang* apa nama dia? Gedury? Gerudy?
Gopal: *bisik dekat Taufan* dey, nama dia Rudy lah
Taufan: Ooo, baiklah. Perlawanan di antara Halilintar dan Ejen Rudy akan bermula sebentar lagi. Sila ambil tempat masing-masing
Dalam hati Fang, dah ketawa tak ingat bini. Siap ikat mulut dia dengan pengikat bayang supaya gelak tu tak terhambur keluar.
Bak kata Fang, habis lari peminat dia nanti tengok dia gelak macam orang mental baru keluar dari ICU.
Halilintar berjalan dengan perlahan ke tengah arena tetapi, Rudy berjalan dengan bongkaknya. Nak muntah aku
Taufan: Biar aku ulang peraturan. Seseorang itu akan menang apabila pihak lawan mengaku kalah atau dalam erti kata lain, dah tak berdaya untuk lawan. Juga, tidak boleh menggunakan kuasa. Ingat tu Hali, mati anak orang satgi kalau kau guna kuasa. Lepas tu kau berdosa, Gerudy tu tak maafkan kau, kau masuk neraka jahannam, kitotang pulak yang susah.
Geng super ejen: *buat muka blur* (apa yang kau mengarut ni? Kau termakan ubat nyamuk ke pagi tadi? )
Halilintar: *deathgleared Taufan*
Taufan: Jangan tengok aku macam tu. Aku just bagi peringatan. Baiklah! Mari kita mulakan. Sedia, mula!
Mengendahkan kata-kata Taufan sebentar tadi, Halilintar hanya membuat muka selamba sahaja dan tidak bergerak.
Berlainan dengan Rudy, sebaik sahaja mendengar perkataan mula, dia menuju ke arah Halilintar dengan kelajuan yang tinggi.
Sekali lagi, mula lah pertempuran jarak dekat. Klichè kan? Setiap perlawanan, mesti ada pertempuran jarak dekat. Menyampah aku. Macam dah habis teknik sangat.
Tetapi, Halilintar hanya mengelak dan menepis tanpa menggunakan sebarang senjata.
Rudy merasakam dirinya diperlekehkan, jadi apabila Halilintar leka, dia membaling shadow cuffnya
Malangnya Rudy tersilap langkah. Halilintar tak pernah leka. Halilintar menangkap tangan Rudy dan menjadikannya pelindung.
Tahulah kau tak nak guna senjata, nk acah cool. Kononnya nak kekalkan title misteri kau tu.
Shadow cuff itu terkena kepala Rudy. Selepas itu, Halilintar melempar Rudy ke arah dinding arena. Rudy mengerang kesakitan.
Untuk membuat penutup yang gempak, tak sampai sesaat, Halilintar berada di hadapan Rudy. Dia mengambil baton yang terletak di pinggangnya dan baton itu bertukar menjadi sabit yang besar
Sekali tengok, dah macam malaikat maut tengah ketuk pintu. Dah la baju dia memang warna merah hitam. Mahu sakit jantung Dato' Othman bila tengok dia
Halilintar menghalakan bahagian bawahnya. Setengah jalan sabit tu nak sampai ke tubuh Rudy, kedengaran satu pengunguman
"PERHATIAN KEPADA GENG SUPER EJEN, TERMASUK EJEN RED ARMOUR, SAYA ULANG, TERMASUK EJEN RED ARMOUR, SILA KE BRIEFING ROOM DENGAN KADAR SEGERA"
YOU ARE READING
Who Is He? [ea x bbb]
Fanfic♪~Karya kedua~♪ ~Collab story~ "Le-lepaskan aku!!" "Sape yang nak selamatkan Ali, mari sini" "Diorang kena pilih antara latihan atau kawan" "Tak ingin aku. Baik biar budak tu mampos je dari terus buat masalah dekat sini" "Aku nak diorang minta maaf...