Saya nak mintak maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa dan ejaan. Saya harap sesiapa je yang baca citer ni enjoy kay. Citer ni tak ada kena mengena dengan realiti okay.👌😉
Situasi hiba yang menyelebungi mereka sekarang ini membuatkan suasana di situ sunyi. Hanya kedengaran suara esakan kecil di kawasan tersebut.
"Macam baru je semalam abang happy-happy dengan kita kan. Terasa baru semalam abang jaga kita. Terasa baru semalam abang buat semuanya untuk kita," luah Wonpil sambil memandang gambar Sungjin yang tersenyum. Air matanya mengalir lagi. Pengebumian Sungjin baru sahaja selesai. Kini hanya mereka bertiga sahaja yang masih setia berdiri di hadapan tempatan di mana Sungjin disemadikan.(Tolong jangan marah author sebab buat Sungjin macam ni...author nak ingatkan citer ni hanya rekaan tau...jangan ada yang makan hati ye...T.T)
Dowoon yang masih meratapi pemergian Sungjin sudah beberapa kali tersedu-sedan sambil mengesat air matanya yang jatuh ke pipi berulang-ulang kali. Younghyun pula tidak beriak langsung. Matanya menatap kosong. Seperti rohnya ikut bersama-sama Sungjin. Mana tak sedihnya, Sungjin merupakan sahabat merangkap abang mereka yang menjaga makan minum dan pakai mereka setelah keluar dari rumah anak-anak yatim. Ya, mereka semua merupakan anak-anak yatim. Mereka semua sudah seperti adik-beradik kandung.
"Sekarang apa kita nak buat?" tanya Dowoon yang di selangi dengan esakkannya. Di sini Dowoon merupakan adik mereka yang paling bongsu.
"Nak buat apa lagi? Cari kerjalah," sahut Younghyun buat pertama kalinya untuk hari itu kemudian dia terus berlalu berjalan dengan longlai.
Wonpil memandang belakang Younghyun yang kian menjauh. "Dahlah Dowoon, jom kita balik," ajak Wonpil. Mereka pun berlalu meninggalkan kawasan perkuburan itu dengan langkah yang berat.
[10 tahun kemudian...]
Saat ini mereka bertiga berjaya membangunkan perniagaan kecil-kecilan mereka sendiri hasil daripada titik peluh mereka, iaitu sebuah kedai makan. Setiap hari kedai makan mereka memang akan di penuhi oleh pelanggan kerana mereka akan membuat persembahan nyanyian secara berganti-ganti. Kedai makan mereka hanya akan buka seawal 7:00 pagi dan tutup pada pukul 9:00 malam. Seperti biasa, malam itu sebelum meninggalkan kedai makan mereka akan memastikan semuanya berkunci terlebih dahulu.
Namun, baru sahaja mereka bertiga ingin masuk ke dalam van, telinga mereka menangkap sebuah suara yang menarik mereka untuk melihaatnya. Kelihatan seorang lelaki sedang memapah seorang lelaki yang mabuk.
.
.
.
Jae memapah Nikhun yang tengah mabuk. Semasa dia tengah syok tengok tv dekat rumah tadi, dia menerima panggilan daripada Nikhun. Tapi bukan Nikhun yang menelefonnya melainkan salah seorang pekerja di kelab malam yang Nikhun kunjungi. Dia datang ke kelab tu menggunakan teksi. Dahlah dia terlupa suruh pemandu teksi tu menunggunya. Aduh! Apalah nasib.
"Abang, apalah yang jadi dekat abang ni? Kenapa abang mabuk sampai macam ni sekali?" tanya Jae yang sudah keletihan akibat menampung berat badan Nikhun.
"Adikku Jae yang ku sayang~" Nikhun mula bernyanyi entah apa-apa. "Hi. Hi . Hi. Dah makan ubat?~" sambungnya lagi.
"Dah, abang tak yah risaulah," jawab Jae. Kemudian dia berhenti lalu menyandarkan Nikhun pada dinding bangunan yang berdekatan dengan mereka. Setelah itu, Jae berdiri tegak bercekak pinggang memandang Nikhun yang tersandar pada dinding dengan matanya yang tertutup. Mulutnya belum berhenti bergumam. Jae hanya mampu menggelengkan kepalanya.
"Perlukan pertolongan ke?" tanya sebuah suara yang mengejutkan Jae. Jae yang terkejut terus memegang dadanya. Degupan jantungnya berdegup laju akibat terkejut. "Eh! Maaf. Saya tak bermaksud nak kejutkan awak tadi," ucap orang itu.
YOU ARE READING
{3} Day6✓
FanfictionPemergian Sungjin memberikan kesan yang mendalam kepada YoungK, Wonpil, dan Dowoon. Apakah yang terjadi sebenarnya? Status: Tamat