🪶🪶🪶
Lisa pandang Jungkook yang dari tadi tak kemas baju. Padahal hari ini mereka dah nak balik ke Seoul.
"Sayang, ada masalah." Jungkook pandang Lisa. "I tak boleh ikut you balik. Kawan i accident semalam, dia masuk hospital. I kena pergi lawat dia, dia kawan rapat i."
"Accident?!"
"Yes. You tak apa kan balik Seoul seorang? Ke nak i hantarkan, lepastu i patah sini semula."
"Dah kenapa, i okay je. Pergilah. Tapi sayang, sejak bila you ada kawan dekat sini?" Lisa curiga.
"Alah you.. semalam kan semua business people datang sini untuk majlis tu. Kawan i pergi sekali majlis tu. Dalam perjalanan nak balik Seoul tu, dia accident. Dahlah dia datang sini seorang diri. Risau i." bijak Jungkook putar belit.
"Oh. Tak apa, i balik sendiri. Take care okay? Send my regard to him."
"Yes, queen~" Jungkook kucup bibir Lisa.
🪶🪶🪶
Pagi itu, San yang baru saja nak naik ke bilik Lyn diganggu dengan panggilan telefon. Dia jawab panggilan telefon itu, mana tahu ada yang penting kan?
"Hello, Seungmin."
"Abang, sihat ke semua dekat sana?"
"Sihat, kau dan I.N macam mana?"
"Sihat je. Min nak ingatkan abang ni, jangan lupa bagi Lyn makan ubat."
"Ya, aku tak lupa."
"Okaylah, Min ada kelas. Bye!"
Panggilan dimatikan. Dia pelik juga dengan Seungmin ni, setiap kali telefon mesti dia pesan supaya San tak lupa bagi ubat kepada Lyn. Tapi kenapa penting sangat ubat tu? Ada juga dia nampak Lyn telan ubat itu setiap malam, tapi tak mahu pula dia bertanya.
Dia meneruskan langkah ke bilik Lyn. Terbuka saja pintu, dia terkejut melihat serpihan-serpihan kaca di lantai. Cermin itu hancur, titis-titis darah jelas kelihatan di lantai. Siapa buat?
"Oh.." suara Lyn membuatkan dia beralih memandang figura gadis yang baru keluar bilik air itu. "Tadi cermin jatuh." Lyn senyum.
"Jatuh?" San kerutkan dahi. "Macam mana boleh jatuh?"
"Dah nak jatuh, jatuhlah." Lyn angkat bahu, tanda tak tahu. "Oh kau buat apa sini?"
San baru nak menjawab tapi telefon bimbit Lyn yang menyala mengalihkan fokusnya. Dia pandang nama pemanggil, Jungkook. Serta-merta darahnya menyirap. Lyn mengeluh dengan muka menyampah sebelum jawab panggilan.
"Hey sayang." panggilan itu dijawab, makin panas hati San dibuatnya.
"Baby girl, Lisa dah balik Seoul. Malam ni datang rumah, aku bagi alamat."
"Okay, sayang. Bye."
Tamat saja panggilan, San tarik tangan Lyn. Dia tolak tubuh Lyn, gadis itu terkejut besar, belakang badannya menyentuh dinding manakala kedua-dua belah tangan San memerangkap badannya. Nafas Lyn turun naik, tak teratur.
"Apa benda ni?" marah San, separuh bisik.
"Aku nak buat Lisa naik angin. Kau jangan risaulah San, dalam hati aku hanya ada kau.." bibir San bergesel di telinga Lyn, gadis itu jadi tak keruan. "San.."
"Kau tak bincang pun? Humm? Tak minta izin aku pun?" San semakin dekat, nafasnya memukul leher Lyn.
Sengaja dia merapatkan bibirnya ke leher Lyn, membuatkan gadis itu tak teratur dibuatnya. Tangannya diletakkan ke belakang leher Lyn, memaksa wajah Lyn semakin dekat dengannya.
YOU ARE READING
Deadly Duo
Fanfiction"Kau takut mati?" soal San, memandang langit yang tiada sinar matahari. "Aku takut hidup." "Kenapa?" "Cara aku hidup, menentukan cara aku mati. Salah jalan, sakitlah pengakhirannya."