🪶🪶🪶
Masuk saja ke perkarangan rumah, Lyn cepat-cepat papah Wooyoung, tapi diambil alih oleh Seonghwa dan Hongjoong. Dia berlari masuk ke dalam rumah dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.
"San! Yeosang! San!!" jerit Lyn sambil menangis.
"Sayang?" San yang baru saja turun dari tangga terkejut melihat Lyn sebegitu. "Kenapa ni?" tanya San, rambut Lyn yang serabai dibelai.
"Wooyoung.. Wooyoung!!"
"Arh.." San memandang Wooyoung yang dipapah Hongjoong dan Seonghwa.
Matanya membulat, bulu roma dia naik. Lyn dah tak tahu nak buat apa, panik melihat Wooyoung begitu.
"KANG YEOSANG!" jerit San, berlari mendapatkan Wooyoung dari Hongjoong dan Seonghwa.
Yeosang keluar dari biliknya, turut terkejut melihat situasi itu. Yeosang bantu San papah Wooyoung, dibawa ke bilik Wooyoung. Sempat San menggerling Hongjoong dan Seonghwa.
"Lyn, buatkan air untuk tetamu. Nanti aku turun." arah San, dia beredar bersama Yeosang, ke bilik Wooyoung.
Lyn telan air liur, tangan dia terketar-ketar. Seonghwa dan Hongjoong hanya berdiri di ruang tamu, Seonghwa tampak risau.
"Salah aku..salah aku.." Lyn gigit-gigit jari dia. "Maafkan Lyn.." dia bersuara sendiri, tak keruan.
"Hey.. okay je tu. Jangan risau." pujuk Seonghwa, tangannya diletakkan di atas bahu Lyn.
Lyn pandang Seonghwa, dia angguk akhirnya. "Encik berdua jemputlah duduk. Saya...saya buat air."
"Kau boleh ke buat air dengan tangan terketar tu? Kami tak minum pun tak apa." Hongjoong mencelah.
"Betul, duduklah dengan kami. Lebam-lebam kat muka tu, tak nak letak ubat?" Seonghwa pandang muka Lyn, ini semua sebab bertumbuk dengan Lisa tadi agaknya.
"Arhh!"
Lyn semakin tak senang duduk dengar jeritan Wooyoung. "Lyn nak naik!" dia berlari memanjat anak tangga, diekori Seonghwa.
Terbuka saja pintu bilik Wooyoung, Lyn hampir rebah dibuatnya. Mujur dia bersandar pada dinding. Tak sanggup dia tengok Wooyoung tahan sakit sebegitu.
"Lyn, jangan tengok!" marah Wooyoung, kemudian dia mengerang sakit.
"Tepi Yeosang, aku buat." Seonghwa meluru masuk, dia ambil alih tugas Yeosang.
Seonghwa keluarkan peluru, maka menjeritlah Wooyoung dibuatnya. San pula, dia peluk Lyn. Muka gadis itu disembamkan ke dadanya, tak mahu Lyn tengok semua itu. Lyn bukanlah takut tengok benda-benda begitu, cuma dia tak kuat tengok Wooyoung tahan sakit.
Dia teringat memori dulu..
"Ahh!!"
"Lisa sudahlah! Seksa aku seorang je!" marah Lyn, dia pegang tangan Wooyoung.
Kaki lelaki itu ditembak dua kali tanpa belas. Meraung-raung Wooyoung dibuatnya. Lisa sekadar menjeling, beredar dari situ. Sempat dia arahkan orang-orangnya untuk ubati Wooyoung.
Setelah peluru-peluru dikeluarkan, Wooyoung terbaring lemah di dalam dakapan Lyn. Peluh yang menitis dilap dengan tangan Lyn sendiri. Dia nak Wooyoung selamat, walaupun dia mungkin mati di sini.
"Lisa sudahlah..Lisa..sudahlah!!" dia tiba-tiba menjerit.
Wooyoung telan air liur, berkerut-kerut dahi dia pandang Lyn, San dan yang lain-lain dah terkejut. Peluru berjaya dikeluarkan, Seonghwa tengah merawat luka yang tinggal.
![](https://img.wattpad.com/cover/273084875-288-k313512.jpg)
YOU ARE READING
Deadly Duo
Fiksi Penggemar"Kau takut mati?" soal San, memandang langit yang tiada sinar matahari. "Aku takut hidup." "Kenapa?" "Cara aku hidup, menentukan cara aku mati. Salah jalan, sakitlah pengakhirannya."