WEN(4)

139 30 2
                                    

" Jing Jie, Pinjamkan aku kuasa kau. "

Jun berbaring dengan nikmat di atas katil hotel bajet , dah lama tak merasa tidur atas katil selesa macam ni.

Dalam beberapa detik , pandangan nya gelap , dan keluar beberapa cahaya berwarna warni menghiasi dunia mimpinya.

" Tajuk buku : Emperor Of Justice . "

Chiinnngggggggg !

    " Hoii , hamba nombor 7 ! Buat apa tercegat kat situ , hah ?! Cepat siapkan kerja ! "

    " Huh ? " Jun terpinga pinga . Baru je bukak mata , tiba2 je kena marah2. Sape dia entah pak cik botak ni.

Jun memandang ke sekelilingnya blur. Dia melihat ramai manusia sedang bertungkus lumus mengetuk cerun bukit , memunggah arang batu , mengumpul arang2 batu , membungkus arang batu dan lain2.

" Lombong arang batu ? "

    " HOII ! AKU CAKAP BUAT KERJA CEPAT !! EH,  HAMBA MURAHAN NI ! "

Jun ternganga dalam beberapa saat apabila menyedari bahawa yang dipanggil ' hamba nombor 7 ' itu adalah dia.

    " WHAT THE HECK ?! ORANG HENSEM MACAM AKU PUN KAU PANGGIL HAMBA ?! GILA KE APA HAH BOTAK ?! " Jun selamba melepaskan amarahnya yang berjaya membuatkan suasana bising di tempat perlombongan itu menjadi sunyi sepi.

    " Huh ? "

    " Biar betul budak ni "

    " Pehal tiba2 melawan ? Bukan dia ke Budak paling taat ? "

    " Tulah , cari nahas betul . Dah nak mati kot "

    " Kasihan , muda2 dah nak mati "

Jun hanya menadah telinga mendengar bisikan pekerja2 atau hamba2 lain.

" Ouh , aku kan hamba sekarang ni . Patutnya aku kena patuh kan ? Hemm. Mampus . Kenapalah dengan kau ni , Jun ? Hari tu kau pergi lompat cerun , pastu duk dalam kampung keluarga Wang , pastu melawan cakap bos pulak. Mampus mampus " Jun mengeluh dan menghempas seguni arang batu yang sedari dari tadi dipikul olehnya.

    " Ka-kau ! Hoi ! Bunuh hamba gila ini ! "

" Ah shit , senang je dia nak bunuh orang hah ? Aduh mak, sakit udooohhJun mengaduh sakit apabila dia dipegang oleh 2 orang lelaki sasa berbadan besar yang 2 kali lebih besar daripadanya. 2 lelaki itu memaksanya untuk duduk bersimpuh di hadapan bos yang botak tadi.

    " Hahaha ! Wow dah lama aku tak jumpa hamba tak sedar diri macam kau ni. Bagi pedang ! " Bos botak itu mengarahkan pekerjanya mengambil pedang. Jelas di wajahnya betapa geramnya dan marahnya dia waktu itu .

    " Hoi ! Hamba2 lemah semua ! Kau tengok elok2 apa akan jadi kepada orang yang melawan cakap aku ! Heh , hamba nombor 7 , ada kata2 akhir ? "

    " Ling Ge-- "

    " Hah apa ?! "

    " Ling Ge , pinjamkan kuasa kau , Ha macam tu. Dengar tak ? " Jun mengangkat wajahnya yang dari tadi menunduk memandang tanah. Matanya tepat memandang ke dalam mata bos botak .

    " Ling Ge ? Ah gila dah agaknya ! Kenapa kau tengok aku macam tu ?! Memang dah tak sabar nak mati kan ?! " Bos botak itu mengangkat pedang setinggi mungkin dan menghanyunnya laju .

    " Kyaaaa ! "

    " Arghhh ! "

Para hamba tak kira perempuan , lelaki mahupun kanak2 di lombong itu menjerit ketakutan dan menutup mata mereka tak sanggup melihat situasi itu.

SPAsequal(1): WENWhere stories live. Discover now