Jun terpinga pinga sebaik dia membuka matanya . Dia memandang sekeliling dan mendapati dirinya berada di sebuah kawasan berkabus putih tebal .
" Emmmm.... " Agak blur dan tidak tahu mahu berfikir apa , si Junhui hanya mampu membuat muka datar dan flashback serba sedikit peristiwa tadi
" Junhui " Satu suara perempuan menyapanya dari arah belakang. Naik seriau jugalah dibuatnya.
" Jing Jie ? "
Jun berpaling perlahan Lahan dan benarlah telahannya. Di hadapannya kini , dia melihat seorang wanita yang cukup dia kenali . Wanita itu bercekak pinggang dan memandangnya tak ubah seperti mak2 tiri.
" Yo ! Wasap Jing Jie , long time no see ma " Jun mengangkat tangan menegur sepupunya itu. Namun Jing hanya memandangnya dengan wajah penuh amarah .
" Apa Yo Yo ?! "
" Haisy terkejut mak ! Maaf Jing Jie , maaf ! " Jun tanpa sedar terus melutut dan menunduk beberapa kali secara tiba2. Sepupunya itu memeluk tubuh dan menghela nafas.
" Bukan aku yang kau kena minta maaf. Ah lupakan jelah. Aku pun tak nak ambik tahu apa benda yang kau buat sekarang ni , sampai nak pinjam power aku. Dah lama giler kau menyorok kedudukan kau daripada kitorang , pastu apa citer tiba2 muncul ni ? Nak mati ?! " Jing Jie separa membebel . Jun mengetap bibir.
" Ini bukan masa nak fikir fasal benda tu "
" Kau- kau tahu lah kan apa yang aku buat sekarang ? Tolong bagi aku selesaikan semua perkara ni dulu , baru aku jelaskan semua benda yang jadi. Tolong..." Jun kelihatan begitu terdesak .
Jing agak hairan dengan wajah yang tak pernah disangka akan dipamerkan oleh sepupunya aka ketua keluarga Wen ni. Wajah terdesak dan kerisauan.
" Sape diorang yang buatkan kau jadi macam ni ? Apa yang special sangat diorang daripada kitorang , keluarga kau ni hah, Wen Junhui ? " Jing tidak dapat menyembunyikan nada rasa kecewanya. Jun hanya mampu menunduk.
Lama menanti jawapan yang tidak kunjung tiba , wanita itu berasa geram dan mahu melangkah pergi.
" Diorang- diorang yang ajar aku tentang dunia ni !Tch, Ah lantaklah ! Aku malas nak buat drama waktu ni, aku kena pergi dulu , Jing Jie. Terima kasih selamatkan aku tadi ! " Jun berdiri dan menunduk beberapa kali lalu dia menghilang begitu sahaja.
" Woi Junhui ! Apakah- " Jing agak kaget apabila melihat Jun hilang begitu sahaja.
" Jeez, tahulah ketua keluarga boleh pinjam power tanpa minta izin, tapi ni suka suki je guna. Dah lah aku kena selamatkan dia. Hemph. "
WWWWWWWWWWWW
Dalam bab seterusnya ada bahagian scary . Hati2 lah yer
" Tuanku Joshua , patik Sudah sediakan ubat2 untuk kesihatan tuanku. Patik sudah jelaskan cara pengambilan ubat kepada ketua dayang istana. " Tabib yang berpakaian serba putih itu bertutur dengan begitu sopan sekali. Joshua mengangguk faham .
Usai berkata demikian , tabib itu pun mengundur diri. Joshua melirikkan mata kepada ketua dayang yang sedang menyediakan kepeluan ubatannya.
" Hari ni beta nak tidur awal. " Joshua bersuara. Buat masa beberapa saat , ketua dayangnya itu memandangnya kosong.
" Tak boleh tuanku. Tuanku mestilah tidur tepat jam 9 Malam nanti. Nanti pukul 6 hingga 8 nanti ada kelas tutor bidang undang undang-- "
" Hei , apa nama keluarga kau ? " Joshua menghentikan kata2 ketua Dayang itu dengan tiba2.

YOU ARE READING
SPAsequal(1): WEN
Fanfiction*Ini adalah Sequal daripada Seventeen Paranormal Agensi. Mohon baca yang tu dulu* " WEN " Sekelompok keluarga misteri yang menjadi mitos kepada para ahli paranormal. Kewujudan mereka diragui sama sekali . " Sekejap , apa nama penuh kau tadi " -Jos...