BAB 7 : Memori

6 2 0
                                    

"wui, kau okay ke tak ni?" Tanya aria melalui skype apabila melihat Caramel termenung sendirian.

"Eh sorry. Aku okay" jawabnya dengan senyuman

"Ye la tu okay. Tak nak cerita kat aku ke?"

"Aku okay la." Caramel mengambil mug yang berisi hot chocolate lalu meminumnya. "Aria. Kalau aku nak bagitau kau something boleh?" Tanya Caramel

"Tanya je la, nak kena minta izin juga ke kat kawan kau ni?" Seloroh Aria hairan melihat kawannya yang seorang ini.

"Esok aku pegi Labuan dengan kawan-kawan aku kat sini. Ingatkan nak balik terus ke Singapore tapi dorang ajak pegi Labuan" jelasnya

"Ouh dah tu? Apa kaitan labuan dengan kau?" Tanya Aria keliru.

"Kau tak ingat ke?" Tanya Caramel

"Mm, aku tak ingat apa-apa. Mungkin banyak makan semut" gurau Aria lagi.

"Aku tengah serious ni." Jawab Caramel tidak puas hati dengan Aria yang suka menyakat dia.

"Aku gurau je la Cara. Aku ingat. Kenapa? Kau takut?" Tanya Aria. Aria tahu apa yang difikirkan Caramel. Kalau dia jadi Caramel dia akan fikir benda yang sama juga.

"Kau takut terserempak dengan dia?" Tanya Aria lagi bila Caramel hanya mendiamkan diri. "Cara, labuan tu bukannya kecik, besar. Kau jangan risau, kau takkan jumpa dia" jelas Aria cuba untuk menyedapkan hati Caramel

"Kalau aku diberi peluang, aku tak nak kenal dia langsung. Aku tak nak ada memori langsung dengan dia" jawab Caramel yang setelah sekian lama mendiamkan diri. "Aku tak tahu Aria, selama bertahun-tahun ni aku ingat aku dah completely lupakan dia. Nama, wajah dia dah memang tak muncul dah kat minda aku. Tapi memori yang pernah aku lalui dengan dia, aku tak dapat lupakan." Jelasnya lagi.

Aria tahu, Caramel menghadapi masa-masa yang sukar ketika itu. Hanya Aria lah tempat Caramel selalu mengadu. Pernah suatu hari dahulu, Caramel menangis di depannya. Semuanya berpunca daripada surat yang diberikannya kepada orang itu. Betapa hancurnya hati Caramel masa itu hanya Aria yang tahu. Betapa kuatnya tangisan Caramel ketika itu hanya Aria sahaja yang menyaksikan. Bagi Aria, cinta Caramel pada masa itu telah menjadikan Caramel seorang yang lemah. Mana tidaknya, hampir setiap hari dia akan menangis dan meluahkan perasaannya. Cinta, memang begitu. Ada kalanya akan menjadi sebuah kegembiraan, adakalanya akan menjadi sebuah keperitan.

Surat yang berisikan luahan hati Caramel yang menyukai orang itu, diterima namun tidak dibalas. Aria pernah menghalangnya untuk tidak memberikan surat itu kerana tindakan itu sungguh tergesa-gesa lebih-lebih lagi ketika itu Caramel mendapat tahu bahawa orang itu pernah menyukainya. Keliru. Orang itu pernah menunjukkan keprihatinannya kepada Caramel namun pada satu ketika dia akan menunjukkan yang itu hanya kepura-puraan. Itu lah yang dirasakan Caramel selama bertahun-tahun. 3 tahun bersama di kelas yang sama, 2 tahun berada di kelas yang berbeza.

Kelas yang berbeza tidak menghalang rasa suka Caramel kepadanya. 5 tahun dia mencintai orang yang sama. Orang yang memberi dia harapan, orang yang menghancurkan harapan, ya dia adalah orang yang sama. Sering kali menangis dengan kisah cintanya yang seakan dipermainkan, Caramel cuba untuk bangkit dari kelemahannya itu. Lelaki itu tahu akan perasaannya dan bukan hanya sekali, dua kali Caramel meluahkan perasaanya dan dia sedia maklum lelaki itu tahu akan kewujudan cintanya. Mereka berdua mungkin tidak pernah berinteraksi antara satu sama lain, tapi adakah pandangan mata dan debaran hati adalah satu kebohongan?

Ketika dia tidak melihat, Caramel akan mencuri pandang untuk melihatnya. Di setiap kerumunan orang ramai, mata Caramel akan hanya memerhatika dia sahaja. Akan ada ketika dimana mereka akan saling bertentangan mata buat seketika dan Caramel akan mengelak pandangan mata tersebut. Akan ada seketika juga dimana Caramel menangkap orang itu sudah melihatnya terlebih dahulu.

Caramel buntu dan keliru dengan perasaanya kerana lelaki itu tidak pernah sekali pun memberitahu akan perasaannya. Bencikah dia dengan Caramel? Sukakah dia dengan Caramel? Caramel juga binggung.

K A M UWhere stories live. Discover now