BAB 10: Realiti

12 2 0
                                    


[Lagu Kekasih Bayangan by Chakra Khan is the official theme song for this story. Hope to listen  while reading. Thank you. ❤️- author]

________________________________________________

Caramel berjalan menuju tempat untuk memperoleh ais. Dia memesan ais dan kemudiannya menunjukkan tempat duduk mereka berlima kepada pekerja disitu. Sambil menunggu ais, dia duduk sambil menghadap penyanyi jemputan memainkan guitar.

"Aku tahu engkau sebenarnya tahu, tapi kau memilih seolah engkau tak tahu. Kau sembunyikan rasa cintaku dibalik topeng persahabatan mu yang palsu

laki yang memainkan guitar itu mempunyai suara yang cukup merdu, tanpa dia sedari dia mendalami setiap bait lirik di dalam lagu itu. Baru dia teringat yang dia pernah menyukai lagu ini pada zaman sekolahnya. Setiap kali mendengar lagu "kekasih bayangan" memori nya dengan lelaki itu akan berurutan muncul di benaknya. Sebak. Itulah yang dirasakan Caramel. Betapa hancurnya hati dia diperlakukan seperti sebuab kayu yang tidak mempunyai perasaan.

Dia juga mengingat bahawa lagu ini juga pernah menjadi lagu kesukaan lelaki itu. Buktinya ketika di sekolah akan ada satu acara dimana setiap kali waktu rehat, akan ada band sekolah yang akan membuat persembahan secara sukarela. Ketika lagu ini dipersembahkan, Caramel dan lelaki itu sama-sama mendalami lirik lagu tersebut.

Kita berdua saling bertentangan mata ketika itu, walaupun tiada senyuman yang diukir, walaupun tiada reaki yang diberikan, walaupun tiada rasa yang dirasakan entah mengapa lagu ini menyentuh kedua jiwa

Memori yang sekian lama cuba dilupakan muncul kembali di minda Caramel. Air mata tanpa disedar menitis. Dia cuba untuk menahan perasaannya tetapi hatinya sungguh terluka ketika itu. Kenapa? Kenapa harus sekarang memori itu muncul kembali? Kenapa harus sekarang lagu yang pernah menjadi kisah mereka berdua dimainkan? Mengapa?

Pada ketika dia mahu berjalan pulang ke arah kawannya, seorang lelaki yang berdiri dekat di dengannya terlihat mendalami lagu itu seperti dirinya juga. 

Caramel dan lelaki itu bertentangan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Caramel dan lelaki itu bertentangan mata. Dup! Degupan di hati Caramel seakan-akan cukup untuk membuatkan dia pengsan disitu.

Dia menidakkan kenyataan bahawa orang yang dilihatnya itu bukanlah seseorang yang dia kenali. Sesungguhnya lelaki itu juga terkejut melihat Caramel disitu. Lelaki itu terpegun dengan gadis yang dihadapannya itu. Kegembiraan, kesedihan, penyesalan itulah yamg dirasakan lelaki itu pada masa ini. Caramel yang masih terkejut akan perkara yang terjadi bingkas meninggalkan tempat tersebut.

Lelaki itu melihatnya kemudian berlari menuju Caramel.

"Tunggu!" Dia memegang tangan Caramel. "Cara tunggu" kata dia

"Apa kau nak? Aku dan kau tak pernah sekali pun berkomunikasi. Lepaskan aku!" Caramel mencuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman lelaki itu. Namun kudrat lelaki itu lebih kuat berbanding dengannya.

"Maafkan aku"

"Apa kau ni! Lepas lah" cubanya lagi. Lelaki itu melepaskan tangannya. Caramel berlari meninggalkan lelaki itu. Terluka. Ya, mereka berdua sama-sama terluka. Lelaki itu meraup wajahnya. Menanyakan hal yang sama,. Mengapa sekarang? Mengapa?

...........................

Caramel yang tadinya berlari agar terlepas dari lelaki itu terduduk sambil memegang rambutnya. Kusut. Dia tidak tahu akan terserempak dengan orang yang paling dia benci. Betapa sakitnya hati dia bila mendengar suara lelaki itu. Maaf? Bagi Caramel perkataan maaf itu sudah basi.

Dia kemudiannya berjalan ke arah tempat mereka memasang muka palsunya seakan-akan tidak terjadi apa-apa. Kalau diberitahu pun bukan mereka akan faham. Andai sahaja Aria disitu pada masa itu. Dia merindukan kawannya. Pada saat itu, bantuan Aria amat diperlukan.

"Cara kau buat ice ke order ice." Tanya Nat. Caramel hanya membalasnya dengan senyuman. "Suzyy mana dorang???" Nat sudah tidak senang duduk menanti mereka.

"Hmmmmm kejap aku call."

Setelah suzy menelefon, kelihatan 4 orang lelaki menuju ke arah meja mereka. Mereka berempat perlahan-lahan menyapa mereka berlima.

"LIAM" jerit Suzy.

"SUZYYYYYYY" jerit lelaki yang bernama Liam itu. Kalau boleh di describe, Liam adalah seorang lelaki yang tampan, tinggi dan mempunyai perwatakan yang ceria. Dia juga mempunyai humor yang bagus.

Di belakang Liam ada 3 orang lelaki. Mata Caramel hanya menangkap satu orang sahaja, lelaki yang ingin dielakknya. Noah Zygler. Lelaki yang pernah menyakitkan hatinya, lelaki yang pernah memberi dia harapan palsu, lelaki yang pernah menjadikan dia seorang yang pengecut. Hati caramel diselimuti dengan dendam dan sakit hati.

Noah yang juga terkejut kerana dia tidak menyangka akan bertemu lagi dengan Caramel, clasmate yang pernah menyukai dia dahulu. Caramel sudah banyak berubah. Dia terpegun sekali lagi dengan perubahan Caramel. Aneh, hati dia juga merasakan debaran yang bagi dia bukan lah normal. Dia tidak melepaskan pandangan nya dari Caramel.

Caramel cuba untuk menahan rasa sakit di hatinya. Malam itu Caramel hanya berdiam diri sahaja. Mereka yang lain rancak dengan perbualan mereka. Sesekali caramel akan mencuri pandang ke arah Noah. Macam biasa, Caramel akan mendapat tahu bahawa Noah telah memandangnya terlebih dahulu. Sudah begitu lama Caramel tidak meraskan perasaan seperti itu.

Gembira? Sedih? Sakit hati? Semua itu bercampur.

K A M UWhere stories live. Discover now