BAB 5: Adik

8 1 0
                                    

Usai mendengar kerisauan mamanya Charles bingkas menuju ke arah Aria dan memberitahunya akan keadaan Caramel. Mereka berdua kemudiannya pun bergegas menuju hospital.

"Mama!" Jerit Charles setelah melihat Mamanya yang sedang menangis duduk di atas kerusi.

"Abang!" Jawab mamanya lega melihat anak sulungnya itu sudah berada bersamanya. Papanya tidak kelihatan kerana harus menyelesaikan pekara, hati ayah mana yang tidak risau setelah mendengar anak kesayangan tidak sedarkan diri. Namun atas hal kerja dia terpaksa menyelesaikankannya terlebih dahulu.

"Mama, adik macam mana boleh pengsan?"

"Mama tak pasti abang, masatu mama tengah masak lauk kegemaran adik dan abang lepastu Mama dengar bunyi bising dekat tangga bila Mama check adik kamu dah tak sedarkan diri. Mama ingat adik terjatuh dari tangga tapi tak, takde kesan langsung kat kepala atau mana-mana bahagian kat badan dia" jelas mama nya sebak. Aria yang berada di situ juga turut prihatih dengan situasi mereka. Mana taknya Caramel tu bff dia kot, hati dia pun dilanda kerisauan. "Apa yang jadi kat kau ni Cara" gumam hati kecilnya yang mengharapkan agar tidak terjadi apa-apa kepada Caramel.

"Adik dah lama tak macam ni Mama, last dia pengsan dulu umur 8 tahun, sekarang adik dah 19 tahun" kata abang nya lagi. Ya ini bukan kali pertama Caramel tidak sedarkan diri. Dia pernah tidak menyedarkan diri pada usianya yang baru mencecah 8 tahun. Panik mereka sekeluarga bila melihat Caramel tiba-tiba tidak sedarkan diri di bahagian kolam renang mereka. Mujur sahaja tidak jatuh ke dalam air. Pada masa itu, Charles yang berusia 12 tahun yang menemukan adiknya terbaring tidak sedarkan diri. Mereka bertiga, dia, papa dan mamanya bergegas menghantar Caramel ke hospital

"Abang, Mama tak nak apa-apa jadi kat adik" kata mama nya menangis. Charles memeluk mama nya.

"Aunty bersabar ye. Aria yakin Cara kuat. Aunty jangan fikir yang bukan-bukan" kata Aria pula. Puan Esmerelda yang tadi dalam pelukan Charles kemudian dipeluk oleh Aria. Aria dengan Puan Esmerelda memang rapat sebab Puan Esmerelda adalah merupakan kawan kepada ibu Aria. Kisahnya, setelah Aria dan Caramel menjadi kawan, automatik ibu bapa mereka berdua turut menjadi sahabat.

"Aunty risau Aria, aunty buntu nak buat apa" jelasnya.

.............................

Doktor yang in charge dalam bilik Caramel keluar dengan beberapa jururawat. Charles, Puan Esmerelda dan Aria serentak bangun untuk menanyakan keadaan Caramel.

"Doctor, is there anything wrong with my sister?" Tanya Charles.

"She is okay. She just need her rest. Due to her fatigue and stress she couldn't balance her lifestyle but she is okay now." Jelas doktor itu. Lega rasa di dada setelah mendengar kata-kat doktor itu. Ya, selama beberapa hari ini Caramel tidak beberapa lalu untuk makan. Sempat juga ditanya kenapa tetapi dia tidak memberitahu hanya sekadar tersenyum. Sepulangnya Caramel dari Labuan, dia bersikap seperti itu. Sebenarnya Caramel bercuti dengan kawan-kawan nursingnya yang lain beberapa minggu yang lepas. Mereka bermalam di Labuan selama seminggu, kemudiannya baru dia pulang Singapore.

"Thanks God, adik tak apa-apa Mama" ucap syukurnya kepada Tuhan. Aria jug bersyukur dengan kata-kata dari doktor itu. Aria heran kenapa Caramel boleh menjadi seperti itu. Setahu dia, Caramel bukanlah seorang yang mudah untuk mengalami fasa-fasa seperti itu kecuali pada zaman sekolah menengah mereka. Dia mulai syak akan sesuatu. "eh tak mungkin" katanya menidakkan firasatnya

K A M UWhere stories live. Discover now