Welcome To My Life

3.2K 224 5
                                    

🍁🍁🍁🍁🍁
CHAPTER 1
🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Segalanya terasa berat dan kedap.

Sesiapa!Tolonglah selamatkan dia.

SESIAPA!!!!!!

           "ARGHHHHH!!!!!!LEPAS!LEPASKAN AKU!!!!!" sedayanya dia bergelut agar dirinya dilepaskan. Sampaikan rasa sakit tidak dirasai kerana perasaan takut yang menguasai diri ketika itu memaksa dia untuk melupakannya.

Lelaki yang ada di atasnya malah meneruskan perbuatan terkutuk itu terhadap dirinya tanpa hati perut.

              "Diamlah...kau kata kau dah janji nak bersama dengan aku...cintakan aku!!!Apa salahnya kalau kita buat semua ni?"suara bisikan itu kedengaran rapat di tepi telinganya.

Sambil teresak-esak menangis, dia merintih sakit.

           "Aku tak nak...tolonglah berhenti! Sakit!!!!Arghhh"ibarat jeritannya hanya kedengaran dalam kepala saja waktu itu. Hendak terkeluar anak tekaknya tetapi dia tidak dapat hendak menolaknya.

Badannya di'jajah' tanpa kerelaannya. Dipaksa walaupun dia menjerit tidak mahu. Didesak walaupun dia menolaknya.

Namun apakan dayanya, kudrat seorang perempuan menentang daya lelaki yang telah meracuni dirinya dengan dadah.

Betapa remuknya hatinya waktu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu dirinya ini tidak lagi suci!

Dinodai lelaki yang dulu dia anggap sebagai sahabat dan kekasih hatinya. Lelaki yang dia percayai telah memperdayakan diri 16 tahunnya.

Hancur punah semuanya!

Kalau la dia tidak bersetuju untuk keluar   bersama dengan teman lelakinya. Sudahpasti dirinya tidak bercela!

Pasti dirinya dulu tidak akan jadi dirinya yang sekarang ini....

Knock!

Knock!

Buku ruas itu hinggap di permukaan kaunter. Menerbitkan menung pekerja yang sedang berdiri dengan topeng kebersihan di mulut. Disebabkan kepalanya turut di kenakan topi, hanya mata pekerja itu sahaja dapat di lihat oleh pelanggan tersebut.

             "Good morning....maaf. Saya ganggu awak termenung ke?"tegur pelanggan lelaki di depan kaunter dengan mesra. Senyuman manis kemudian terukir di bibir sesaat selepas itu. Membuatkan wajah itu kelihatan manis di pandang mata.

Zehra yang sedang berdiri di belakang kaunter lekas-lekas menggeleng kepala. Bahang terasa di segenap inci wajahnya. Buat malu je! Mujur bukan supervisor bakery yang tegur dia! Kalau orang tu pasti sudah di leteri! Lantas dia pun menyambut.

             "Selamat datang ke Sunflower Bakery, boleh saya bantu?" ucap Zehra dengan formaliti.

Pelanggan lelaki yang berpakaian sweatpant dan set pakaian berjogging itu pandang sekitar kaunter dan rak display yang penuh dengan roti dan pastri untuk seketika.

             "Hmmm...nak apa ya?"jeda lelaki itu dengan panjang. Tidak lama dia lihat makanan yang ada, dengan bersahaja tubuhnya di sondong ke depan Zehra. "Saya baru pindah ke sini...jadi tak sure makanan mana yang sedap. Perut saya ni senang meragam....awak ada apa-apa cadangan?"

40. Beautiful And BittersweetWhere stories live. Discover now