Broken Family

2.4K 230 7
                                    

                       🍁🍁🍁🍁🍁
                          CHAPTER 2
                  🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁


Alunan lagu rock metal berkumandang lantang dalam bilik tidur kecil pada malam itu. Poster rock metal yang telah bercarik dan luntur warna bertampal separuh di dinding sebelah almari kayu lama.

Tepi sebelah kiri almari itu tergeletaknya bakul berisi pakaian bersih yang siap di lipat bertimbun antara satu sama lain. Berhadapan dengan bakul itu, sebuah katil bujang lama dengan tilam yang sudah tidak berganti seumur hidup empunya bilik terletak di situ.

Sebuah almari kecil sebelah katil dengan sebelah kaki patah di ganti dengan lima buah buku menampung sebuah bingkai gambar kecil sebuah keluarga. Namun satu daripada wajah di dalam bingkai itu telah di toreh sehingga menjadi putih. Meninggalkan tompokkan kosong di situ.

Sebelah bingkai itu pula tegaknya sebuah jam loceng kecil berwarna hitam. Itupun sudah bertampal dengan pita pelekat kelabu untuk pastikan cebisan yang pecah tidak tertanggal sepenuhnya.

Di atas katilnya, Zehra berbaring.
Mengiring berbantalkan lengannya sendiri. Termenung memandang dinding yang dulunya putih kini sudah luntur dan kusam warnanya. Ada kesan tompok hitam dimana kesan darah pernah terpercik kerananya.

Kalau nak dijadikan cerita, begini la hidup sehariannya. Selepas di bakeri dia akan ke kolej. Jika cuti, di rumah la tempat dia bertapak. Dan hari cuti adalah hari paling dibencinya. Sebab apa!?



SPRANG!

Bunyi kaca pecah kedengaran dari luar bilik. Lalu diikuti dengan suara marah-marah. Sekali lagi pertengkaran terjadi.

Mata bundar dengan kesan lebam dan kemerahan pada bola mata itupun berkedip sesaat selepas dia mendengar bunyi bising tersebut.

Dia ingatkan bunyi bising dari lagunya dapat tenggelamkan suasana di sekeliling dia.
Rupanya tidak cukup volume yang dia kenakan ni?Mujur la jirannya tidak buat sebarang aduan dengan pencemaran bunyi yang datang dari rumahnya ini.

Well...selamat datang ke dalam kehidupan 'syurga dunia' dia ini. Selain mendengar orang bertengkar, dia juga kadang-kadang jadi tempat untuk di maki dan punching bag melepaskan tekanan perasaan yang dialami oleh penghuni dalam rumah ni!

Yeah! Dia datang dari golongan broken family.
Dia tahu. Malah sedar diri pun!

Nak dibandingkan dengan kawan-kawannya. Mereka semua dari keluarga senang dan bahagia. Sementara dia?

Hmmph...

Berangan di siang hari sajalah!

             "Arghhh!!!Ceraikan aku lelaki tak guna!ceraikan aku!!!!!!"

             "Kau apahal!Kan aku kata aku taka da duit!
tak ada la!Berapa kali nak aku beritahu!"

             "Itu je la tahunya!Tak duit!tak ada duit!Habis kau tu ke hulu hilir dengan perempuan lain boleh pulak!"

             "Bila masanya!Boleh tak jangan nak menuduh. Tahu tak aku balik rumah lapar nak makan. Kau datang dekat aku memekak pasal perempuan kenapa!?"

Serious talk!Dia dah bosan sangat hadap semua ni! Rasa macam nak pindah keluar rumah ni pun ada.

Tapi itulah, ibubapanya pasti tidak akan lepaskan dan biarkan dia macam tu je!? Dua orang itu kalau boleh mahu dia tinggal di rumah ini sampai mati!

Pernah dia cuba larikan diri, tetapi ibubapanya buat drama dan beritahu polis dia gila!? Habis punya la percaya bagai nak apa, akhirnya dia tertangkap dengan pihak polis dan berakhir kembali di dalam rumah ini.

Cerita kemudiannya, tahu-tahu la sendiri!

Inipun dia baru kena pukul dengan ibunya sebab lambat balik dari kolej tempat dia belajar.

Bukannya dia saja-saja balik lambat. Dan-dan bas nak rosak dekat tepi jalan masa tu jugak!

Terpaksa la tunggu!

Kalau anak orang lain mak bapak sambut dengan kasih sayang. Sementara dia!?Heh! di sambut balik dengan mop dekat muka! Dapat la setepek dekat tepi mata ni hah! Berlebam lagi tu!

Esok ada kelas. Kuiz dan sesi hantar assignment pulaknya. Ah sudah!

               "Itu la kau...aku dah cakap dari awal lagi. Tak payah hantar Zehra ke kolej dia tu. Buang duit!"

               "Sekurangnya dia tahu nak bagi duit dekat aku!Kau tu hah!Kerja memanjang duit tak nampak bayang..habuk lagikan la!"

               "Kau pun kerja kan!Pakai la duit sendiri dulu..aku pun kena settle hal aku jugak.."

              "Oooh...urusan kau....habis duit rumah ni siapa nak bayar...kereta mahal kau tu siapa bayarkan!Kalau macam tu cakap la sendiri dengan budak keras kepala tu. Dia ikut perangai pun dari siapa!berbuih dah mulut pesan jangan sambung belajar, memangnya budak tak guna tu nak faham??"

             "Dah tu jangan bising la kalau duit tak cukup!?"

Disebabkan rumah itu tidak la sebesar mana tapi cukup untuk tiga beranak tinggal, suara mereka bercakap pun dah boleh sampai keluar jalan didengar. Inikan lagi Zehra yang duduk di dalam bilik kecilnya yang tidak jauh dari ruang tamu dimana ibubapanya sedang bertekak.


Tak pasal-pasal nama dia jugak yang diungkit.

Ya, nama di beri Zehra Ivory. Nama je la yang cantik. Orangnya tidak. 21 tahun. Berambut ikal panjang hitam, tinggi 156. Seorang yang pesimis dan penakut. Pelajar tahun terakhir di kolej berdekatan dengan rumah. Dan juga seorang pelajar miskin yang tersepit di antara keluarga dan cita-cita.

Ayahnya bekerja sebagai operator kilang, ibunya hanya pelayan di sebuah restoran. Berkat dari kepandaian yang dimiliki, dia ditawarkan untuk belajar di sebuah kolej dengan biasiswa penuh. Ingatkan dah boleh bebas dari kokongan ibu dan ayahnya. Sekali tu tak rupanya.

Dia tetap terpenjara dalam rumah dan keluarga pecah belah ini!

Selimut di bawah kaki terus di tarik naik ke atas kepala. Menyelubungkan diri dan cuba alihkan perhatian terhadap lagu yang didengar. Dia enggan mendengar apa-apa dari orang tuanya itu.

Mereka berdua tidak pernah sekali buatkan dia rasa selamat apalagi gembira. Sampaikan Zehra tidak pernah share apapun masalah kepada ibubapa dia. Silap masa bukannya di tolong malah dirinya yang kena teruk lagi ada la!

Kadang-kadang tu dia tertanya sendiri, kenapa ibu dan ayahnya biarkan dia hidup kalau sepanjang hayatnya ini hanya dijadikan sebagai tempat untuk di sepak terajang!?

Adakah hidupnya ini hanya objek untuk orang lain sahaja?

Betapa berharapnya dia di suatu masa nanti, dia akan bebas dari sini! Bebas dari kedua-dua orang tuanya.

Atau senang cerita mati terus!

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂





Macam mana?

First time buat jalan cerita macam ni.

Macam biasa, jangan lupa untuk tinggalkan komen dan vote untuk setiap chapter!

Luv ya!

(≧▽≦)

40. Beautiful And BittersweetWhere stories live. Discover now