BAB 1 - GEMUK HODOH

446 15 0
                                    

"KAU TU GEMUK! HODOH! ADA HATI NAK DEKAT ORANG! AKU TAK SUKA LA MANUSIA GEMUK-GEMUK NI, BUSUK KAU TAU TAK?", jerit Razak dekat aku.

Aku dah kawan lama dengan dia dan aku dah lama suka dekat dia, cuma baru sekarang aku dapat beranikan diri aku untuk cakap yang aku suka dekat dia.

"Tapi Ajak....", ye aku panggil dia Ajak, masa mula-mula kenal, dia memang perkenalkan diri dia as Ajak. Semua orang panggil dia Ajak.

"TAPI APA? DAH LAH, DARIPADA AKU HADAP ORANG GEMUK MACAM KAU NI, RAMAI LAGI ORANG LAIN YANG TAK GEMUK, HODOH, MACAM KAU, DAH LA SIAL,PERGI SANA, SEMAK JE, DAH LA GEMUK", kata Ajak kepada aku.

Persahabatan yang aku bina hancur berkecai begitu sahaja. Aku melihat Ajak berlalu sambil berkata,

"Ali, jom pergi".

"Kejap bang", kata Ali.

"Kau ni bodoh, kau patut sedar diri kau. Aku saje suruh kau confess dekat dia supaya kau sedar diri kau tu siapa, badak!", kata Ali.

"Sampai hati kau Ali, buat aku macamni", kata aku kepadanya.

"Sampai tak sampai hati aku, itu bukan masalah aku. Yang jadi permasalahannya, kau tu sedar ke tak? Dah la gemuk,hodoh, miskin pulak tu, ada hati nak dekat pakwe aku. EH JIJIK!!! Puih!", kata Ali sambil meludah kepada aku.

Aku hanya tertunduk malu. Malu yang amat sangat, aku tak sangka aku termakan kata-kata manis Ali. Aku percayakan dia sebagai seorang kawan yang baik, namun, apakan daya, rupanya kawan makan kawan. Persahabatan aku selama ini dengan Ajak hancur begitu sahaja. Ali sudah lari meninggalkan aku dengan Ajak. Aku tak tau yang selama ini mereka adalah pasangan.

Nasib baik semalam adalah hari terakhir bagi kertas SPM. Aku bertekad untuk mengubah cara hidup aku dan hidup aku as a whole. Aku tak mahu aku dihina. Aku menyapu ludahan Ali tadi dengan sapu tangan aku.

"Sampai hati kau ludah aku Ali:", getus aku.

"Deen", kata satu suara di belakang aku.

Aku terkejut dan menoleh.

"Syukri, kenapa kau dekat sini?", tanya aku, sedikit tergagap.

"Takde, aku dari tandas tadi, hmm, kau okay ke ni?", tanya Syukri.

"Aku okay je, orang gemuk, hodoh macam aku ni kena tabah dan kuatkan hati", kata aku.

"Janganlah cakap macamtu, tak baiklah, kau bukan gemuk mana pun aku tengok, cuma comel sikit je la", kata Syukri, sambil menarik aku untuk berjalan.

"Aku comel? Kau ni pandai buat lawak la Syukri", kata aku.

"Iye comel. Kalau kau nak, aku boleh tolong kau kurangkan berat badan kau. Itu kalau kau sudi lah exercise dengan aku", kata Syukri.

Sedikit maklumat fasal Syukri. Ahmad Syukri bin Ahmed Yamani, anak kacukan ni. Mixed blood. Ayah orang Mesir, mak orang Malaysia. Tinggi orangnya, kelas sama dengan aku tapi dia ni boleh dikatakan sebagai agak pendiam, no no, bukan pendiam tapi sopan. Time nakal, nakal juga la, tapi dia ni jenis yang tak suka la kecoh-kecoh. Agitu lah rasanya kalau aku nak describekan dia ni. Dia ni seorang yang baik dan aku berkawan baik je dengan dia. Dia ni anak orang kaya, dikatakan ayah dia ada satu syarikat ejen hartanah dan mak dia pulak buka butik dekat bandar tapi aku tak pernah tanya dia sebab kami setakat tegur-tegur macamtu je la. Dia adalah kapten bolasepak sekolah. Kurikulum dia hebat, ko ku dia pun hebat. Ramai anak-anak gadis kat sekolah ni nak dekat dia tapi dia tak layan dan aku tak pernah tanya kenapa, sebab apa? Sebab aku tak rapat dengan dia, faham? Haha...

"Eh, takpe ke?", tanya aku. Aku interested jugak nak bersenam, nak pulak ajakan dari kapten bolasepak sekolah, lagi lah aku nak. Oh, aku tak tau ye yang dia ni suka siapa, bagi aku pun, aku memang tau la diri aku. Aku suka lelaki. Oh, aku lupa perkenalkan diri aku, nama aku Al-Deen bin Mustafa Idris. Ayah aku orang Indonesia dan mak aku orang Malaysia. Aku satu kelas dengan Syukri, Ajak, juga Ali.

"Ok, memandangkan aku tak buat apa-apa time tunggu spm result ni, apa kata kalau kau tinggal dekat rumah aku je, boleh aku pantau pemakanan kau sekali", cadang Syukri.

"Oh, hmm, itu aku kena tanya keluarga aku dulu, nanti apa-apa aku bagitau kau boleh, aku mesej ye?", kata aku.

"Boleh je. Ni kau nak pergi mana ni? Balik ke?", tanya Syukri.

"Aah, tapi aku jalan kaki je, tak jauh pun rumah aku Syukri", jawab aku.

"Ha, kalau macamtu, jomla naik dengan aku, aku hantar kau balik, lagipun kau tak pernah ajak aku pergi rumah kau",kata Syukri,

"Ala, aku bukan taknak ajak kau, tapi rumah aku rumah biasa je. Rumah kayu, kecil je", kata aku.

"Takpe lah, kita kan kawan. Aku tengok kau selalu ajak Ali dan Ajak, kau tak pernah ajak aku. Please, boleh la eh?", rayu Syukri.

"Hmmmm, tapi kau jangan cakap apa-apa tau fasal rumah aku. Kalau aku dengar, aku cubit kau", kata aku.

"Ok, janji! Aku tak cakap apa-apa. Dah jom naik, tapi nanti kau bagitahu jalan tau, aku tak tau", kata Syukri sambil menghulurkan topi keledar. "Nah, pakai ni".

Aku menyambut topi keledar dan memakainya. Nasib baik topi keledar kura-kura tu, kalau yang penuh tu, mampus tak muat.

Syukri pun menghidupkan motorsikalnya dan terus menunggang menuju ke rumah aku dan aku membonceng di belakangnya.


*****************************************

A new story daripada saya yang saya tulis dalam last week. Cerita yang agak mudah dan sememangnya ada isu-isu yang menarik yang saya tulis. 

Selamat membaca dan jangan lupa untuk VOTE, SHARE dan juga tinggalkan komen anda di ruangan komen selepas membaca.

Terima kasih kerana membaca!

MUNGKIN NANTI (COMPLETED)Where stories live. Discover now