Sekarang kami dah hampir 4 bulan menjadi sepasang couple dan minggu hadapan adalah hari untuk mengambil result. Kami djemput oleh pihak sekolah untuk mengambil result SPM.
Aku dan bincang dengan Ri untuk ambil result bersama, aku dan tanya mak dan ayah aku, dorang cakap, kami pergi berdua je tapi nanti dah settle bawak balik rumah resultnya.
Aku pun tunggu Ri dekat pondok bas hadapan rumah aku. Lama juga aku tunggu, then Ri sampai.
"Lama tunggu ke?", tanya Ri.
"Takde lah, baru je ni ha keluar tadi", jawab aku.
"Dah jom", ajak Ri sambil menghulurkan topi keledar kepada aku.
Aku dari berat 120kg masa mula-mula aku tinggalkan sekolah dan sekarang berat aku sudah 80 kg, Aku muscle gained dalam 1 bulan lepas disebabkan cardio dan beberapa latihan exercise lain. Ni semua sebab Ri, dia yang paksa aku. Dia cakap sedap sikit badan aku kalau besar sikit, dia pulak suka peluk aku. Aku pun ah, redha je lah, nasib baik boyfriend, kalau bukan, tak kuasa aku nak ikut cakap dia.
Aku harap semua orang nampak usaha aku untuk jadi sihat dan semoga ia menjadi inspiras kepada semua untuk menjadi sihat.
Dalam beberapa minit, kami pun sampai di sekolah kami.
"Ahhh, rindunya. Nanti kita ambil gambar dekat kelas nak? Dekat meja kita, nak?", cadang aku pada Ri.
"Okay je", jawab Ri.
Kami pun berjalan ke dewan sekolah dan dalam perjalanan kami terjumpa dengan Ajak dan aku lihat tiada Ali. Ali datang mendekati kami dan berkata,
"Hi Syukri, Hi Deen".
"Hi Ajak", jawab kami serentak.
"Mana Ali?", tanya aku.
"Ali takde dah, kami dah break up", jawab Ajak.
Aku dan Ri hanya berpandangan. Ri pun bersuara,
"Okaylah Ajak, kami pergi dulu".
Ajak hanya mengangguk memandang aku. Kesian pulak aku tengok dia. Mungkin Ali hanya mempermainkan dia sebab Ajak ni budak dari keluarga yang kaya. Hm, nasib kau la Ajak.
Kami duduk di kerusi yang telah tetapkan dan kami duduk di kerusi yang agak jauh dari satu sama lain.
Sebelum mengambil keputusan, pihak sekolah akan mengumumkan para pelajar yang mendapat cemerlang di dalam sekolah. Aku sebenarnya tidak menaruh apa-apa harapan sebab aku rasa beberapa kertas tempoh hari agak susah walaupun begitu, aku sudah cuba yang terbaik dalam menjawab.
Aku tak dengar sangat mukadimah yang diucapkan oleh Pengetua, tapi tang dia nak umumkan nama tu aku bagi perhatian.
"Baiklah semua, ini adalah masa yang kita tunggu-tunggukan, dengan ini saya akan mengumumkan 5 pelajar yang telah mendapat keputusan yang paling cemerlang dalam sekolah. Kepada pelajar-pelajar ini, apabila nama anda disebut, anda hendaklah naik ke pentas dan berdiri di kawasan ini", kata Tuan Pengetua sambil menunjukkan kawasan yang patut pelajar berdiri.
Pertama, Nur Nilamsari bin Ahmad Wahid dengan memperoleh 6A 2B, dan 1C,
Kedua, Ahmad Syukri bin Ahmed Yaman dengan memperoleh 7A dan 2B,
Seterusnya, Siti Farhana binti Ahmad Sukri dan Muhammad Haikal bin Tarmizi dengan memperoleh 8A dan 1B,
Dan yang paling cemerlang dalam sekolah kita dengan memperolehi 9A, kita ucapkan jutaan tahniah kepadaaaaaa,
AL-DEEN BIN MUSTAFA IDRISSS!!!!
Aku seperti terkejut! Nama aku dipanggil! Nama aku dipanggil! Suasana menjadi senyap, biarpun orang menjerit kuat, aku terasa tenang. Aku dibangunkan oleh kawasan sebelah aku.
"Deen, alhamdulillah Deen, nama kau kena panggil! Deen bangun Deen!", kata mereka.
Aku pun bangun dan berjalan menuju ke pentas. Ini semua adalah sesuatu yang tidak aku sangka. Memang aku sungguh tak sangka!
"Tahniah Deen!"
"Tahniah Deen!""Congratulations Deen!"
"Tahniah!"
Kata semua orang sepanjang aku menuju ke pentas. Terasa begitu lama masa untuk aku proses benda ni. Aku sampai di pentas dan aku memandang Ri, dia mengucapkan,"Tahniah!".
"Thanks", balas aku.
"Okay, semua boleh duduk dulu, duduk duduk. Tahniah kepada Al-Deen kerana mendapat 9A dan ini adalah keputusan paling cemerlang Sekolah kita pernah capai, Tahniah Deen", kata Pengetua.
Aku menerima slip keputusan peperiksaan dan aku sujud kepada Allah kerana Dia menginginkan, maka dia memberinya.
Microphone dihulurkan kepada aku.
"Deen, sepatah dua kata", kata Pengetua.
"Yang dihormati, Tuan Pengetua, Guru-guru, rakan-rakan murid semua. Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh. Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan segala limpah dan kurniaNya dalam membantu saya memberi keterangan hati dan minda ketika saya menjawab peperiksaan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana tanpa mereka saya tidak akan berada di sini. Kami hidup dengan apa sahaja yang ada dan ini adalah hadiah Deen buat mak dan ayah. Mereka sekarang berada di rumah menunggu saya.
Seterusnya saya ingin berterima kasih kepada guru-guru yang banyak membantu saya ketika saya belajar. Tak jemu dengan soalan saya, tak jemu menyemak kertas-kertas yang saya buat untuk menajamkan minda saya. Terima kasih.
Terima kasih juga kepada warga sekolah kerana sentiasa membantu saya dengan apa cari sekali pun. Doa kalian adalah pembantu kepada saya untuk berjaya.
Dan akhirnya, kepada my bestfriend, Syukri, terima kasih.
Semoga kejayaan kita semua menjadi inspirasi kepada orang lain!
Terima kasih!"
Sejurus aku habiskan ucapan aku, bergema dewan terbuka dengan tepukan rakan-rakan serta murid-murid lain. Demikian ucapan aku yang memang aku tak rancang. Ianya semua keluar daripada mulut aku secara spontan.
Kelima-lima kami stay di atas untuk sesi bergambar.
Program selesai dalam pukul 12 tengahari. Aku dan Ri pergi ke bilik kelas dan meminta izin daripada pihak sekolah untuk bergambar di dalam kelas. Kami pun bergambar dan kami disertai oleh guru dan juga para pelajar tingkatan lima semasa.
"Deen, aku nak pergi toilet kejap eh, kau nak ikut ke?", tanya Ri.
"Takpe la kau pergi dulu, jap lagi aku follow",kata aku sedang meletakkan barang-barang dalam bagpack.
Selang 5 minit aku pergi ke toilet, aku nampak Ali sedang cuba merangkul Ri. RI serba salah dengan keadaan ini.
"Lepaskan aku la Ali. Kau ni kenapa ha? Gila ke?", kata Ri.
Aku pun pergi dekat mereka dan melepaskan rangkulan Ali dan aku tampar muka Ali. Ali terjatuh ke lantai. Aku pun pergi dekat muka Ali.
"Kalau aku tahu lagi kau kacau boyfriend aku, lebih teruk aku kerjakan kau babi!", kata aku.
Ali diam dan aku terus menarik tangan Ri dan keluar dari sekolah.
"JALANG!", kata aku ke arah Ali.
*********************************
Tinggal satu Bab je lagi untuk cerita ni.
Keep reading!
YOU ARE READING
MUNGKIN NANTI (COMPLETED)
General FictionCerita yang mengisahkan perubahan seorang remaja dalam awal peringkat kehidupannya. Cuba mencari siapa dirinya yang sebenarnya.